1. Grande green tea frappucino with whipped cream
2. Blueberry cheese cake
3. Chocolate banana
Sah naik sekilo esok.
Siapla you Fitri kalau I naik sekilo atau double chin jadi triple chin.
Hello!!!
Monday, March 29, 2010
Bersiaplah Kamu
My Words SuryaRahman at 12:00 AM 2 Words from you
Sunday, March 28, 2010
Bilakah ini akan berakhir?
Bukanlah saya merungut atau membenci. Tetapi setiap hari saya asyik bertanya-tanya pada sang bunga mengapa layu juga. Eh. Bukan. Bertanya-tanya bilakah semua ini akan berakhir.
Bukanlah saya tidak suka atau apa. Tetapi saya macam tertanya-tanya bilakah saya boleh menonton rancangan TV kegemaran di malam hari.
Bukanlah saya tidak minat atau apa. Tetapi saya tertanya-tanya bilakah suami akan mentidur seperti biasa tanpa perlu set alarm pukul 3, 4 pagi.
Bukanlah saya menghalang atau apa. Tetapi saya tertanya-tanya apakah kesudahan kisah ini nanti.
SR: Sayang, bila EPL ni nak habis?
EF: Bulan May ni. Kenapa sayang?
SR: Jadi bulan 5 ni bolehlah I pulak tengok TV yang I suka kan.
EF: Habis EPL ada World Cup plak bulan 6.
SR: T___________T
Lintas langsung dari ALBERT PARK, AUSTRALIA menerusi Star Sports Ch813.
Belum pun EPL habis, FI pulak sudah bermula. Kalaupun EPL atau F1 takde, ada saja Luge la, snuker la, pool la, NBA la bla bla bla.
My Words SuryaRahman at 2:00 PM 4 Words from you
Tuesday, March 23, 2010
Doa tak makbul
Tengok. Baru saja berdoa supaya tiada orang mahu bunuh diri minggu ini. Sekali sudah mendapat panggilan dari hospital. Ayam goreng kunyit pun belum siap.
Baik. Pegawai on call sedang bersiap. Dengan kuasa bulan akan menghukummu!!!!
KAHKAHKAH.
My Words SuryaRahman at 7:09 PM 0 Words from you
Only you
Last week saya on call untuk IPP. Just wait for the call,answering any queries, supplying any drugs needed, and nothing else. Hanya tunggu call di rumah. Ulangan, di RUMAH. Ckin, Widie dan yang lain-lain, sila cemburu. Saya tak perlu tunggu di hospital macam apa tah kenapa tunggu kat hospital padahal itu on call lebih baik panggil on hospital. HAHAHAHA.
This week saya on call untuk TDM pula. Sekali lagi tunggu call di RUMAH. Tidak perlu tunggu di hospital. Kalau ada kes urgent baru buat (Haraplah tiada orang mahu bunuh diri minggu ini). Kalau tidak, suruh saja mereka simpan darah di tempat sepatutnya dan hantar untuk test esok pagi. Jangan susahkan diri saya pergi tempat creepy malam-malam. Creepy tahu. Crispy juga tempat itu. Minggu lepas sudah terbukti crispyness tempat itu kerana tiles tiba-tiba burst out. Ok sudah. Jangan babitkan masalah hospital di sini.
Bila on call saja, mula lah tidak aman hidup saya. Bila ada call saja, start lah rasa macam alamak ada call ape lah dia nak mintak supply ni. Memang macam ada semacam perasaan berdebar tunggu call. Padahal sebenarnya emak yang telefon bertanya khabar. HAHAHA.
Bila on call ni jugak, handphone adalah sentiasa di sisi macam masa zaman bercinta dulu. Eceh. Macam lah sekarang ni tak bercinta. Maksud saya sekarang sudah berkahwin. Beliau depan mata. Takkan lah nak SMS call bagai tanya you dah makan belum. Dah terang-terang kau yang bagi dia makan tadi. Jadi kegunaan handphone lepas berkahwin adalah limited pada waktu office sahaja. Selepas office hour, mata bertentang mata, tanyalah apa kau suka. HAHAHAHA. Baik. Baik. Jangan tersasar. Jadi bila on call, handphone macam sesuatu yang penting sampai sanggup berpesan kepada suami, kalau hospital call masa I tengah masak, you tolong panggil I eh. Kau nampak tu perkataan masak kena bold. Nampak sangat nak mentunjuk kepada anda saya mampu masak ayam goreng kunyit. KAHKAHKAH.
