Sejak 2,3 hari lepas, setiap petang mesti saya akan bawa balik kotak semampu yang boleh diangkat dengan tangan. macam-macam jenis kotak diangkat. Malahan sanggup bersifat rajin menyusun inhaler, omeprazole, ceftriaxone, multivitamin dan enoxaparin hanya kerana kotak.
Mengemas barang atau rumah adalah kelemahan saya yang paling ketara. Kerana allergy akan lebih menjadi-jadi sewaktu dan selepas mengemas. Jadi, please excuse me. Tapi kali ni terpaksa lah mengetepikan allergy sementara waktu. Kerana masa yang suntuk dan barang yang banyak menyebabkan kerja harus dilakukan tanpa mengambil kira keadaan fizikal (Rasanya dulu datang Sabah bawak satu trolley bag dengan laptop bag je. Tiba-tiba bila nak pindah balik ni macam berkotak-kotak-kotak pun masih tak cukup)
Forwarding agent akan datang mengambil barang Isnin ni. Tapi sekarang masih belum siap kemas. Menurut kata agent tu, takpe dia boleh tolong kemas dan pack barang. Tapi hell no. Takkan nak suruh orang kemas barang sendiri kan. Takpelah. Sekarang ni macam dah 50% siap kemas.
p/s: Baju dah siap packing masuk kotak. Lepas tu baru teringat baju kurung hari Isnin takde. Terpaksala pakai baju semalam yang dibasuh tadi. Jadi, kalau ada sesiapa yang nampak tu, tak payahlah tegur eh bukan ke minggu lepas pakai baju ni jugak.
TEST
2 years ago
3 Words from you:
EF tolong kemas tak..? hehe..mesti la kan..
Harus. Dah macam kerahan tenaga dah. HAHA.
kerah jangan tak kerah..haha. sesambil tengok bola boleh packing barang kan..hehe
Post a Comment