Jumaat lepas saya on leave. Reason: nak ambik EF kat airport. Beliau sampai pukul 9 pagi. Lepas ambik EF, pergi rumah mak Johor hantar barang, kemudian terus bergerak ke Selangor. Pergi isi perut kat Ikea sekejap sebelum balik rumah mak. Hey, mak tak tahu saya balik okey. Bila ayah balik kerja petang tu, terus dia cakap, jom makan luar malam ni. Hurray. Cuma Mamat je yang takde. Kesian Mamat (padan muka kau aku balik tak bagitahu kau. Siapa suruh kau balik minggu lepas tinggalkan aku).
Hari Sabtu, cuaca memang menggalakkan untuk bermalasan atas toto sambil tengok Ngangkung lepas tu gelak macam syaitan. Sebab rasa tak produktif, terus bangun pergi Jusco Bukit Tinggi. Eh eh. Bila last sekali saya pergi sini eh? Macam dah banyak kedai baru bukak. Jadi hadiah kahwin Along dah settle. Tinggal hadiah konvo uda dengan birthday emak. Eh birthday Fitri tahun lepas pun tak beli lagi. HAHA.
Jadi selepas diserang diarrhea (again) malam tadi, pagi ni macam takde mood sikit nak balik. Lepas makan nasi ayam mak masak (Ok makan ke kalau macam tu), tapau bubur kacang mak masak sebab menantu dia mengidam (Ok ini memang betul), merembat buah mangga belakang rumah, dan karipap segera dalam peti ais emak, barulah ada mood nak balik. Daripada Port Klang sampai JB, takde sesaat pun yang tak hujan. Memang hujan sepanjang jalan.
Esok, kerja seperti biasa. Tapi disebabkan hujung bulan, macam kena hantar banyak reten yang belum siap lagi. Dush. Terus takde mood.
-Surya Rahman-
Hello!!!
Sunday, January 30, 2011
A Quick Refresh
My Words SuryaRahman at 6:29 PM 0 Words from you
Thursday, January 27, 2011
Pandangan Peribadi
Setiap bulan, paling kurang 2 kali saya akan oncall untuk metadon. Kalau nasib malang, kenalah 3 kali oncall hujung minggu. Kepada engkau yang mungkin tak tahu, metadon ini adalah sejenis rawatan terapi kepada penagih dadah (heroin). Metadon mampu memberikan kesan yang sama seperti heroin, tetapi ia lebih baik daripada heroin. Ini merupakan langkah kerajaan untuk mengelakkan penagih dadah menagih dadah lagi. Mungkin engkau boleh membaca lebih lanjut di sini.
Bila saya dispens metadon kepada mereka, saya selalu terfikir, apakah puncanya sehingga mereka boleh menagih dadah? Salah siapa? Ibu bapa? Keluarga? Persekitaran? Atau diri sendiri? Jawapan paling tepat pastinya diri sendiri. Walaupun ada sebab atau pengaruh daripada luar, kalau hati kuat, pasti tak terjebak kan.
Daripada mereka, kadang-kadang saya belajar sesuatu. Jujur saya katakan, pertama kali saya mendispens metadon, kadang-kadang ada terselit perasaan jijik atau benci. Sebab mereka penagih. Tapi bila dah lama dispens, saya mula berubah fikiran. Kadang-kadang ada rasa hormat pada mereka (walaupun tak semua). Mereka mampu berubah. Daripada kesilapan, menjadi kejayaan. Mungkin tak berapa berjaya, tapi lebih baik daripada sebelum ni. Urine clear. Takde ambik dadah lagi. Ada kerja. Ada keluarga. Sihat. Saya kagum dengan mereka. Ada yang jujur bercerita, susah nak berhenti pada mulanya, tapi bila tengok muka anak isteri, terus rasa tak sanggup nak ambik dadah lagi. Kadang-kadang, ada godaan. Terutama kawan-kawan lama dulu. Tapi sibukkan diri dengan kerja. InsyaAllah boleh lupa.
Tapi masih ada yang menjadikan rawatan terapi gantian metadon ini seperti rawatan ketagih takde duit nak beli dadah. Bila-bila ada duit, pergi beli dadah. Bila takde duit, baru datang ambik metadon. Bila tak dapat, marah-marah, ugut-ugut. Urine selalu sangkut. Positive opiate selalunya. Saya selalu merasakan, alangkah membazirnya duit dihabiskan kepada penagih seperti ini. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk membeli ubat-ubat pesakit kronik kencing manis, darah tinggi. Perangai mereka pun menjengkelkan. Tidak menghormati. Ikut suka hati nak datang pukul berapa.
