Hello!!!

Showing posts with label bercuti. Show all posts
Showing posts with label bercuti. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

Muntah Darah

Amaran: Ini adalah gambar percutian. Percutian ini telah berlangsung minggu lepas. Kami telah menahan nafsu shopping selama satu semester. Err. Tipu. Sila lihat gambar tersebut. Jika engkau muntah darah mahupun meloya, engkau jangan nak merungut pada saya. Siapa suruh engkau tengok. Saya dah bagi amaran. Kalau mengalami simptom tersebut, sila rujuk pada yang pakar.



Engkau: Doktor, saya muntah darah lah.
Doktor: Kenapa engkau muntah darah?
Engkau: Tengok gambar kat blog Surya.
Doktor: Pergilah tengok lagi. Berkhasiat betul blog Surya.
HAHA.




Ini adalah bukti bahawa kami ini mempunyai Passport sah. Pastinya bukan PATI. Err.

Setiba je di airport, masing-masing dah menunjukkan skill 1/10 posing untuk gambar.


Alah. Pura-pura je mereka semua ini. Jangan percaya.

DI depan hotel penginapan, Flores Gallery Hotel. Beraksi konon-konon Rossa tak berapa tegar.


Di dalam bilik pula. Saja nak kasi engkau dengki.


PVJ Mall. Midvalley? Boleh jalan.


Kan saya dah kata, Midvalley boleh nangis tengok PVJ.

WaLe. Aunty Lela, tolong ajar saya buat bakso superb meleleh air liur bila terkenang itu.

Macam mengikut ketinggian pula. Yang tinggi dan cantik di tengah. Yang lain boleh ke tepi.
HAHA.
Tangkuban Perahu. Sejuk siot. Setakat sweater setebal selimut tu takde kesan pun. Err. Tipu. Tak pakai selimut pun.

Engkau tengok je lah gambar ni. Malas nak tulis caption. Dah terang-terang gambar tu bagitau situasi ni kat mana. Lagi engkau mahu tanya aku?



Engkau belilah baju bulu di situ. Warm seh. Asal melintas je depan kedai menjual baju tersebut, mesti akan mnselukkan tangan sebentar. Nikmat siot.

Cover DVD trip to Indonesia. Kan DVD Sabah dah ada. Indonesia pun kene ada jugak. Nanti kecik hati die. HAHA.

Ambik engkau. Termuntah-muntah lah engkau tengok muka aku dan yang lain-lain.

Ni lagi satu. Semakin muntah lah engkau.

Engkau nampak yang baju putih kat depan tu? Dia ialah Marfen. Driver, waiter, photographer, bell boy, story teller, tourist guide. Semua pun dia boleh jadik. Hagemaru je yang die tak boleh jadik. HAHA. Kebun Strawberry. Petik strawberry. Makan strawberry. Berak strawberry. Err. Motif?

Ini pun pura-pura. Padahal tau orang nak ambik gambar. HAHA.

Menikmati blueberry yang tersangat enak itu sampai tak sedar telah tertangkap gambar oleh paparAziLIN
Macam dapat pencerahan agung pulak. HAHA.

Cubaan meniru gaya patung Rumah Mode yang ternyata sikit pun tak sama.

Engkau tengok ape yang Alin buat tu. Aiseh. Ni la kesannya kalau tengok Ceria banyak sangat. Nasib baik dia buat aksi Ultraman. Kalau dia buat aksi Hagemaru, mahu aku tinggal dia terus kat Indon. HAHA.

The Secret. Secret lah sangat kan. Secret Recipe lagi sedap.

Dah takde keje dah. Nak shopping pun duit tinggal ratusan rupiah je. Ambik gambar je la.

Ashley Simpsons Indon. HAHA.
Ni la bukti paling kukuh betapa beg-beg kami ini telah beranak. Nasib baik tak excess luggage.
Pandai pulak tu budget. Ngam-ngam je berat die.

Dah macam ape tah Surya membawa beg oleh-oleh itu sedemikian.
KLIA. Ini lah gambar terakhir kami sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Sob. Sob.


Kaki menulis nota: Apa macam? Ada muntah tak?






Entry Khas

Ini adalah pengajaran yang saya kutip sepanjang 6 hari 5 malam di Indonesia.

