Hello!!!

Sunday, March 8, 2009

Lapan

Semester-semester dalam hidup.
amaran. entry ini adalah entry hyper panjang tak ingat dunia. jike anda tak mahu bace, sile mengclick gambo pangkah itu. sile jangan mengadu kepada saye jika mata anda keletihan ketika membaca. sebarang surat menyurat hanye akan di layan jika itu surat cinta kepada surya. KAHKAH.

satu. pertame kali menjejakkan kaki ke menara gading. kenapa di panggil menara gading? sedangkan tiada gading pun di atas menara. apetah lagi gajah yang mempunyai gading. ok jangan merepek. saya, widie n syaz telah menduduki tempat teratas dalam senarai pendudukan dewan kuliah. kami mempunyai hobi yang same. kami selalu ke library untuk meminjam novel *sile pastikan ianya novel, bukan bahan pelajaran atau pun pendidikan, tetapi hiburan semata*. lantas bilekah waktu yang sesuai untuk membace? tentu sekali semasa lecterur begitu sibuk membentangkan hujah nye di dalam kelas. oohh. mase itu sangat indah. sambil menanti pukul 12.30 supaya boleh kembali ke kolej dan seterusnye mensantap di dewan makan. membaca novel di dalam kelas adalah satu cabaran yang paling besar kerana harus mempunyai skills tertentu supaya pembacaan tidak dapat dikesan oleh lecturer. jika ingin belajar, boleh beli buku Tips Membaca Dalam Kelas oleh surya. ok. tipu.

dua. kate semester dua, harus ade perubahan sikit. kini saye menduduki barisan kedua dari atas bersama yumie pule. oh. ape terjadi. sudah jatuh dalam ranking pendudukan dewan kuliah nampaknye. tidak mengapa. ape bezanye semester ini ngan semester lepas? tade beza. yang berbeza hanye lah telah mengenali beberapa kawan baru yang boleh tahan gile kerana kesukaan n kecintaan terhadap game berkomputer. mereka itu ialah alin n ckin. tidak lupe juge kepada azie, dayo n aliaa walaupun game berkomputer bukan focus utama mereka. tidak seperti budak 2 orang itu. maka mereka berdua adalah sumber game secara percume. oh. tidak ketinggalan, semester ini saye telah mengkawani encik fitri setelah sekian lame bermusuhan. KAHKAH. sile rujuk kisah chinta di sini. telah secara luar sedar menyertai national knight atau lebih dikenali sebagai kesatria negara untuk kali kedua. sila kagum.

tiga. telah melebarkan sayap kehidupan apabila dengan sepakatnye meninggalkan kolej kediaman MELATI yang menyediakan amali lontar jamrah secara percuma untuk menduduki rumah sewa. kehidupan baru bermula. lebih mengenali sesama sendiri. yang buruk disimpan. yang baik dicanang. adat kehidupan berumah tangga. aib harus di jaga. maruah juga. oh. kenapa saya begitu emosional? siape yang berumah tangga? HAHA. telah bergaduh secara dahsyat dengan along sehingga ayah meminta saya mengalah berikutan kedegilan kepala masing2. bile ingat balik, rase bodoh je pade waktu itu. tapi kalau da bulu ayam tu, carik la macam mane pun, cantum jugak. telah juge memiliki burung terhebat di dunia apabila burung tersebut berjaya membawa saye merantau mengelilingi malaysia. ape yang lebey kagum, burung tersebut hanye mentelan minyak petrol sahaja. tidak perlu jagung, dedak dan buah untuk di beri makan. demand juga burang zaman sekarang. telah mule menseriuskan hubungan dengan encik fitri secara luar sedar juga.

empat. telah berpindah alamat rumah. kerana ekonomi kehidupan kami yang bertambah baik, maka kami berpindah ke sebuah rumah bertingkat 4 untuk keselesaan masing2. KAHKAH. tipu. rumah itu hanyelah di tingkat 4. bukan bertingkat 4. ape ni? tak paham? ok keluar sekarang sebelum bertambah pening. cabaran betul duduk di rumah ini apabila malam yang sepatutnye sunyi bertukar suasana seperti berada di funfair belakang jusco bukit tinggi. dan pagi yang heninh bertukar menjadi pertaluan hon yang dibunyikan. oh. cabaran. telah memulakan siri jelajah malaysia secara berkumpulan yang menyaksikan destinasi pertama adalah negeri kelahiran sendiri. JOHOR di hati ku.

