Petikan dari Utusan Malaysia Online. Ok. Bukan petikan. Copyan.
I like secara banyak.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelan penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan yang mempercepatkan tempoh naik pangkat ke Gred 54 di antara dua hingga lima tahun.
Beliau berkata inisiatif yang melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM200 juta setahun itu bertujuan untuk menambah baik laluan kerjaya mereka bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.
“Melalui penambahbaikan laluan kerjaya ini, kerajaan berharap pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. (BAIK. Saya yang menurut perintah)
Katanya, penambahbaikan ini sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranan mereka yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan yakin langkah ini akan dapat meningkatkan komitmen dan azam mereka untuk menjayakan hasrat meningkatkan tahap perkhidmatan hospital kerajaan.
Pelan penambahbaikan kerjaya antaranya adalah seperti berikut:
* Kenaikan ke Gred 44 - Bagi pegawai pergigian setelah berada di Gred 41 untuk tempoh dua tahun, dan bagi pegawai farmasi setelah tiga tahun.
* Kenaikan ke Gred 48 - Bagi pegawai perubatan dan pegawai pergigian setelah berada di Gred 44 selama tiga tahun, atau tarikh warta pakar mana yang terdahulu; dan Bagi pegawai farmasi setelah berada di Gred 44 selama empat tahun.
* Kenaikan ke Gred 52 bagi pegawai perubatan dan pegawai pergigian klinikal/pentadbiran setelah berada di Gred 48 selama empat tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.
Kenaikan ke gred itu bagi pegawai perubatan (pakar) dan pegawai pergigian (pakar) pula setelah berada di Gred 48 selama dua tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan.
TEST
2 years ago
4 Words from you:
hipotesis 1: bila naik pangkat cepat, gaji cepat naik nanti boleh la cepat2 pegi beli pakaian baby bersama EF.hehe...
heh best gler!!! ok2 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
* aku igtkan alhamdulillah laen td haha
Encik Kadok: Hipotesis 2: Tak perlu beli baju untuk baby. Bapa angkat akan belikan nanti. HAHA.
Ziha: HAHA. Surprise.
Anyway selamat naik pelamin lagi. Sorry tak dapat pergi kali ni. HUHU.
siapakah bapa angkat beliau? beruntung betol...
Post a Comment