  1. Prepare yourself with stamina before you go. You may end up at pintu masuk kedai dengan muka selenga nak heret kaki pun dah tak mampu sebab dah tak bertenaga. Bring along some candy or chocolate bar to give you some energy during your shopping.
  2. Bring along a calculator tak kisahlah saintific or not, to ease you during currency changes.
  3. Write all the kiriman things and bring along whenever you go for shopping. It helps you. Really.
  4. Buy Indon simcard since no Maxis there and roaming is expensive. The starter pack is only IDR 20k.
  5. Bring along a collapsible or foldable or whatever bag you call it. It is needed at the end of your trip.
  6. If you want to do some spa or massage or hair treatment, make an appointment to avoid dissappointmnet like me. Sob. Sob.
  7. Try to eat Indonesian food instead of McD or KFC. Hey, you can eat that kat Malaysia kan. I love bakso. It is totally different from yang jual kat Malaysia. With sos pedas, kicap and kicap pedas, it makes bakso is a superb food. Err. Meleleh lagi.
  8. If you want to buy telekung, go for Tanah Abang, Jakarta since there got cheaper and prettier design of telekung. The price may differ from IDR 25k to IDR 100k.
  9. If it blouse you are looking for, dont buy at Tanah Abang, instead go for Mangga Dua or Pasar Baru Bandung. Cheaper there.
  10. If you want to buy kebaya, I advise you to buy ready made kebaya at Tanah Abang since I can get it for only IDR 15k more than you buy the kain only. Siapa yang terima upah jahit kebaya RM 5 je?
  11. Lots of kedai at Mangga Dua and Pasar Baru can give discounted price. Try bargain with them. However kedai at Tanah Abang is harder to bargain. Update! There are two blocks at Tanah Abang. Go for the older one. There you can buy cheaper than the newer. (Source: Mak Ngah pensioner kaki jalan).
  12. If you are looking for souvenir kahwin, you can go for Mangga Dua. Lots of choices sampai you terambang mata nak pilih. Serious.
  13. If you are looking for kad kahwin, go for Pasar Tebet, Jakarta. They said that this place has lots of kedai yang jual kad kahwin.
Thats all yang I ingat nak kongsi. If ade pape nanti I update ok.



UPDATE!

  1. Bring as much money as you can sebab mesti ade kes tak cukup duit sampai nanti meleleh air liur tengok baju kat kedai-kedai. Baju pun tengok engkau orang sambil berkata 'apasal budak ni? Tengok aku sampai kena sawan ke?' (credit to Alin).
  2. Take all measurements and shirt's or pant's size of your family to avoid baju tak muat bila dah sampai tanah air. Haru, haru (Alin, credit lagi untuk engkau. Ambik cepat).



Wednesday, May 20, 2009

Indonesia Part 6

19th May 2009

Today we are going home. Malaysia, rindu sungguh dengan Malaysia. HAHA.
Pagi-pagi lagi kami dah bersiap and turun sarapan. Sebabkan taknak terlewat berikutan Jakarta yang terkenal dengan traffic jam, so pukul 8 pagi kami dah bertolak ke Airport padahal flight pukul 11.10 pagi. HAHA. Takpe. Biar kita tunggu kapal terbang. Jangan kapal terbang terbang tak tunggu kita. HAHA.

Pengalaman 6 hari 5 malam di Indonesia adalah saat paling berharga setelah ~4 tahun kami berkawan. Lepas ni tak tau la sama ada kami mempunyai peluang itu lagi. Kalau ada pun mungkin tidak seperti sekarang. Pastinya ada yang sudah mempunyai komitmen pada yang lain. Ehem. Ehem. Sentap sendiri. HAHA.

Terima kasih kawan-kawan atas persahabatan ini. Maafkan segala keterlanjuran kata mahupun tingkah laku, halalkan makan minum serta bahasa yang dituturkan, kenangkan saat manis bersama, padamkan titk hitam yang mungkin pernah hadir. Semoga persahabatan ini tiada noktahnya. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Semoga kita berjaya dalam apa yang dicitakan. InsyaAllah.



Hargailah pada satu pertemuan
Kerana disitu terciptanya kemesraan
Kenangilah pada satu perpisahan
Kerana disitu terciptanya kerinduan.




Indonesia Part 5

18th May 2009

Pagi-pagi lagi after breakfast and menyeludup beberapa barangan kesihatan dari hotel, kami pun bertolak ke Mangga Dua. Oh. Sangat banyak barang-barang yang dijual secara meletak di kaki lima macam takde harga pulak barangan tersebut sedangkan ia bernilai ribu-ribuan. HAHA.

