Hello!!!

Saturday, December 26, 2009

-----------

Busy.
Will write back later.
Later.
Too many things to be shared with.



Tuesday, December 15, 2009

A First Update

Back to KK. Alone. Sob.sob.Takpe lah. Berkorban apa saja. HAHA.

Nah. Baik hati bagi satu gambar.







Saturday, December 12, 2009

A Quick Update

1. Baju nikah masih kat dobi. Malam ni aku nikah weh. Mintak-mintak lah kau bukak kedai ari ni.
2. Tangan dah berinai. Heh. Macam pelik pulak memikirkan tujuan berinai ini untuk kahwin
3. Seksa okey nak mensiapkan bilik dan hantaran dengan sisa kreativiti yang tak pernah ada. Pheww.
4. Semalam masih membeli belah buat saat terakhir. Seorang diri okey. Lepas tu kena marah dengan orang-orang tua pasal masih keluar rumah lagi.
5. Semalam jugak baru choose baju untuk bersanding. HAHA. Hebat kan.
6. Masih rasa berdebar. Huhu.





Thursday, December 10, 2009

Surat Terbuka Untuk Kamu

Ke hadapan ayah,
Di sini Angah ingin mengucapkan terima kasih kerana telah membesarkan Angah sepanjang 23 tahun ni. Terima kasih kerana itu. Mungkin sepanjang tempoh ni ayah ada tersinggung perasaan dengan sikap Angah. Jadi Angah minta maaf semua salah silap Angah. Ayah pun tahulah Angah ni macam mana kan. Dari kecik memang gembeng sampai kadang-kadang ayah gurau pun boleh sentap sampai nangis sebanyak satu tempayan tapi bila Pak Mad bagi RM5 terus berhenti nangis. HAHA. Apalah. Menggunakan emosi betul waktu itu. Terima kasih jugak sebab banyak mentaja perkahwinan Angah ni. Maklumlah Angah baru kerja. Hutang kat Fitri pun belum habis bayar. HAHA.

Kehadapan emak atau panggilan manja emak mummy,
Terima kasih jugak sebab bersabar dengan Angah selama ni. Angah pun mintak maaf semua salah Angah pada emak. Terima kasih sebab banyak tolong Angah untuk kahwin ni. Walaupun citarasa berbeza, tapi Angah takde pilihan lagi. Mengharap kasih seorang emak untuk menolong anak di perantauan ni. HAHA. Mungkin lepas ni Angah kena pegang surat beranak dan buku bank sendiri kan. Dah tak boleh suruh emak pegang dah. Huhu.

Kehadapan Along,
Walaupun ada masa kita tak sebulu. Kadang-kadang boleh gaduh sampai macam tegang urat padahal benda kecik je. Tapi kita ni memang bulu ayam sejati. Last-last bercantum jugak. HAHA. Lepas ni mesti kita susah nak shopping sama-sama kan. Dahlah aku memang dah duduk jauh sekarang, pas ni kahwin pulak. Tapi takpe, nanti aku tulis surat permohonan perlepasan kepada Fitri supaay kita boleh berhibur seperti zaman anak dara ini. HAHA. Tak dapat lepas sepanjang hari, mintak time off pun okey apa.

Kehadapan Uda,
Macam Along jugak, mesti dah susah nak pergi shopping kan lepas ni. Tapi takpe. Akan aku usahakan nanti supaya kita dapat berhibur bersama. Heh. Lepas ni kau lah jadi anak manja emak. HAHA. Ke bibik manja. HAHAHA. Nanti masa kau dengan Along kahwin, kalau aku mampu aku tolong korang punya. Aku tak lupa, InsyaAllah, jasa-jasa baik korang tolong aku packing kerepek la, ikat reben la, ikut aku pergi beli barang la. Semua la. Bila nak bawak balik boyfriend kau? Aku nak interview dia. HAHA.

Kehadapan Adik juga dikenali sebagai Mamat,
Aku tak boleh terima Fitri dipanggil dengan nama Mamat kat rumah dia. Sebab bagi aku ada seorang Mamat je dalam hidup aku. Kau la tu. HAHA. Tapi lepas ni mungkin aku kena adjust setting pemikiran aku ni. Walaupun aku selalu marah kau seperti membawa kereta dengan laju, balik rumah awal pagi, sebulan nak SPM baru nak belajar persamaan serentak yang apa tah nama dia dalam english tu. Tapi aku buat semua tu sebab aku sayang kau. Eh, dah lah. Tak payah masukkan emosi nanti laptop rasa masin pulak. Cuma pesan aku, balik rumah cepat sikit. Pergi basuh ayam. Pastu nak main mercun ajak aku. HAHA.

Sekian.
Angah.

Notakaki:Saya dalam perjalanan pulang ke KL bersama EF. Pulang kali terakhir sebagai tunang beliau. Err. Pulang untuk menjadi isteri beliau. Err. Sejuk kakitangan sudah.

Wednesday, December 9, 2009

Tuhan

Permudahkan segalanya.


Amin.


Sunday, December 6, 2009

Mampukah?

Saya dilahirkan menjadi seorang yang selalu melawan, berkepala keras tapi mudah sentap dan menangis. Dari kecik sampai lah sekarang. Tanyalah emak dengan ayah. mesti mereka menjawab betul kepada penyataan di atas sambil cuba merecall bukti-bukti saya begitu. HAHA.

