Err. Tolonglah. Setakat menjadi rajin menulis blog selama 2 hari saja apahal. Lepas itu membising pulak seolah-olah sentiasa rajin. HAHA. Mood untuk menulis adalah menurun dengan mendadak. Mungkin sekarang sudah mendapat sumber terbaru melepaskan bebel. HAHA. Tapi serius, baru lah rasa faham kenapa emak suka membebel. Heaven tahu perasaan dia. HAHA. Sengal.
Rasa macam baru sahaja kahwin. Tapi bila tengok pengira di atas eh kenapa dah dua bulan lebih ni eh eh salah kira ke apa pengira ni. Tidak mengapalah. Kalau salah pun saya anggap saja pengira tu betul.
Baik. Sementelah usia perkahwinan sudah menjangkau 3 bulan (ambik kau. Mesti cikgu bm aku kagum dengan kepetahan berkata-kata, maka 3 bulan lah jugak orang asyik bertanya. The common question people will ask to a married couple.
Ada satu ketika sedang saya berpelukan dengan ayah semasa kenduri Ziha hari tu, selamba je ayah bertanya 'Dah ada isi ke belum?' .Err. Macam malu pulak ayah tanya soalan berciri tersebut. HAHA.
Sebelum itu, semasa saya dijangkiti demam Januari lalu, sudah mula timbul gosip liar ni. HAHA. Gosip liar budget engkau gadis liar suka parti liar ditangkap gambar oleh paparazi liar lepas itu gosip liar keluar di TV liar juga. Emak mengetext saya 'mak pun x baik lagi demam batuk dah makan ubat lum dah ehem ehem agaknya' (harap maklum. Emak saya tidak meletakkan nokhtah pada sms dia. Dah cukup untung emak pandai SMS anak tanya khabar. HAHA).
Ketika yang lain, seorang kawan meletakkan tangan kat perut saya sambil bertanya soalan sama. Err.
Pernah saya letak status di FB 'Mana mahu cari char kuey tiow di sabah?' Bertubi-tubi pula comment saya dapat. Ada yang cakap 'wah kencangnya', 'hebat ah', 'tahniah' dan lain-lain lagi. Err. Sudah. Lain jadinya. Niat asal nak tanya kawan tempat makan, tapi disalah anggap. Aiseh.
Ada jugak kawan bermimpi saya sudah berisi ke depan. Err. Terharu dia mimpi begitu. HAHA. Apa kaitan lah terharu pulak ni.
Ada suatu masa pulak, ketika angin bertiup kencang maka terhasil lah figura bukan idaman menerusi baju kurung yang di pakai. Seorang kawan lain pulak bertanya, pregnant eh? Err. People, i am naturally has a little bulge down there ok. Do not speculate my physical nanti dia kecik hati terus kempis macam mana kan dah takde lemak reservoir.
It is quite stress here. Some people ask me whether i take OCP for planning. Grrrr. I will opt to other options rather than OCP if I want a contraceptive measure. Somemore, why should i need OCP when both of us are ready to be a parents(Oh really? Is it Surya who said that? Matilah aku kena gelak ni)?
There you go. Its the matter of time.
~Sedang mencari. Sedang menanti. Sedang bersabar~
TEST
2 years ago
9 Words from you:
hahaha... siannya ko...
muda lg.. xpe.. ak bakal suami pon x nmpk lg...huhuhu...insyaAllah ada rezeki punya..
btw.. u can start megira ur **** rhythm for best outcome dear.. hehehehehe...
ok.. ak doakan ko cpt2 berisi.. ak ada 8 ari lg tinggal sblm pro exam...doakan aku eh...
wahh..aku la tuh yg mimpi ko dah pregnant...wakaka...aku pun terharu jugak...
soalan wajib utk pngantin baru..heheh
muahaha bese la tu kalo br kawen dh msuk 3bln tu soklan wajib la tu akaka...ade ke org tny mak ko dah ehem ehem lom akakaka aku lg la dah peod lewat smggu pon org kate dah lekat ape pny subur daaaa....pape pon rezeki tu kalo Tuhan nk bg ade la...kalo blom tu mksdnyer blom ms yg sesuai lg...ok dear...kem slm fitri
HAHAHA..chayok2!
Terima kasih semua atas sokongan yang diberikan. Sesungguhnya saya terharu. Tanpa undian anda, siapalah saya. Tidak mampu saya menggenggam piala kemenangan ini. Tsk tsk tsk. HAHA.
surya..sabar ye..nad pun tengah bersabar ni..kite kawen pun dekat2..and i bet perasaan nak ada baby tuh kadang-kadang macam meluap2..hehe.. :P
relax arr beb..!!!
Nad: Sama-samalh kita menunggu kan...
Lanun: Eh. Encik lanun. Kembali lagi.
Post a Comment