Bakal menjadi ibu untuk pertama kali, kadang-kadang saya meragui kemampuan saya. Bukanlah saya ni child freak atau apa. Tapi saya hanya bersikap neutral bila berhadapan dengan bayi.
Baiklah. Mungkin ada yang pernah perasan. Atau memang dah perasan. Saya tak pernah mempamerkan perasaan keterujaan ketika berjumpa bayi. Saya tak pernah cakap 'Eh comelnya baby ni. Geramnya. Meh sini dekat kakak'. Okey memang tak malu mengaku kakak padahal dah boleh panggil aunty. Saya tak pernah nak memegang atau mendukung bayi orang lain. Jangan salah sangka dengan saya. Bukankah saya dah beritahu, saya hanya bersikap neutral pada bayi. Saya takde perasaan extremely attracted pada bayi. Dan saya takut dengan fragility yang dimiliki oleh bayi. Baik. Ayat memang susah nak faham.
Semasa saya dalam peringkat awal baligh Kahkahkah tak boleh blah nama peringkat ini, emak saya menjadi babysitter kepada 3 orang adik beradik. Maka secara tak langsung saya juga menjadi babysister kepada mereka. Mandi, tukar pampers, muntah, buat susu, hantar pergi tadika, ambil balik dari tadika. You name it. Semua pun saya ada buat. Cuma selepas emak dah tak menjadi babysitter kepada mereka atau mana-mana bayi, perkara-perkara tersebut menjadi janggal dan asing kepada saya. Sehingga sekarang.
Sebab itu, sekarang ni saya meragui kemampuan saya. Bolehkah saya menjadi seorang ibu yang baik kepada bayi ini nanti? Atau saya masih bersikap neutral kepada bayi?
p/s: Saya percaya, seseorang wanita itu pasti akan mempunyai sifat keibuan selepas dia menjadi ibu. Saya juga percaya, saya akan menjadi seperti itu. Wait and see, people.
-Surya Rahman-
TEST
2 years ago
7 Words from you:
good luck yep..
insyallah, semua nya ok. saye kalau jadi ibu, harus akan menjadi ibu yang garang. ekekeke
betol..aku setuju..atif xsaba nk dpt kawan dr dua makngah nya!!!
aku pun pk yg same gak..bole ke ko n aku jadi mak ni..huhu..yg penting org paling bz nnt adelah embah wedoknye kann2..
Baik. Terima kasih semua!
dah kuar bdk tu nanti otomatik jd obses pd bby x? hoho
Post a Comment