Pendapat saya, setiap peserta program ini harus dinilai semula samada masih layak atau sepatutnya diberhentikan sahaja. Jangan membazirkan duit pada tempat yang tak sepatutnya.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 12:10 PM 0 Words from you
Wednesday, January 26, 2011
Fonterra
Sabtu lepas saya telah mengikuti satu talk anjuran Fonterra Brands (M) Sdn Bhd bertempat di Hotel Grand Paragon JB . Okey. Memang mengagau la nak carik hotel ni kat mana. Penat dah google kat internet. Tapi tak faham jugak. Tanya kat GPS bergerak (EF) pun sampai dah naik hilang sabar dah orang tu. HAHAHAHA. Siap bagi ugutan lagi 'Lepas ni kalau kat JB you bawak kereta ok'. Tak takut la setakat ugutan tu. Mesti nanti you tak sampai hati nak suruh I bawak kereta kan.
Basically it is a talk related to pregnancy. The topics are Nutrition for Healthy Pregnancy and Big Babies given by AP Dr Zalilah Mohd Sharif. To cut it short, these are few important points (well, considered it as points I managed to write as it was Saturday afternoon and I was sleepy).
- Preparation of pre-pregnancy includes ideal body weight, balanced diet, physically active, regular medical care, manage any chronic condition and avoid harmful substances
- Weight gained during pregnancy is due to placenta, uterus, breasts, increase in blood supply and fluid volume and the infant itself
- Recommended weight gain is personalised according to BMI. For normal BMI, it is around 12-16 kg (Damn, I hit it already!).
- The more weight you gained during pregnancy, the more likely to retain more weight post partum
- Overweight and obese women are more likely to maintain excess weight after labour
- Vitamin C enhabces iron absorption from food and not from supplements (I have no worries that my clinic has run out Vitamin C these few days)
- Vitamin D can be obtained from 5-10 min sun exposure between 10 am to 3 pm. Ok siapa sanggup?
- Big babies(more than 4 kg with extra fat) is caused by uncontrolled maternal blood sugar level, pre-pregnancy obesity, excessive weight gain and others such as gender or birth order (lupa apa point ni)
- Do not attempt to lose weight during pregnancy
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 6:29 PM 0 Words from you
Tuesday, January 25, 2011
Elok-elok
Elok-elok aku ada mood nak update blog, terus tak jadi gara-gara ubat! Kau jangan nak menyemak kat tempat aku. Ingat asal usul sikit.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 9:20 PM 0 Words from you
Saturday, January 22, 2011
Perihal Mengidam
Perempuan mengandung dan mengidam memang tidak dapat dipisahkan. Macam isi dengan kuku. Kalau pisah, tak lengkap kehidupan. Tapi pendapat saya, orang tidak mengandung pun kadang-kadang mengidam jugak. Cuma mungkin tak digembar-gemburkan seperti perempuan mengandung. Ataupun tak berapa dilayan sangat seperti perempuan mengandung. HAHA. Nampak tak advantage perempuan mengandung kat situ?
Sehingga kini, saya tidak mengalami perasaan mengidam yang keterlaluan. Emak mertua saya selalu pesan, kalau nak makan apa-apa cakap je. Mak buatkan. Tapi mungkin saya juga tidak ada rasa nak makan apa-apa MELAINKAN kalau ada orang yang menyebut atau makan sesuatu depan saya.
Contoh paling ketara, masa staff saya makan buah melaka@puteri mandi. Masa tu saya masih kat Sabah. Sentiasa teringat-ingat scene dia gigit buah melaka. Balik KL untuk lapor diri, terus suruh emak buat buah melaka. Tapi sebenarnbya, mak adun tepung je. Yang masak saya jugak. Samapi ada yang terlupa letak gula melaka kat dalam tu. Bukan sebiji pulak tu. HAHA. Kesian lah siapa yang dapat hari tu.
Kemudian, Auntie Anne's Pretzel. Tiba-tiba je rasa nak makan sebab ternampak orang makan. Padahal sebelum ni tak pernah makan pun pretzel ni. Nasib baik lah kat JB ni ada. Oleh sebab pretzel ni, saya memaksa EF untuk bawak saya ke Jusco Bukit Indah. Ini memang kes tak ingat jalan walaupun dah banyak kali EF bawak saya pergi sini. Bila sampai depan kedai dia, terus tergamam, eh nak beli perasa apa ni. Eh. Eh. Macam mana ni. HAHA. Kemudian minggu lepas EF bawak saya pergi KSL, shopping mall terbaru kat JB. Jalan-jalan, pusing-pusing, sekali ternampak kiosk Auntie Anne's Pretzel ni. Apa lagi, beli lagi la.
Kemudian, burger tepi jalan. Double special, atas ayam bawah daging. Disebabkan saya tinggal seorang diri, dan burger tepi jalan selalu menjalankan operasi pada waktu malam, maka saya selalu tak dapat beli. Takde kerja saya nak bawak kereta malam-malam seorang diri. Tak payah. Jadi bila EF balik, terpaksa lah buli beliau untuk belikan burger. Biasanya, EF balik daripada main badminton baru dia beli. Dalam pukul 1 la macam tu. Dan saya dah tidur pun pada waktu tu. Bila terbau burger, terus bangun, makan, naik atas, dan tidur semula. HAHA. Now you know why does my weight is shooting up.
Roti bukanlah makanan kegemaran saya. Maksud saya, roti canai dan kawan-kawannya. Kalau diberi bagi makan roti ni sewaktu sarapan, saya akan rasa tak best sampai effect mood sepanjang hari. HAHA. Exaggerate je tu. Tapi sekarang ni saya rasa roti telur adalah roti yang sedap. Sedap macam nak makan setiap hari tapi malas nak pergi beli. Jadi masa EF ada kat sini, petang-petang balik kerja kami pergi makan roti telur kat Restoran Agus. Dulu kalau makan roti, saya tak suka membanjirkan roti tersebut dengan kuahnya. Tapi sejak makan roti banjir Mamat tahun lepas, macam sedap jugak. Jadi sekarang makan mesti kuah banyak.
Setakat ni saya belum pernah mengidam nak makan pelik-pelik yang melampau seperti daging payau ke ikan warna-warni kat pasar SAFMA Sabah tu. Alhamdulillah. Apa yang saya ceritakan di atas ni pun saya lebih suka kategorikan sebagai nafsu. HAHA.
Apa yang saya masih belum dapat makan lagi ialah jemput-jemput ikan bilis + kentang made by Fitri. Dah bagitahu sejak bulan 10 tahun lalu lagi. Sampai sekarang masih tak dapat. Sob sob sob.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 11:12 AM 5 Words from you
Friday, January 21, 2011
My Dear
Dear baby,
Mummy loves you so much. Be nice inside.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 9:09 PM 1 Words from you
Thursday, January 20, 2011
Life: Live The Way It Is
Penat. Itu saja yang saya boleh cakapkan tentang minggu ini. Bila mana saja ada public holiday pada hari bekerja, maka klinik saya bekerja akan bertukar menjadi pesta muda mudi. Ok. Yang tua juga pasti ada. Waktu bekerja akan berlarutan sehingga jam 6 atau lebih. Mungkin anda berfikir, best la dapat OT duit lebih. Harapan sahaja. Saya bekerja secara percuma, tanpa saya rela.
Saya tak salahkan pesakit. Saya tahu mereka sakit. Dengan cara hidup kita sekarang, tak mustahil 20 tahun lagi kita pun akan jadi mereka. Setiap 3 bulan datang untuk check darah, gula, kolestrol, uric acid. Tapi apa saya nak tekankan saling menghormati.
Hormatilah masa bekerja kami. Memanglah kami bekerja pukul 8 sampai 5. Bukanlah bermaksud pukul 4.45 anda baru nak datang daftar untuk mendapatkan rawatan. Pukul berapa pula kami nak balik. Pesakit dalam klinik masih ramai. Nak clearkan pun ambik masa. Bila kami tolak untuk mendaftarkan anda, anda melenting. Tinggi suara. Mula lah nak kata klinik kerajaan bla bla bla bla.
Hormatilah juga pandangan perubatan (medical opinion) kami. Jika anda tidak diberikan MC, maksudnya anda fit untuk bekerja dan kesihatan anda tidak mengganggu anda untuk bekerja. Tak perlulah anda marah-marah dan meninggikan suara hanay kerana tak dapat MC. Klinik kerajaan bukan seperti sesetengah klinik swasta yang memberi MC sesuka hati.
Hormatilah kami sebagai manusia. Kami juga perlu rehat, makan, minum, kencing, berak sebagaimana anda. Kakau robot sekalipun, bila bateri habis, collapse jugak. Ini kan pulak kami.
Mungkin anda tidak ada perasaan sebegitu sebab anda tidak mengeluarkan belanja yang besar untuk mendapatkan rawatan.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 11:02 AM 0 Words from you
Sunday, January 16, 2011
Related kah?
Saya terbaca satu blog yang menceritakan pengalamannya bersalin. Masa-masa sekarang ni, blog macam ni memang mudah menarik perhatian saya. Macam-macam cerita. Ada yang senang. Ada yang penuh komplikasi. Ada yang survived. Ada yang sampai kena tahan wad beberapa malam lagi. Macam-macam lah. Buat tambah seram kepada bakal-bakal ibu macam saya.
Tapi yang paling menarik perhatian saya, ada seorang blogger (saya lupa blog mana) menceritakan bahawa dia kena marah dengan nurse sebab bawak baju/blanket warna kuning. Menurut kata nurse tu, kalau pakaikan bayi dengan baju kuning akan mendapat sakit kuning atau bahasa canggih dia jaundice.
Saya rasa macam nak ketawa kepada teori itu.
p/s: Hati bayi tak kenal warna baju atau blanket. Tapi hati antara punca kenapa jaundice terjadi.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 9:56 PM 6 Words from you
Saturday, January 15, 2011
6 Months Pregnant
It is exactly 3 months left. Berdebar-debar. Macam-macam cerita dah dengar pasal bersalin. Kadang-kadang ngeri. Kadang-kadang terfikir boleh ke aku ni nanti? Ada orang cakap, kalau masa mengandung mudah takde masalah, nanti nak bersalin tu susah. Haih. Tapi pendapat saya, lain orang, lain pengalamannya. Emak saya mengandung takde masalah. Bersalin pun tak susah. Jadi cakap orang mungkin tak boleh pakai sangat.
Being 6 months pregnant, saya rasa tak payah bagitahu orang pun orang dah tahu saya pregnant. Memang jelas kelihatan lah. Peubahan yang ketara. Selain daripada perut yang dah membesar, bahagian lain juga tak ketinggalan untuk membesar. Kalau lepas kahwin EF kira dagu saya ada 2, sekarang bila dia kira dah jadi 3 pulak. Triple chin. Expected? Yes. Do I care? Yes. Do I mind? No.
Berat badan macam shooting rocket. Cepat gila naik. 6 months pregnant, I gained 15 kg. Full term? Please calculate yourself. Do I care? Yes. Do I mind? YES absolutely. But hey, I'm pregnant. The additional weight I carry are the baby itself, the amnion fluids and the extra adipose tissue. What? Adipose tissue? Well, blame the hormone then.
I have no edema (yet). Kaki takde bengkak which is great. Tapi malam-malam selalu dapat cramp. It is more often when EF is not around. Sebelum tidur, memang elevate kaki atas bantal. Tapi bila dah tidur, bantal tu pun tak tahu pergi mana.
No stretch mark appears around belly (yet). Which is GREAAATT. Well. Dont be so happy. Wait and see next month.
I am a pharmacist who always remind my patient to take their meds everyday, but I failed to. I didnt take haematinics/obimin because of the super lazy of me. I took Anlene UHT milk every weekdays but not in weekend simply because I didnt drive on weekend (I drink while I drive). I didnt drink the maternal milk because I didnt drink milk actually. The UHT is in a packet where I would never see the look of the milk. So my little baby, I'm sorry that I didnt give the best for you. But I will try my best okey.
The little one has started to move inside my belly about 2 months ago. It is a GREAAATTT moment (How many times did I say great today?). Nowadays, pergerakan dia lebih ketara. It is more aggressive when I am hungry which is a contrary from the book I read (What to Expect When You Are Expecting). It is more aggressive during nights before I went to sleep. Sometimes it just rolled around. Sometimes it hardened in certain place which is painful but I enjoy it to max.
Last month, we went for ultrasound scan. Everyone is talking about 3d scan, but hey I dont want to simply because I dont think it is necessary. So a 30 minutes session of RM30 is very worthy for us as we can see the baby. Eyes, nose, hand, heart beat, spine, foot, even eye lashes but not the genital part. The baby is not in position which allow us to see clearly. But the doctor give us some hint. At that time the baby's weight is less than half kg. I already gained 10 kg at that time ~Pengsan~ . The doctor said the baby's feet is big. We were laughing at the statement. And we agreed, it is EF's trait.
