Hello!!!

Sunday, January 30, 2011

A Quick Refresh

Jumaat lepas saya on leave. Reason: nak ambik EF kat airport. Beliau sampai pukul 9 pagi. Lepas ambik EF, pergi rumah mak Johor hantar barang, kemudian terus bergerak ke Selangor. Pergi isi perut kat Ikea sekejap sebelum balik rumah mak. Hey, mak tak tahu saya balik okey. Bila ayah balik kerja petang tu, terus dia cakap, jom makan luar malam ni. Hurray. Cuma Mamat je yang takde. Kesian Mamat (padan muka kau aku balik tak bagitahu kau. Siapa suruh kau balik minggu lepas tinggalkan aku).

Hari Sabtu, cuaca memang menggalakkan untuk bermalasan atas toto sambil tengok Ngangkung lepas tu gelak macam syaitan. Sebab rasa tak produktif, terus bangun pergi Jusco Bukit Tinggi. Eh eh. Bila last sekali saya pergi sini eh? Macam dah banyak kedai baru bukak. Jadi hadiah kahwin Along dah settle. Tinggal hadiah konvo uda dengan birthday emak. Eh birthday Fitri tahun lepas pun tak beli lagi. HAHA.

Jadi selepas diserang diarrhea (again) malam tadi, pagi ni macam takde mood sikit nak balik. Lepas makan nasi ayam mak masak (Ok makan ke kalau macam tu), tapau bubur kacang mak masak sebab menantu dia mengidam (Ok ini memang betul), merembat buah mangga belakang rumah, dan karipap segera dalam peti ais emak, barulah ada mood nak balik. Daripada Port Klang sampai JB, takde sesaat pun yang tak hujan. Memang hujan sepanjang jalan.

Esok, kerja seperti biasa. Tapi disebabkan hujung bulan, macam kena hantar banyak reten yang belum siap lagi. Dush. Terus takde mood.


-Surya Rahman-

0 Words from you: