Hello!!!

Tuesday, March 23, 2010

Only you

Last week saya on call untuk IPP. Just wait for the call,answering any queries, supplying any drugs needed, and nothing else. Hanya tunggu call di rumah. Ulangan, di RUMAH. Ckin, Widie dan yang lain-lain, sila cemburu. Saya tak perlu tunggu di hospital macam apa tah kenapa tunggu kat hospital padahal itu on call lebih baik panggil on hospital. HAHAHAHA.

This week saya on call untuk TDM pula. Sekali lagi tunggu call di RUMAH. Tidak perlu tunggu di hospital. Kalau ada kes urgent baru buat (Haraplah tiada orang mahu bunuh diri minggu ini). Kalau tidak, suruh saja mereka simpan darah di tempat sepatutnya dan hantar untuk test esok pagi. Jangan susahkan diri saya pergi tempat creepy malam-malam. Creepy tahu. Crispy juga tempat itu. Minggu lepas sudah terbukti crispyness tempat itu kerana tiles tiba-tiba burst out. Ok sudah. Jangan babitkan masalah hospital di sini.

Bila on call saja, mula lah tidak aman hidup saya. Bila ada call saja, start lah rasa macam alamak ada call ape lah dia nak mintak supply ni. Memang macam ada semacam perasaan berdebar tunggu call. Padahal sebenarnya emak yang telefon bertanya khabar. HAHAHA.

Bila on call ni jugak, handphone adalah sentiasa di sisi macam masa zaman bercinta dulu. Eceh. Macam lah sekarang ni tak bercinta. Maksud saya sekarang sudah berkahwin. Beliau depan mata. Takkan lah nak SMS call bagai tanya you dah makan belum. Dah terang-terang kau yang bagi dia makan tadi. Jadi kegunaan handphone lepas berkahwin adalah limited pada waktu office sahaja. Selepas office hour, mata bertentang mata, tanyalah apa kau suka. HAHAHAHA. Baik. Baik. Jangan tersasar. Jadi bila on call, handphone macam sesuatu yang penting sampai sanggup berpesan kepada suami, kalau hospital call masa I tengah masak, you tolong panggil I eh. Kau nampak tu perkataan masak kena bold. Nampak sangat nak mentunjuk kepada anda saya mampu masak ayam goreng kunyit. KAHKAHKAH.

Bila on call juga, masa ni lah tiba-tiba rajin membawa charger ke hospital. Manalah tahu masa lunch hour rakan mentelefon mahu bergosip lepas tu bateri tinggal 0.5 bar. Jadi haruslah charge sebelum habis office hour.

Bila on call juga, saya harus mensiap sediakan mental dan fizikal suami supaya beliau mampu teman saya treasure hunting mencari drug tersembunyi. Tidak sanggup saya mahu pergi tempat creepy sorang diri. Creepy sebab dia banyak bilik dan creepy sebab saya suka fikir perkara bukan-bukan. Err. Jadi kalau tiba-tiba dengar ada orang berlari dalam IPP tu, memang manusia ni lah yang berlari tu. HAHAHAHA.Ok sudah terbabas lagi. Jadi terpaksalah sang suami menteman sang isteri membuat on call walaupun pada pukul 2 pagi walaupun esok kerja. See. Cinta itu buta kan. Cuba kau mintak jiran sebelah rumah tolong teman, sumpah dia tak nak sebab dia tak cinta kau. HAHAHA.

Oleh itu sekarang saya mahu mensiap sediakan mental dan fizikal suami manalah tahu malam ni ada kes TDM ke. Jadi sila berperang dengan ayam goreng kunyit.

Sekian. Tajuk entry tiada kaitan. Mintak maaf.



4 Words from you:

Unknown said...

hehe best bc post ko mengong

SuryaRahman said...

haha.
hidup biar bengong.
baru hidup. kahkahkah.

-widie- said...

tggu saje diRUMAH?
huh MENYAMPAH..
bagi ko nyer crtcal allowance kt aku..
-aku yg parah lg critical-

SuryaRahman said...

Widie, tak baik makan gaji buta. Tu elaun aku. Kalau bagi ko, ko dah kira makan gaji buta. Aku tanak kawan aku makan gaji buta. HAHAHAHA.