Bila on call juga, masa ni lah tiba-tiba rajin membawa charger ke hospital. Manalah tahu masa lunch hour rakan mentelefon mahu bergosip lepas tu bateri tinggal 0.5 bar. Jadi haruslah charge sebelum habis office hour.
Bila on call juga, saya harus mensiap sediakan mental dan fizikal suami supaya beliau mampu teman saya treasure hunting mencari drug tersembunyi. Tidak sanggup saya mahu pergi tempat creepy sorang diri. Creepy sebab dia banyak bilik dan creepy sebab saya suka fikir perkara bukan-bukan. Err. Jadi kalau tiba-tiba dengar ada orang berlari dalam IPP tu, memang manusia ni lah yang berlari tu. HAHAHAHA.Ok sudah terbabas lagi. Jadi terpaksalah sang suami menteman sang isteri membuat on call walaupun pada pukul 2 pagi walaupun esok kerja. See. Cinta itu buta kan. Cuba kau mintak jiran sebelah rumah tolong teman, sumpah dia tak nak sebab dia tak cinta kau. HAHAHA.
Oleh itu sekarang saya mahu mensiap sediakan mental dan fizikal suami manalah tahu malam ni ada kes TDM ke. Jadi sila berperang dengan ayam goreng kunyit.
Sekian. Tajuk entry tiada kaitan. Mintak maaf.
My Words SuryaRahman at 5:52 PM 4 Words from you
Sunday, March 21, 2010
Rawan
Hati rawan.
Tidak mahu berkata-kata.
Biar ia reda sendiri.
Seperti biasa.
Simpan diam dalam hati.
Simpan.
My Words SuryaRahman at 3:41 PM 2 Words from you
Saturday, March 20, 2010
Biarku dengan jeans biruku
Tadi saya pergi gotong-royong. Macam baik kan pergi gotong-royong. Haih. Macam-macam masalah hospital itu. Bukan bukan. Bukan masalah hospital yang saya nak bincangkan.
Tadi saya balik dari gotong royong, saya terdengar lagu KRU. Oh la la. Macam dah berzaman tiada dengar lagu ni. Tapi tadi mendengar macam cabaran kepada medula oblongata bekerja keras ingat balik lirik dia. Pheww. Nasib baik medula oblongata masih berfungsi. Kau tau tak lagu ni? Nah amik ni.
Minggu lepas, semasa suami bekerja di waktu malam, tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada beliau. Ingat kan kerana apa lah. Mungkin memerlukan bantuan untuk berjaga malam ke. Rupa-rupanya nak tanya lagu Negatif KRU tu macam mana. Sebab hari tu beliau dengar dalam cerita Hotel Mania kat TV3 tu. Haih. Bikin suspen je la beliau ni. Terpaksalah si isteri ni menaynyi denagn malu-malu ayam menerusi telefon.
Setiap generasi punya citarasa sendiri
Gaya nan terkini
Irama muda-mudi
Fikir cara terbuka
Jangan pandang negatif saja
Inilah masa ku
Biarku dengan jeans biruku
Its negative, sayang.
My Words SuryaRahman at 1:38 PM 0 Words from you
Wednesday, March 17, 2010
Jangan main-main. Ini serius.
Ke hadapan kekanda yang disayangi (Serius. Jangan gelak. Masing-masing tahan muntah sendiri)
Perkara: Memohon pertimbangan
Merujuk perkara di atas, saya dengan berbesar hati memohon pertimbangan pihak tuan untuk tidak mengajak saya makan laju makanan (fast food) lagi.
2. Ini kerana mengikut perkiraan saya, setiap minggu paling kurang 2 kali pasti tuan menjemput saya ke restoran makanan segera. Sehubungan dengan itu, bebaru ini saya mendapati berat badan saya telah meningkat naik tidak lebih dari 6 kg atau dengan kata lain naik 6 kg semenjak pihak kita berjanji sumpah setia. Setelah perkiraan BMI di buat, saya mendapati pihak tuan telah mensebabkan BMI saya hampir-hampir diserang sakit jantung kerana berada pada borderline.