Kalau masa kecik dulu, kena marah dengan emak sebab main pasir pun dah sentap. Padahal emak tak nak anak die kena kudis nanti sebab main pasir. Tapi sebab dah memang kaki sentap, terus sentap dengan emak, lepas tu tetap main pasir lepas tu buat-buat taknak makan. HAHA. Lepas tu sendiri lapar tapi masih taknak makan sebab tengah sentap. HAHA. Rasa nak makan pasir je masa tu. HAHA.

Bila dengan EF, saya juga begitu. Tak dengar cakap tu dah memang biasa. EF kata jangan pakai tudung macam ni (beliau merujuk kepada shawl) la, muka you nampak bulat. Denagn selamba saya jawab, pakai tudung apa pun, kalau muka dah memang bulat, bulat jugak. HAHA. Memang melawan.

Lepas tu beliau suruh pakai kasut pergi kerja untuk protection sebab hari tu mengadu dengan beliau kaki terlanggar troli kat wad lepas tu luka. Tapi selamba je saya menjawab kalau nak kena tu kena jugak. Pakai kasut pun boleh luka jugak.

Kemudian beliau cakap jangan garu allergy yang wujud pada saya ni nanti luka balik bila nak baik. Tapi saya jawab sikit je you. Sikit je. Jap lagi I berhenti garu. HAHA.

Bila beliau cakap, Suryahani jangan tidur. Teman I drive. Saya akan jawab. Ye. Tak tidur. Selama 5 minit sahaja. Selebihnya, bye-bye sahaja.

Beliau cakap, Suryahani jangan nangis dah. Kuatlah sikit. Saya akan jawab suka hatilah nak nangis ke tak.


Motif entry ni, mampukah saya mendengar cakap beliau dan tidak melawan lepas ni?6 hari lagi. Sempatkah? Err. Senak perut.


Friday, December 4, 2009

My Heart Is Pumping Harder.

Seminggu beb. Kau rasa apa yang saya rasa sekarang? Macam rasa kesian dengan jantung sendiri kebelakangan ni kerana terpaksa bekerja keras mengepam lebih pantas. Ini keputusan muktamad ke ni? Entahlah. HAHA. Boleh lagi cakap macam tu.

Saya sudah mengkirimkan kad kepada rakan-rakan. Ada yang secara pos, ada yang secara by hand, ada yang by hand tapi hand orang lain, ada yang tak sempat hantar, kasi SMS je, FB pun ada jugak. Walau apa method sekalipun, engkau (ye, engkau yang tengah baca ni) adalah dijemput.

Berikut dinyatakan soalan-soalan teka kata minggu ke 8 diterima dari kawan-kawan pernah seperjuangan dulu:

1. Eh, kau kahwin dengan Fitri ke? Dapat jugak Fitri tackle kau eh.
Dah jodoh aku dengan dia. Takkan nak tolak pulak. Heh. Jawapan standard.

2. Apasal kau kahwin muda sangat ni? Tak menyesal ke? Tak habis enjoy lagi ni beb.
Soalan ni memang banyak jawapan aku bagi. Semuanya betul. Apa kau ingat aku nak kahwin sekarang. Nak menyesal apa kahwin muda. Kau belum tahu hidup sampai bila. Entah-entah esok mati. Kalau lepas kahwin, agak-agak aku nak enjoy, salam tangan beliau terus cabut keluar rumah enjoy sakan. Hahaha. Ni jawapan yang aku suka. HAHA. Atau jawapan lebih manis seperti jawapan no 1.

3. Kau kahwin ngan boyfriend kau masa kat MRSM ke?
Wak lu. Kau tengok nama kat kad tu. Usah ditoreh luka lama. HAHA. Geli aku dengar. ATau jawapan lebih manis jodoh dengan orang lain.

4. Weh, apasal kad kau ni semacam je?
Apasal nak kad macam-macam pulak. Karang jap gi orang buang jugak. Yang simpan adalah sorang dua. Sorang tu aku, dua tu mungkin aku jugak. Atau jawapan lebih manis tu je yang mampu.

5. Berapa hantaran kau?
Weh, please. Soalan lain boleh? Atau jawapan lebih manis adalah sikit.

6. Apasal muka kau hitam berjerawat ni? Kau ni tak reti jaga muka ngan badan ke nak kawin?
Htw. Jaga muka ngan badan kau dulu baru cakap macam ni dengan aku. Atau jawapan lebih manis. Kahwin tak kahwin macam ni jugak muka aku.

Dah. Sekian. Nak sambung debaran.


Tuesday, December 1, 2009

GMS. Again.

Tinggal beberapa hari lagi. Phew. Kakitangan dah sejuk. Perut dah bergelora dengan rama-rama. Kepala semakin pening. Kuku belum terbuat. Baju belum terpilih. Hantaran tak cukup lagi. Nak kawin koboi je boleh mak?

Weekend ni, then weekend depan. Kemudian tukar status. I tak rela. Boleh tak panggil I Cik je. Hah. Gedik lah kau ni.




Btw, tahniah kepada Dayo yang telah bernikah dengan kekasih hati pada 27hb November 2009. Serta Wani & Afiq yang telah mendapat hasil dari pernikahan Ogos lalu. Maslia yang sudah hampir lima tahun tak jumpa, selamat menjadi isteri orang pada tarikh itu juga. Juga Aya&Pami, mungkinkah kita akan berkongsi tarikh pernikahan?