Irfan masih seperti dulu. Vocab dia tak banyak bertambah. Masih tak pandai sebut mummy. Paling banyak sebut anana (banana). Pantang dengar banana. Mesti dia ikut. Yang lain tu mungkin tengah belajar.
Saya tengah memperkenalkan susu formul kepada Irfan kerana susu ibu pengeluarannya sangat lah mendukacitakan. Saya tahu dan sedar, Irfan jarang dapat susu bila dia hisap. Sedih. Lebih sedih kalau dia dah start cranky. Nak tidur, tapi tak dapat susu. Bagi susu formula pulak, Irfan tak bak. Mentah-mentah dia tolak. Serba salah. Ni dah 2 hari dia tidur tak minum susu. Rasa bersalah tu memang sentiasa berada di hati. Rasa macam saya ibu yang useless tak dapat bagi anak susu sampai umur 2 tahun. Keluhan yang panjang. Oh. Tentang formula milk ni. Bila mana semua orang mula memperkatakan tentang kandungan gula dalam formula milk dan sibuk mencanangkan tentang satu jenama ni yang katanya no added sugar, tapi dia punya trans fat dia kus semangat. The highest kot berbanding formula milk lain. Hari tu masa nak beli susu, bukan main susah saya nak putuskan mana satu nak beli. Yang ni gula rendah, trans fat tinggi. Yang ni gula tinggi tapi trans fat rendah. Makin banyak pilihan, makin pening kepala mak.
Irfan paling suka bila waktu mandi. Kalau boleh tak nak keluar dari bilik air tu. Dia main paip. Dia main shower. Pura-pura gosok gigi. Tapi sebenarnya letak je dalam mulut. Kadang-kadang dia minum air yang tengah mengalir keluar daripada paip tu. Sabar je lah mummy tengok.
Hari tu, Irfan main TV. Macam biasala dia goyang-goyangkan TV tu. Agaknya terlebih goyang, TV tu pun jatuh hempap dia. Melalak la apa lagi. Lepas tu kena marah dengan mummy, terus baring tak main dah. Tidur pun tak mintak susu. Takut agaknya mummy marah lagi. Lepas dia tidur, rasa kesian pulak bila tengok muka dia. Ada luka sikit mungkin terkena hujung TV.
Sekarang ni, kalau keluar jalan dah tak perlu fikir nak bagi Irfan makan apa. Apa yang kita makan, dia pun makan. Kadang-kadang yang pedas pun sumbat je kat dia. Alhamdulillah nampaknya dia takde sakit perut atau apa. Mungkin dia dapat gene saya. Makan dan makan dan makan. Tak macam ayah dia. Pilih baru makan. Hehe.
Raya dah nak dekat. Tapi persiapan memang takde lagi. Mummy tak sihat, ayah sibuk. Lagipun raya kali ni macam tak best sangat. Emak dan ayah pergi umrah. Along kat terengganu. Hurmm. Nak masak sendiri, takut bleeding makin banyak. Takpelah. Tengok je la nanti.
TEST
2 years ago