3. Justeru itu, di harap pihak tuan dapat membuat pertimbangan sewajarnya. Kerjasama pihak tuan didahului dengan jutaan kasih sayang.
Sekian.Saya yang menurut perintah makan fast food kerana berkhidmat untuk suami.
Yang benar,
Adindamu. KAHKAHKAH.
My Words SuryaRahman at 12:29 AM 1 Words from you
Sunday, March 14, 2010
Kau pernah?
Kau pernah bangun pagi-pagi lepas itu mata masih tak boleh bukak tapi kau dah start berjalan ke bilik mandi tapi lepas tu kau realize itu bukan bilik mandi tapi dapur.
Kau pernah dah sampai bilik mandi dah bersiap sedia tiba-tiba kau tengok eh apasal tuala aku lain macam ni? Rupanya tuala orang lain.
Kau pernah ambik pencuci muka lepas tu kau sapu kat badan dan shower gel kau sapu kat rambut.
Nasib baik aku tak sapu shampoo kat muka.
Sekian. Diari seorang mamai di pagi hari.
My Words SuryaRahman at 7:06 AM 2 Words from you
Friday, March 12, 2010
Of 3 Months of Marriage
Dedicated to my lovely, one-pack stomach with sign of male-type baldness husband. Oh my.
Oh. I rasa macam baru semalam je I berdebar-debar tunggu kedatangan you sambil muka penuh mekap jalan kesana sini bawak IC takut nanti terlupa pastu Imam mintak menggelabah nak carik. Rupa-rupanya sudah 3 bulan kita bernikah. Atau dengan kata lain, sudah suku tahun kita bersama.
Of these wonderful three months, I tahu I banyak buat salah kat you. And sometimes I macam mempaksa you. Contohnya bila you minum susu, I akan paksa you gosok gigi dulu sebelum mengendeng kat I. Or at least gunalah Listerine menanggalkan plak yang tidak kelihatan. HAHA. Eh susu putih itu memang menggelikan okey. I memang tak boleh tolerate dengan susu putih. Make it chocolate or pink, I can accept. But not the fresh milk yang you selalu makan dengan Koko Krunch tu. Yerk. That is why email I nomilkplz_86@yahoo.com. Get it?
And I selalu merungut bila you suruh buat air horlick atau nestum. BUSUK okey. Kalau I buatkan untuk you, mesti I akan bernafas menggunakan mulut. Lepas tuang air, I akan lari bawak mug tu kasi pada you suruh you kacau sendiri. I tak sanggup menghirup udara nestum mahupun horlick. Tapi sebab you yang mintak, I buatkan jugak. Nama orang lain nak suruh I buat, mintak simpang lah. Takkan aku buat.
I pun selalu suruh you balik awal bila you kena kerja malam macam sekarang. Kalau you balik lewat, I mulalah fikir yang bukan-bukan. Tiba-tiba bayangan hantu jangan pandang belakang pun menjelma di ingatan. Shit. Nasib baik kau macam sampah. Takdelah aku takut sangat.Atau tiba-tiba keluar iklan kat TV pasal benda alah ni. Baik. Rasa macam nak menangis lepas tu tidur sambil bukak lampu kemudian mendapat tidur tak berkualiti.
Of all things I have done in these three months, perkara yang paling penting I nak katakan is
I mintak maaf terpijak cermin mata you tadi. Kena bayar ganti rugi ke?Tak payah kan...
My Words SuryaRahman at 7:51 PM 5 Words from you
Wednesday, March 10, 2010
Alhamdulillah.
Petikan dari Utusan Malaysia Online. Ok. Bukan petikan. Copyan.
I like secara banyak.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelan penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan yang mempercepatkan tempoh naik pangkat ke Gred 54 di antara dua hingga lima tahun.
Beliau berkata inisiatif yang melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM200 juta setahun itu bertujuan untuk menambah baik laluan kerjaya mereka bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.
“Melalui penambahbaikan laluan kerjaya ini, kerajaan berharap pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. (BAIK. Saya yang menurut perintah)
Katanya, penambahbaikan ini sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranan mereka yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan yakin langkah ini akan dapat meningkatkan komitmen dan azam mereka untuk menjayakan hasrat meningkatkan tahap perkhidmatan hospital kerajaan.