Well. Thats it. For 6 months pregnant.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 10:13 AM 6 Words from you
Thursday, January 13, 2011
Job Scopes
Mungkin ramai yang tahu, kerja saya adalah mendispens ubat kepada pesakit. Yang asyik membebel kat kaunter cakap berapa biji ubat kena makan, berapa kali sehari. Ok itu saya lah tu. Tapi tak ramai yang tahu selain daripada itu, job scopes saya lebih luas lagi. Kadang-kadang melebihi daripada jangkauan akal. Seperti yang disenaraikan di bawah ini.
1. Mengisi bullet stapler
Disebabkan klinik saya kecik, jadi nombor giliran perlu diambil sendiri dan diketip (stapler) sendiri. Jadi tiba masa bila bullet tu dah habis, maka saya perlu memberi bullet kepada pesakit supaya mereka boleh refill stapler tu. Tapi kebanyakan masa, saya terpaksa mengisi sendiri bullet tersebut sebab pesakit tidak tahu cara memasukkan bullet tersebut. Ok demimu pesakit, saya rela.
2. Mengisi kertas nombor giliran
Ini memang tak boleh nak harap kat pesakit lah. Sebab perkara ni canggih sikit daripada mengisi bullet stapler. Jadi kalau dah terdengar pesakit cakap 'Misi, ni mesin dah rosak. Kertas tak keluar'. Memang faham-faham sendiri la angkat bontot ambik roller masukkan dalam mesin.
3. Kaunter pertanyaan/informasi
'Misi, cuba tengok sini ambil darah berapa haribulan?'
'Misi, nanti saya jumpa doktor berapa haribulan?'
'Misi, isteri saya baru bersalin. Saya mahu bagitahu nanti misi datang rumah'
'Misi, ambil nombor mana? Saya mahu jumpa doktor'
Kau nampak? Semua pun ada misi kat depan. Baju aku bukan warna putih pun dia panggil misi jugak.
4. Menjadi translator
'Surya, acetylsalicylic acid and glycerin tu apa?'
'Surya, Concor tu apa?'
'Surya, Micardis tu apa?'
Sedangkan sebelum ni dah tanya dah pasal tu.
Ok tu je yang saya ingat. Rasanya masih banyak lagi. Tapi dah tak ingat apa dia.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 8:20 PM 5 Words from you
Wednesday, January 12, 2011
Kosong
Pagi tadi hantar EF ke airport. EF pulang ke KK. Engkau bayangkanlah. Sebulan EF kat JB. Sebulan jugak saya berkepit je dengan dia. Sampai EF nak main badminton pun saya asyik cakap tak payahlah main. Tak kesian ke dengan I tinggal sorang? Tapi harapan je lah EF tak pergi main. Kasut tertinggal kat rumah pun sanggup patah balik rumah ambik kasut.
Sebulan EF kat JB, sebulan jugak lah saya tak bawak kereta. Ok. Ada lah sekali dua je. Tapi memang sekali dua tu je. Takde lebih pun. Habis hari ni kena bawak kereta semula. Macam rasa pelik. Macam pening kejap sejak bila jalan ni ada lubang dulu macam takde pun.
Sebulan EF kat JB, sebulan jugak lah saya makan berteman. Takde makan sorang-sorang. Habis hari ni, makan depan TV saja yang mampu.
Sebulan EF kat JB, rasa macam adalah tengok wayang sampai 10 kali. Pantang ada cerita baru keluar, terus je nak tengok. Jusco Tebrau tu dah macam tempat permainan pulak. Dah berapa banyak pulak duit habis kat arcade main Photo Hunt dengan 11 ball. Heaven ah masa tu.
Hari ni balik kerja masuk rumah, terus rasa rumah ni kosong. Macam takde perasaan. Terus menangis dua tiga minit. Lepas tu nangis lagi dua tiga jam. Loser. Memang saya loser. tapi cuba kalau kau kat tempat aku. Sama-sama loser lah nampkanya.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 7:17 PM 4 Words from you
Monday, January 10, 2011
Perkara Benar
Bakal menjadi ibu untuk pertama kali, kadang-kadang saya meragui kemampuan saya. Bukanlah saya ni child freak atau apa. Tapi saya hanya bersikap neutral bila berhadapan dengan bayi.