Terpusing-pusing saya, Alin dan Azie mencari kedai yang dicari. Sementara Widie dan Ckin telah terpusing-pusing juga mencari kedai berkenaan. Alhamdulillah. Setelah berkali-kali memusing-musing Mangga Dua sampai bila kira Mangga da jadi dua puluh dua dah. HAHA. Akhirnya terjumpa jugak kedai yang dicari. Itu ialah Nonie Souvenir Shop. Amboi. Banyak sungguh barang-barang di situ sampai terambang mata dan hati dibuatnya. HAHA. Kejayaan paling besar adalah saya telah berjaya meng'ignite'kan api-api dan rasa-rasa The Girls untuk turut menyertai kelab yang akan saya sertai nanti.

Surya, apa engkau tulis ini? Tak paham langsung. HAHA. Engkau tak paham dah. Tak payah baca lagi.



After Mangga Dua, kami ke Ancol pula. Ancol ialah sejenis taman impian berciri Sunway Lagoon. Tapi, dengan sedihnya, saya mengumumkan, kami tak dapat masuk ke DuFan (Dunia Fantasi) sebab menteri kewangan dah takde dana dah nak bagi pada kami. HUHU. Sob. Sob.



Sebab tak boleh masuk DuFan, kami pun bertekad untuk menonton wayang di Plaza Indonesia. Dapat engkau tonton wayang bertajuk Angels and Demons di Indonesia bersarikata Indonesia berpopcorn Indonesia dan berairmineral Indonesia.



HAHA.



Balik kemas beg. Terpaksa duduk atas beg untuk mengezip beg tersebut. HAHA. Bak kata Marfen, begnya sudah hamil. Bukan setakat hamil, dah beranak pinak dah. Bayangkan, waktu pergi cuma ada 4 beg je.Ok 5 beg termasuk bagpack. Balik ada 10 beg. Tu tak campur beg yang isi oleh-oleh tu. Tak beranak ke namanya tuh. HAHA.







Indonesia Part 4

17th May 2009

Tak suke. Tak suke. Breakfast hari ini adalah nasi kuning juga. Tiada rasa lalu nak makan nasi kuning lagi. Oleh itu hanya sambal tempe, telur dadar and bihun goreng je yang ditelan saya. Nasi kuning? NO!

Marfen datang lambat pagi ni. Aiseh. Takpela nak buat macam mane. Takkan nak jadi Ultraman pastu fire Marfen sampai jadi abu pulak. Pastu sape yang nak bawak kami ke Jakarta. HAHA. Hari ini kami akan ke Jakarta. Melengkapkan destinasi kami di Indonesia. Menuju ke destinasi hey hey. Siti, keluar!

Perjalanan yang panjang itu adalah medium yang sesuai untuk tidur secara bebas dalam kereta. Terpaksa pakai oversize sunshade untuk mengelak Marfen perasan saya tidur secara bebas itu. HAHA.

Sampai di Jakarta kami terus menuju ke Tanah Abang. Aiyoo. Kat sini telekung lagi murah la. Aisey. Hati sudah berkata 'Kalau tau aku beli kat sini je'. Takpe. Akan saya sediakan entry khas untuk pengajaran percutian ke Indonesia. HAHA.

After bershopping macam nak patah bahu bawak beg berat, kami menuju ke Hotel Alia Cikini.Pas baring2 and testing baju jap, kami pun keluar menuju ke Plaza Indonesia. Weh. Kat sini la satu-satunya tempat kami tak mengeluarkan duit langsung. HAHA. Sebab Plaza Indonesia adalah standard Pavillion. Sejak bile pulak aku ni shopping sakan kat butik-butik terkemuka tersebut?

Hari ini adalah lebih relax berbanding hari-hari sebelumnya. Bagus jugak pergi Bandung dulu. Kalau tak, nescaya kami akan merintih keletihan. HAHA.




Indonesia Part 3

16th May 2009

Setelah mengalami kejatuhan duit secara mendadak semalam, maka aktiviti hari ini adalah berjalan sambil mencuci mata. Maksud saya, cuci mata melihat pemandangan. Bukan cowok ye. Tak lalu aku nak tengok. HAHA.



Selepas bersarapan (nasi kuning lagi. HUHU.), kami pun bertolak ke Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu ialah sebuah kawah gunung berapi yang masih aktif tak silap saya (correct me if i'm wrong). Pemandangan adalah sangat indah. Penyaman udara adalah semula jadi. Penghiduan adalah sangat busuk. HAHA. Tempat tersebut sangat nyaman. Kamu boleh membeli muffler dan beraksi seolah-olah ianya adalah di New Zealand, Pahang. HAHA. Tapi muffler adalah keperluan. Sejuk weih kat atas tu. Nak beku leher aku ni. Err. Tipu saja.



