Membebel di blog sendiri adalah satu perkara yang menagihkan padahal tiada isu ape-ape pun untuk dibebelkan dalam blog tempat tadahan bebel ini. Bukankah blog itu addictive? Pada engkau juga sebab engkau membaca blog aku sekarang. Tak nak mengaku lagi? HAHA.
Hari ini adalah hari terakhir saya bergelar pelajar di Fakulti Farmasi UiTM Shah Alam. Secara rasminya. Dan secara rasmi jugak esok adalah hari pertama saya bergelar penganggur berhias. Maksud saya hari Isnin nanti sebab esok memang hari cuti. HAHA. Sebenarnya saya tak merasa sedih pun meninggalkan fakulti. Hah. Bukan main riak betul berkata-kata. Tiada rasa sayang ke pada fakulti tempat timba baldi gayung ilmu ini? HAHA.
Meninggalkan fakulti dan meninggalkan rakan-rakan adalah dua perkara berbeza.
- Meninggalkan fakulti bermaksud tiada lagi bangun pagi mandi pagi sejuk tak berapa sampai ke tulang bertekak dengan pak guard sebab tahan kereta yang nak masuk dalam sampai jammed kat luar menggelupur carik parking yang selalu tak ada bertungkus-lumus dengan exam assignment PBL serta lain-lain.
- Meninggalkan rakan-rakan bermaksud meninggalkan sebahagian dari hidup anda. Padat bukan kata-kata tersebut?
Saya lebih sedih meninggalkan rakan-rakan daripada fakulti. Em. Sebenarnya rakan-rakan yang meninggalkan saya sebab saya masih berjiran dengan Shah Alam lagi. HAHA. Berani engkau orang tinggalkan aku kat sini? Meh sini aku piat telinga sorang-sorang. Walaupun begitu, saya tetap rasa sedih meninggalkan fakulti. Di situlah tempat saya menumpang kasih menghambur sayang mencurah cinta sepanjang 4 tahun ini. Siapa yang tak sedih dengan perpisahan ini? Huh. Tidak suka. Air mata, sila jangan keluar sekarang! Masuk balik! Ini arahan.
Pagi tadi telah mendapat undangan perkahwinan dari seorang classmate. Huh. Terasa seperti sudah tergolong dalam class
Aunty-Aunty pulak. HAHA. Aunty Surya. Aunty Surya. Jom tengok Hagemaru. HAHA. Berani betul engkau memanggil aku begitu.
- 10 May 2009 Kakak Juju - Ampang
- 30 May 2009 Kak Maria - Terengganu
- 6 June 2009 Shoty - Alor Setar Alor Star (Bulatkan yang mana betul)
- 6 June 2009 Aina - Port Klang
HOHO. Aunty Surya, banyaknya kenduri yang Aunty Surya kena pergi. Macam mana Aunty Surya nak pergi Alor Setar Alor Star dan Port Klang dalam hari yang sama?
Encik Fitri, jom kita kahwin.HAHA.
Rancangan seorang penganggur berhias:
- Menyambung membuat kerja-kerja kraftangan di samping mensurvey gambarajah berkaitan untuk dijadikan panduan. Engkau jangan pandang rendah pada tangan aku walaupun hitam berparut besar saiz 12 kuku tak buat manicure tapi tangan aku ni boleh membuat kerja kraftangan okeh. Yang lebih penting tangan aku sudah ada yang punya. HAHA. Tangan engkau?
- Membuat latih tubi intensif UPSR subjek sambal tumis udang sehingga berjaya seperti Along punya sambal. Memasak sambal tumis adalah perkara yang paling tak best. Perkara yang best ialah memakan sambal tumis Along. HAHA. Motif? Along, dah lama tak makan sambal tumis udang engkau.
- Menghabiskan sisa hidup bujang trang tang tang dengan Uda. Sebelum saya busy dengan kerja sebagai seorang Jaga nanti (tadi dah mohon jadi Jaga kat Jusco. HAHA. Senang nak shopping bila dapat gaji) dan sebelum Uda sibuk dengan practical yang macam best je tu, jadi haruslah kami menghabiskan saki baki cuti semester ni bersama-sama. Uda, wayang doblas rounds, set?
- Pindah rumah. Dari 401 Blok 18 Seksyen 7 Shah Alam ke TB 4 Blok 2 Pangsapuri Kastam Bandar Sultan Suleiman Pelabuhan Klang. Kemudian pindah pula ke TB2 Blok 2 Pangsapuri Kastam Bandar Sulatan Suleiman Pelabuhan Klang. HOHO. Kene kemas bilik lawa-lawa. Em. Pilih cat kaler ape ye. Langsir buat pattern ape? Cadar nak rembat mak punya yang mana?
- Mencari semula kawan-kawan yang lama terpisah, yang baru terpisah, yang terpisah suam-suam kuku, yang terpisah tak mahu jumpa kembali. Aik. Ini harusla tak cari kembali kan. Hanya ada seorang sahaja. Dia. Ok.Cukup. Jangan cakap lagi. Tiada maaf bagimu. HAHA. Menjadi garang semula sedangkan hari ni dah berniat nak menjadi lemah lembut sopan santun senyum semanis diabetes. Tidak menjadi.
Hari ini telah bersama The Girls meraikan Birthday saya yang ke
17. HAHA. Sumpah tak sedap betul brocolli dengan cauliflower rebus itu. Macam mensula tekak sendiri bila menyumbat makanan tersebut. Kemudian mengalami serangan sakit kepala secara dahsyat setelah memakan kambing ternakan Ckin and Azie. Hoi. Hoi. Sakit kepala tersebut tidak boleh hilang dengan 1300 mg
Acetaminophen,
mandi secara perlahan-lahan sambil membelai tubuh badan kepala tangan kaki serta muka,
100 plus atau
tidur sebab tak boleh tidur hatta sesaat pun. Tidur sesaat?
Mendapat petua berciri kambing dari Widie: Jikalau anda mendapat sakit kepala kerana kambing, sila minum
air limau suam perahan kambing sejati. InsyaAllah sakit kepala akan hilang. Namun petua hanya boleh dipakai jika masalah kerana makan. Bukan kerana kambing ternakan hilang atau kambing ternakan terbunting luar nikah.
Sudah cukuplah tu membebel di ruangan tadahan ini. Kesihatan mental para bloggers serta readers harus juga dijaga. Jika mereka sudah tidak sihat mental, siape pula yang membaca blog berciri suka hati aku la nak tulis apa. My World, My Word, My Way. Engkau tak suka, engkau berhambus. Engkau sakit mental, jangan mengadu pada aku. HAHA. Garang lagi.
Embah, yang bermaksud nenek versi Jawa 3.0,
saya sedang sakit. Beliau berada di Hospital Pontian untuk hip replacement. Tolong doakan kesihatan beliau. Terima kasih, readers.