lima. pembelajatran seperti biasa. pembacaan novel sudah lame dihentikan berikutan kemasukan segerombolan lecterur2 yang begitu berani menembak student sendiri dengan soalan membunuh secara berdas-das. natijahnye, keje part time tersebut terpaksa dihentikan. bukan secara rela, tapi terpaksa. encik fitri telah mule bekerja membuat kopi di sebuah kedai kopi tidak terkemuka di selatan tanah air. menurut beliau, membuat kopi adalah amat senang. tapi tidak pernah pun belaiu membuat kopi untuk gf beliau ini. untuk ape beliau membuat kopi kalau gf beliau tidak meminum apetah lagi menghidu malahan tidak menyentuh sedikit pun kopi buatan beliau. telah menganjurkan jelajah malaysia musim ke2 apabila kumpulan backpackers tidak sejati itu membawa diri ke melaka dan port dickson yang menyaksikan tuan punye blog ini iaitu surya kehitaman dan ke'burn'an akibat memandikan diri di laut masin serta berminyak bernama port dickson yang mengakibatkan beliau kelihatan seperti seorang african di samping encik fitri sewaktu konvo encik fitri berlangsung.oh. tidak suke. tolong rewind. mengikuti community pharmacy attachment selama 3 minggu. oh. kenapa tak dapat gaji???

enam. telah dengan jayanye membawa diri menaiki keretapi menuju ke arau seterusnye menaiki feri menuju ke pulau langkawi berikutan musim ke3 siri jelajah malaysia. oh bahagia ditambah pule sebelum itu berjaya mensepitkan jari sendiri di pintu kereta. lantas mempunyai jari yang kuku tidak berupa kuku. lalu mengugut encik fitri supaya berkahwin dengan saya walaupun kuku tidak berupa kuku. HAHA. telah belajar industry pharmacy yang bakal menyaksikan cuti semester dihabiskan di kilang-kilang membuat obat di malaysia mahupun mauritius. KAHKAH. banyak tipu. selalu ponteng kerja. berikutan kawan2 sekerja telah emmpontengkan diri. namun begitu, kadang2 telah mendatangkan diri dengan paksa rela berikutan pujuk rayu hazwan n anip. oh. walaupun hadir belum tentu mase pekerjaan itu adalah seperti yang tertakluk dalam perjanjian. KAHKAH. setan.

tujuh. oh. sudah memulakan sesi hospital. sangat takut. kenapa harus takut? apekah ketua pegawai farmasi itu memakan orang-orang banyak lemak serta daging seperti saya ini? jangan makan saya. saya banyak lemak. nanti lipid profile awak abnormal susah plak. HAHA. berjaye menhgarungi detik2 super duper takut nak g hospital. oh lupe pule. telah melancarkan mogok lapar terhadap encik fitri yang menyaksikan saye kekurangan berat badan sebanyak 5 kg. KAHKAH. tu pun mau cerita ke? jelajah malaysia musim ke 4 membawa kami ke negeri di bawah bayu. ape itu bayu? saye tidak jumpe bayu di sana. adekah bayu itu invisible? sile jawab.

lapan. oh. oh. sudah mau abis blajar kah? sekejap je mase berlalu. luar sedar sudah sampai penghujung. tapi. alamak. ape yang saye belajar selama ini? HAHA. tak guna punye worang la ini surya. lain worang lagi belajar, lu boley pikir jalan je. hospital lebey mencabar. ape cabarannye? telah memasuki wad secara sah dan menghirup udara2 tidak sihat di situ. balik akan mengalami sakit tekak atau bersin2. oh. takutnye untuk bekerje di hospital. sile abaikan. telah memulakan jelajah malaysia musim ke5 ke penang pula. dan misi mengecop passport bermule dengan lawatan sambil makan angin minum angin n buang angin ke singapore. bakal diintebiu pihak kerajaaan yang begitu mengidami saye bekerja di hospital kerajaan juga pada minggu depan. telah melakukan perkara baru dalam hidup. oh. oh. da nak abis blaja. oh. takut pula rasenye.

ok. da abis. sile blah sebab saya nak blah.


3 Words from you:

Anonymous said...

eh ko lupe ke?? ko telah tjumpe c odah yg kacak n perkasa semasa sem7... wahahahah..
tp surya ko mesti bsyukur jumpe aku sbb aku ni cumel... TP aku yg terpaksa bkawan dgn kO... wahahahah kijam

SuryaRahman said...

padan la aku lupe ko..kerane terlalu cumel terpaksa aku melupakan ko..KAHKAH..

SuryaRahman said...
This comment has been removed by the author.