Dalam perjalan turun, kami singgah di Kebun Strawberry. Hah. Dah macam orang hilang akal pulak beraksi sepenuh jiwa raga memetik strawberry macam kepunyaan sendiri. Tiket masuk hanyalah IDR 2000. Kalau nak masuk and dapat jus strawberry IDR 5000. Harga strawberry yang dipetik adalah mengikut berat pempetikan. 1 kg IDR 60000. Lebih kurang RM 20. Kalau engkau tak percaya, engkau kira sendiriu. IDR 1 juta = RM 344. Kami pun ada membeli blueberry yang snagat sedap hingga menjilat jari dan raspberry yang sedap sampai termuak-muak makan. Memang murah tumbuh-tumbuhan tersebut di sana.



Setelah itu, kami menuju ke FO lagi. Kali ini Donatello, Natural dan Rumah Mode. Huh. Meroyan sekali lagi kat FO. HAHA. Sehingga kami berjanji untuk mengumpul IDR 50 juta baru datang balik. KAHKAH. Tah zaman bila la tu.

Sempat pulak kami merembat aiskrim durian yang sangat sedap sampai rasa nak mintrak refill kat pakcik bertugas tersebut. Aiskrim durian berharga IDR 7000.

Pastu kami menuju ke Jalan Cihampelas untuk membeli oleh-oleh Bandung berupa pisang cheese yang sering tersebut-sebut oleh Alin. Setelah itu, kami menuju ke FO-FO sebelumnya untuk membuat pembelian saat akhir sebelum menuju ke Jakarta esok.



Indonesia Part 2

15th May 2009

Sarapan pagi kami ialah nasi kuning. Saya rasa nasi kuning adalah seperti nasi lemak kat Malaysia yang dijadikan sarapan harian. Huh.



Perjalanan hari ini adalah menuju ke destinasi hey hey. Err. Kenapa ada lagu Siti ni? HAHA. Pasar Baru adalah lokasi pertama yang dituju hari ini. Memandangkan senarai kiriman barang-barang dari keluarga sanak saudara jiran tetangga serta pemandu kapal terbang (tipu) adalah sangat panjang, maka haruslah kami tunaikan selagi kudrat ditanggung badan masih ada. HAHA. Ayat apakah ini?


Sangat banyak baju-bajan, telekung berbagai rupa warna tekstur harga, lace berjenama mahupun tidak, kain kebaya menambat hati menawan kalbu, batik pelikat kegemaran orang tua. HAHA. Betapa saya terlalau khusyuk memilih telekung, maka nafsu menshopping baju-bajan adalah tiada. Malahan mahu muntah tatkala baju melintas depan mata. HAHA. Betul kah ini Surya?


Setelah memuntah di Pasar Baru, perjalanan diteruskan ke Jalan Dago di mana FO lagi diserbu secara meroyan. Oh. Sangat seronok mengitai-ngitai baju dalam Fo. Tiada orang yang akan kata ' Kak, sample kat sana' ataupun 'Cari saiz ape dik'. HAHA. Jalan Dago mempunyai banyak juga FO tapi adoii kaki dah sakit la. Harus bagaimana mahu membawa kaki melangkah pergi. HAHA. Antara FO yang ada yang saya ingat adalah Merdeka Place, Grande, Episode, Jet Set dan yang tidak disebut itu maafkan saya. Ingatan manusia ini hanya berjangka pendek terhadap anda. HAHA.



Kemudian telah pergi ke Paris Van Java Mall. Mall tersebut adalah berkonsep terbuka menampak bintang di angkasa. Kalau Midvalley Megamall tengok PVJ Mall ni, memang menangis sebanyak satu sungai lah beliau. HAHA. Sempat membeli kasut yang akan digunapakai hujung tahun ini. Huh.


Meroyan kat FO Bandung. HAHA.






Tuesday, May 19, 2009

Indonesia Part 1

14th May 2009



Pukul 6 pagi, me and The Girls except Alin dah sedia menunggu teksi dengan sabar tapi sebenarnya tak berapa sabar. HAHA. Meronta-ronta baik punya punya dalam diam hati ini.

Pukul 7 kami selamat tiba di KLIA. Huh. Ambik engkau. Sejuk menggeletar tak ingat nak slowkan ke air cond kat KLIA tu. Aku yang banyak lemak pun sempat merasa getaran tubuh akibat sejuk apatah lagi yang kekurangan lemak tubuh badan.

