Hello!!!

Thursday, January 20, 2011

Life: Live The Way It Is

Penat. Itu saja yang saya boleh cakapkan tentang minggu ini. Bila mana saja ada public holiday pada hari bekerja, maka klinik saya bekerja akan bertukar menjadi pesta muda mudi. Ok. Yang tua juga pasti ada. Waktu bekerja akan berlarutan sehingga jam 6 atau lebih. Mungkin anda berfikir, best la dapat OT duit lebih. Harapan sahaja. Saya bekerja secara percuma, tanpa saya rela.

Saya tak salahkan pesakit. Saya tahu mereka sakit. Dengan cara hidup kita sekarang, tak mustahil 20 tahun lagi kita pun akan jadi mereka. Setiap 3 bulan datang untuk check darah, gula, kolestrol, uric acid. Tapi apa saya nak tekankan saling menghormati.

Hormatilah masa bekerja kami. Memanglah kami bekerja pukul 8 sampai 5. Bukanlah bermaksud pukul 4.45 anda baru nak datang daftar untuk mendapatkan rawatan. Pukul berapa pula kami nak balik. Pesakit dalam klinik masih ramai. Nak clearkan pun ambik masa. Bila kami tolak untuk mendaftarkan anda, anda melenting. Tinggi suara. Mula lah nak kata klinik kerajaan bla bla bla bla.

Hormatilah juga pandangan perubatan (medical opinion) kami. Jika anda tidak diberikan MC, maksudnya anda fit untuk bekerja dan kesihatan anda tidak mengganggu anda untuk bekerja. Tak perlulah anda marah-marah dan meninggikan suara hanay kerana tak dapat MC. Klinik kerajaan bukan seperti sesetengah klinik swasta yang memberi MC sesuka hati.

Hormatilah kami sebagai manusia. Kami juga perlu rehat, makan, minum, kencing, berak sebagaimana anda. Kakau robot sekalipun, bila bateri habis, collapse jugak. Ini kan pulak kami.

Mungkin anda tidak ada perasaan sebegitu sebab anda tidak mengeluarkan belanja yang besar untuk mendapatkan rawatan.

-Surya Rahman-

0 Words from you: