Hello!!!

Saturday, March 20, 2010

Biarku dengan jeans biruku

Tadi saya pergi gotong-royong. Macam baik kan pergi gotong-royong. Haih. Macam-macam masalah hospital itu. Bukan bukan. Bukan masalah hospital yang saya nak bincangkan.

Tadi saya balik dari gotong royong, saya terdengar lagu KRU. Oh la la. Macam dah berzaman tiada dengar lagu ni. Tapi tadi mendengar macam cabaran kepada medula oblongata bekerja keras ingat balik lirik dia. Pheww. Nasib baik medula oblongata masih berfungsi. Kau tau tak lagu ni? Nah amik ni.



Minggu lepas, semasa suami bekerja di waktu malam, tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada beliau. Ingat kan kerana apa lah. Mungkin memerlukan bantuan untuk berjaga malam ke. Rupa-rupanya nak tanya lagu Negatif KRU tu macam mana. Sebab hari tu beliau dengar dalam cerita Hotel Mania kat TV3 tu. Haih. Bikin suspen je la beliau ni. Terpaksalah si isteri ni menaynyi denagn malu-malu ayam menerusi telefon.


Setiap generasi punya citarasa sendiri
Gaya nan terkini
Irama muda-mudi
Fikir cara terbuka
Jangan pandang negatif saja
Inilah masa ku
Biarku dengan jeans biruku




Its negative, sayang.



0 Words from you: