Hello!!!

Thursday, December 10, 2009

Surat Terbuka Untuk Kamu

Ke hadapan ayah,
Di sini Angah ingin mengucapkan terima kasih kerana telah membesarkan Angah sepanjang 23 tahun ni. Terima kasih kerana itu. Mungkin sepanjang tempoh ni ayah ada tersinggung perasaan dengan sikap Angah. Jadi Angah minta maaf semua salah silap Angah. Ayah pun tahulah Angah ni macam mana kan. Dari kecik memang gembeng sampai kadang-kadang ayah gurau pun boleh sentap sampai nangis sebanyak satu tempayan tapi bila Pak Mad bagi RM5 terus berhenti nangis. HAHA. Apalah. Menggunakan emosi betul waktu itu. Terima kasih jugak sebab banyak mentaja perkahwinan Angah ni. Maklumlah Angah baru kerja. Hutang kat Fitri pun belum habis bayar. HAHA.

Kehadapan emak atau panggilan manja emak mummy,
Terima kasih jugak sebab bersabar dengan Angah selama ni. Angah pun mintak maaf semua salah Angah pada emak. Terima kasih sebab banyak tolong Angah untuk kahwin ni. Walaupun citarasa berbeza, tapi Angah takde pilihan lagi. Mengharap kasih seorang emak untuk menolong anak di perantauan ni. HAHA. Mungkin lepas ni Angah kena pegang surat beranak dan buku bank sendiri kan. Dah tak boleh suruh emak pegang dah. Huhu.

Kehadapan Along,
Walaupun ada masa kita tak sebulu. Kadang-kadang boleh gaduh sampai macam tegang urat padahal benda kecik je. Tapi kita ni memang bulu ayam sejati. Last-last bercantum jugak. HAHA. Lepas ni mesti kita susah nak shopping sama-sama kan. Dahlah aku memang dah duduk jauh sekarang, pas ni kahwin pulak. Tapi takpe, nanti aku tulis surat permohonan perlepasan kepada Fitri supaay kita boleh berhibur seperti zaman anak dara ini. HAHA. Tak dapat lepas sepanjang hari, mintak time off pun okey apa.

Kehadapan Uda,
Macam Along jugak, mesti dah susah nak pergi shopping kan lepas ni. Tapi takpe. Akan aku usahakan nanti supaya kita dapat berhibur bersama. Heh. Lepas ni kau lah jadi anak manja emak. HAHA. Ke bibik manja. HAHAHA. Nanti masa kau dengan Along kahwin, kalau aku mampu aku tolong korang punya. Aku tak lupa, InsyaAllah, jasa-jasa baik korang tolong aku packing kerepek la, ikat reben la, ikut aku pergi beli barang la. Semua la. Bila nak bawak balik boyfriend kau? Aku nak interview dia. HAHA.

Kehadapan Adik juga dikenali sebagai Mamat,
Aku tak boleh terima Fitri dipanggil dengan nama Mamat kat rumah dia. Sebab bagi aku ada seorang Mamat je dalam hidup aku. Kau la tu. HAHA. Tapi lepas ni mungkin aku kena adjust setting pemikiran aku ni. Walaupun aku selalu marah kau seperti membawa kereta dengan laju, balik rumah awal pagi, sebulan nak SPM baru nak belajar persamaan serentak yang apa tah nama dia dalam english tu. Tapi aku buat semua tu sebab aku sayang kau. Eh, dah lah. Tak payah masukkan emosi nanti laptop rasa masin pulak. Cuma pesan aku, balik rumah cepat sikit. Pergi basuh ayam. Pastu nak main mercun ajak aku. HAHA.

Sekian.
Angah.

Notakaki:Saya dalam perjalanan pulang ke KL bersama EF. Pulang kali terakhir sebagai tunang beliau. Err. Pulang untuk menjadi isteri beliau. Err. Sejuk kakitangan sudah.

1 Words from you:

Mrs.Qarlista said...

A tribute to your loved ones eh..surya..nad dah dapat kad..ingat nak pegi yang kat Johor sebab sok ade hal kat N9.. :( Tapi time en.Fitri punye majlis tuh nad jadik pengapit pulak..haihh..bagaimana harus ku escape.. :(


Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar..doakan yang terbaik buat Surya n Fitri..


*Oooo..langkah bendul yer die.. :P