Pelan penambahbaikan kerjaya antaranya adalah seperti berikut:
* Kenaikan ke Gred 44 - Bagi pegawai pergigian setelah berada di Gred 41 untuk tempoh dua tahun, dan bagi pegawai farmasi setelah tiga tahun.
* Kenaikan ke Gred 48 - Bagi pegawai perubatan dan pegawai pergigian setelah berada di Gred 44 selama tiga tahun, atau tarikh warta pakar mana yang terdahulu; dan Bagi pegawai farmasi setelah berada di Gred 44 selama empat tahun.
* Kenaikan ke Gred 52 bagi pegawai perubatan dan pegawai pergigian klinikal/pentadbiran setelah berada di Gred 48 selama empat tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.
Kenaikan ke gred itu bagi pegawai perubatan (pakar) dan pegawai pergigian (pakar) pula setelah berada di Gred 48 selama dua tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan.
My Words SuryaRahman at 8:16 PM 4 Words from you
Friday, March 5, 2010
Tolonglah...
Err. Tolonglah. Setakat menjadi rajin menulis blog selama 2 hari saja apahal. Lepas itu membising pulak seolah-olah sentiasa rajin. HAHA. Mood untuk menulis adalah menurun dengan mendadak. Mungkin sekarang sudah mendapat sumber terbaru melepaskan bebel. HAHA. Tapi serius, baru lah rasa faham kenapa emak suka membebel. Heaven tahu perasaan dia. HAHA. Sengal.
Rasa macam baru sahaja kahwin. Tapi bila tengok pengira di atas eh kenapa dah dua bulan lebih ni eh eh salah kira ke apa pengira ni. Tidak mengapalah. Kalau salah pun saya anggap saja pengira tu betul.
Baik. Sementelah usia perkahwinan sudah menjangkau 3 bulan (ambik kau. Mesti cikgu bm aku kagum dengan kepetahan berkata-kata, maka 3 bulan lah jugak orang asyik bertanya. The common question people will ask to a married couple.
Ada satu ketika sedang saya berpelukan dengan ayah semasa kenduri Ziha hari tu, selamba je ayah bertanya 'Dah ada isi ke belum?' .Err. Macam malu pulak ayah tanya soalan berciri tersebut. HAHA.
Sebelum itu, semasa saya dijangkiti demam Januari lalu, sudah mula timbul gosip liar ni. HAHA. Gosip liar budget engkau gadis liar suka parti liar ditangkap gambar oleh paparazi liar lepas itu gosip liar keluar di TV liar juga. Emak mengetext saya 'mak pun x baik lagi demam batuk dah makan ubat lum dah ehem ehem agaknya' (harap maklum. Emak saya tidak meletakkan nokhtah pada sms dia. Dah cukup untung emak pandai SMS anak tanya khabar. HAHA).
Ketika yang lain, seorang kawan meletakkan tangan kat perut saya sambil bertanya soalan sama. Err.
Pernah saya letak status di FB 'Mana mahu cari char kuey tiow di sabah?' Bertubi-tubi pula comment saya dapat. Ada yang cakap 'wah kencangnya', 'hebat ah', 'tahniah' dan lain-lain lagi. Err. Sudah. Lain jadinya. Niat asal nak tanya kawan tempat makan, tapi disalah anggap. Aiseh.
Ada jugak kawan bermimpi saya sudah berisi ke depan. Err. Terharu dia mimpi begitu. HAHA. Apa kaitan lah terharu pulak ni.
Ada suatu masa pulak, ketika angin bertiup kencang maka terhasil lah figura bukan idaman menerusi baju kurung yang di pakai. Seorang kawan lain pulak bertanya, pregnant eh? Err. People, i am naturally has a little bulge down there ok. Do not speculate my physical nanti dia kecik hati terus kempis macam mana kan dah takde lemak reservoir.
It is quite stress here. Some people ask me whether i take OCP for planning. Grrrr. I will opt to other options rather than OCP if I want a contraceptive measure. Somemore, why should i need OCP when both of us are ready to be a parents(Oh really? Is it Surya who said that? Matilah aku kena gelak ni)?
There you go. Its the matter of time.
~Sedang mencari. Sedang menanti. Sedang bersabar~
My Words SuryaRahman at 7:57 PM 9 Words from you