Baiklah. Mungkin ada yang pernah perasan. Atau memang dah perasan. Saya tak pernah mempamerkan perasaan keterujaan ketika berjumpa bayi. Saya tak pernah cakap 'Eh comelnya baby ni. Geramnya. Meh sini dekat kakak'. Okey memang tak malu mengaku kakak padahal dah boleh panggil aunty. Saya tak pernah nak memegang atau mendukung bayi orang lain. Jangan salah sangka dengan saya. Bukankah saya dah beritahu, saya hanya bersikap neutral pada bayi. Saya takde perasaan extremely attracted pada bayi. Dan saya takut dengan fragility yang dimiliki oleh bayi. Baik. Ayat memang susah nak faham.
Semasa saya dalam peringkat awal baligh Kahkahkah tak boleh blah nama peringkat ini, emak saya menjadi babysitter kepada 3 orang adik beradik. Maka secara tak langsung saya juga menjadi babysister kepada mereka. Mandi, tukar pampers, muntah, buat susu, hantar pergi tadika, ambil balik dari tadika. You name it. Semua pun saya ada buat. Cuma selepas emak dah tak menjadi babysitter kepada mereka atau mana-mana bayi, perkara-perkara tersebut menjadi janggal dan asing kepada saya. Sehingga sekarang.
Sebab itu, sekarang ni saya meragui kemampuan saya. Bolehkah saya menjadi seorang ibu yang baik kepada bayi ini nanti? Atau saya masih bersikap neutral kepada bayi?
p/s: Saya percaya, seseorang wanita itu pasti akan mempunyai sifat keibuan selepas dia menjadi ibu. Saya juga percaya, saya akan menjadi seperti itu. Wait and see, people.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 8:00 PM 7 Words from you
Sunday, January 9, 2011
First week of 2011
I started this new year with oncall.
Ended it with diarrhea and vomiting.
Followed by a challenging week with lots and lots of medicine ran out at pharmacy.
And a week without idea to write about.
And a second episode of diarrhea and vomiting which lead me to 2 days MC.
And break a hole again in my saving but definitely a good investment. No doubt.
And I have to prepare to be separated again with EF after a month with him every single day.
I was told to do oncall 2 days in a row during CNY. Man, its a long holiday I planned to go for a vacation.
Ohh. How ironic the new year is for me.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 11:40 AM 1 Words from you
Monday, January 3, 2011
Waldrobe Disaster
Being 25 weeks pregnant, I am having this problem. No. It is not as big as morning sickness (as I haven't had one). Neither as problematic as leg or abdominal cramping. Waldrobe malfunction. Oh my.
Sebelum ni pergi kerja boleh lagi sarung baju kurung. Tapi faham-faham la. Sampai bila je boleh tahan. Nak pakai pun kain tu naik sampai atas atau turunkan ke bawah perut. Tu je pilihan yang ada. Pilihan baju kurung yang boleh pakai pun dah makin berkurangan. Sampai satu tahap, minggu lepas pakai baju ni, minggu depan pun pakai baju tu jugak. Biarlah apa orang nak kata. Dah terpaksa.
Jadi atas kesedaran diri dan badan yang tak boleh masuk lagi dalam baju kurung, maka terpaksalah beralih kepada maternity wear. Macam pelik. Tapi memang pelik pun. Yang best tentang perkara ni ialah peluang untuk shopping. Yang tak best pulak, kau dah tak boleh ikut saiz dulu. Semua pun kena try jugak. Lagi satu, harga yang boleh tahan mahal jugak. Nak cukupkan baju untuk seminggu pun dah tersemput-semput nak beli. Jadi memang akan nampak baju yang sama je lah dipakai untuk beberapa bulan akan datang ni.
I am gaining weight like a shooting rocket, man. Belum pernah saya mempunyai rekod berat ini dalam sejarah hidup. Rasa macam nak nangis. Tapi tak pernah nangis pun. HAHA. Somemore, I am pregnant. So ada alasan lah kan kalau berat naik. (Do you remember my trip to east coast last week? For the total of 5 days, I gained 8 kg, man!). I think, disebabkan saya check dekat klinik sendiri, tu yang staff nurse kat situ takut nak marah saya. Kalau orang biasa, mungkin dah habis kena berleter 3 bulan lepas. HAHA. Baiklah. Cukup tentang berat. Padahal entry ni tajuk waldrobe disaster.
Kesimpulannya, saya tengah fikir nak pakai baju apa esok.
p/s: I started 1st Jan with oncall. And I ended it with nausea, vomiting and diarrhea probably due to food poisoning. Or should I say seashell poisoning?
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 8:31 PM 3 Words from you