Hello!!!

Friday, December 4, 2009

My Heart Is Pumping Harder.

Seminggu beb. Kau rasa apa yang saya rasa sekarang? Macam rasa kesian dengan jantung sendiri kebelakangan ni kerana terpaksa bekerja keras mengepam lebih pantas. Ini keputusan muktamad ke ni? Entahlah. HAHA. Boleh lagi cakap macam tu.

Saya sudah mengkirimkan kad kepada rakan-rakan. Ada yang secara pos, ada yang secara by hand, ada yang by hand tapi hand orang lain, ada yang tak sempat hantar, kasi SMS je, FB pun ada jugak. Walau apa method sekalipun, engkau (ye, engkau yang tengah baca ni) adalah dijemput.

Berikut dinyatakan soalan-soalan teka kata minggu ke 8 diterima dari kawan-kawan pernah seperjuangan dulu:

1. Eh, kau kahwin dengan Fitri ke? Dapat jugak Fitri tackle kau eh.
Dah jodoh aku dengan dia. Takkan nak tolak pulak. Heh. Jawapan standard.

2. Apasal kau kahwin muda sangat ni? Tak menyesal ke? Tak habis enjoy lagi ni beb.
Soalan ni memang banyak jawapan aku bagi. Semuanya betul. Apa kau ingat aku nak kahwin sekarang. Nak menyesal apa kahwin muda. Kau belum tahu hidup sampai bila. Entah-entah esok mati. Kalau lepas kahwin, agak-agak aku nak enjoy, salam tangan beliau terus cabut keluar rumah enjoy sakan. Hahaha. Ni jawapan yang aku suka. HAHA. Atau jawapan lebih manis seperti jawapan no 1.

3. Kau kahwin ngan boyfriend kau masa kat MRSM ke?
Wak lu. Kau tengok nama kat kad tu. Usah ditoreh luka lama. HAHA. Geli aku dengar. ATau jawapan lebih manis jodoh dengan orang lain.

4. Weh, apasal kad kau ni semacam je?
Apasal nak kad macam-macam pulak. Karang jap gi orang buang jugak. Yang simpan adalah sorang dua. Sorang tu aku, dua tu mungkin aku jugak. Atau jawapan lebih manis tu je yang mampu.

5. Berapa hantaran kau?
Weh, please. Soalan lain boleh? Atau jawapan lebih manis adalah sikit.

6. Apasal muka kau hitam berjerawat ni? Kau ni tak reti jaga muka ngan badan ke nak kawin?
Htw. Jaga muka ngan badan kau dulu baru cakap macam ni dengan aku. Atau jawapan lebih manis. Kahwin tak kahwin macam ni jugak muka aku.

Dah. Sekian. Nak sambung debaran.


4 Words from you:

Tapak Kaki said...

KU PIKIR EF CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR..RUPANYA KU TERLEPAS PERTENGAHAN CERITA..HEHE

SuryaRahman said...

Ku fikir ku cinta pertamanya. Rupa-rupanya walaupun cinta pertama tetapi wanita kedua :(

Robek hatiku. Di saat 4 minggu sebelum bersatu.

:(

Tapak Kaki said...

ayat manis: hati tak perlu dirobek bila seruan sudah sampai.. dah jodoh kan..

ayat kurang manis: lebih kurang la citenya EF ngan cik..haha

SuryaRahman said...

hanya beliau faham kenapa hatiku robek.

:(