Flight kami dijadualkan pukul 9.10 pagi. Tapi kami sengaja buat jadual flight sendiri suka hati aku la nak naik pukul berapa. HAHA. (Only The Girls yang faham). Sampai di Jakarta pukul 10 waktu Indonesia Barat (WIB). Huh. Driver yang ditempah menjemput kami dan kami menuju ke Bandung, Kota Keriangan. Err. Maksud saya, Bandung, Kota Pershopingan.

Amat jauh Bandung dengan Jakarta. Macam naik kereta dari KL ke mana-mana destinasi berupa perjalanan selama 3 jam setelah ditambah tolak square root min mod median jammed bagai kat Jakarta tersebut. Huh. Sampai di Bandung, kami checked in di Flores Gallery Hotel. Wah. Bilik kat hotel tersebut sangat nyaman. Tiap2 malam kami tidur dengan mati. HAHA. Maksudnya tidur mati.

Perjalanan hari pertama ialah menyusuri Jalan Riau yang menempatkan berpuluh-puluh Factory Outlet yang menyaksikan syaitan berleluasa di hati. Err. Tipu je. Tak tau la ada berapa FO kat situ. Yang sempat terjahnye sikit je. The Summit, Heritage, Stamp, Secret dan banyak lagi. Confident je engkau banyak lagi. Hah. Engkau tak percaya engkau punya pasal.


Selepas makan malam, kami tidur dengan nyenyak kalau engkau letak bomb sebelah telinga pun belum tentu aku bangun. HAHA.





I'm Back!

Saya rindu sama kamu, Malaysia!

Rindu mahu menempel kat Uda sambil tengok TV ang mengada kat Mamat suh masak Nasi Goreng pada malam buta hari.

Rindu mahu mengempeng pada emak sambil mengepow ayah burger Mat Salai.

Rindu mahu mengajak Along mengukur perimeter dan isipadu Jusco-Jusco di Malaysia.

Rindu burger tepi jalan double ayam kat atas daging kat bawah letak mayonis dan cheese beserta black pepper sauce diiringi sos cili melimpah ruah sampai tak muat mulut. Erk. Meleleh.

Rindu Maggi kari pecah telur letak cili padi bawang dan segala macam rempah ratus rembat dari peti ais.

Rindu mahu blogging dan blog hoping dan blogging dan blog hoping.

Dan terutamanya.
.
.
.
.
.
.
.

Rindu pada Encik Fitri yang tiada tepinya. HAHA.




Kenapa entry berciri rindu ini?
Tunggu saja next entry.


HAHA.

Mamat, jom masak Maggi!


Thursday, May 14, 2009

Leaving

Remember this entry?
Remember when i said 'misi mengecop passport bermula' in subchapter lapan?
HEHE.


I'm leaving on a plane (when this entry is published). With The Girls. Wish us all the best and come home safe and sound. Will update later. HEHE.


Encik Fitri, do miss me ya. If tak, siap you! Amaran keras ni. HAHA. If I ada duit lebih after shopping bagai, I belikan you ole-ole eh. If takde, Aanggap je takde rezeki. HAHAHA. Kejam sungguh.



LALALALA.




Wednesday, May 13, 2009

Hati Riang

Hati riang secara banyak. HAHAHAHA. Kasi besar sikit ketawa pasal hati riang secara banyak. Kenapa hati riang tak tentu pasal nih? Ada masalah kah hati tersebut?


LALALALALALA.

Riang.
Riang.
Riang.












Thursday, March 5, 2009

Singapura

ooo..uniknya, uniknya singapura..
jalan2 ke pulau sentosa
night safari, kampung gelam pun ada
jurong birdparks, duck tours juge
lalalalalala...


while waiting for the bus, what else can we do?

gelang patah. even though i am a johorean, but i never used second link to go to singapore

u better hold ur laugh..or else the pics will be ruined

yeahh..one fullerton *i dunno where is it..heh*

saat2 menggedik bersame2 mereka

who's sugar daddy is he?

meneruskan tradisi shopper sejati

and that young, LITTLE man there is our hero for the day

shivering and clinching and grrr...

alhamdulillah we bought the pashmina..if not..

and here we go again

what are u doing, surya?


the sun started to go down

When on earth will we be like this again?

trying to be a modern witch

and this pose again

well, fatah is like a kumbang in d middle of bungas

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..
aku lbey rela kutip batu dari kutip emas..
HAHA