Sana sini kawan-kawan bercakap tentang PRP dan floating. masing-masing bergembira as if lepas ni dah tak paayh kerja. Hey, dah habis PRP kan. Mestilah bergembira. Saya juga bergembira. Walaupun bergembira tak sepenuhnya.
Gembira kerana lepas ni, saya tidak terikat kepada requirement seperti dalam log book.
Gembira kerana saya tidak diancam dengan 'eh kalau aku screw up this thing, mesti log book aku hancur ni'
Gembira kerana nama tiada dalam oncall list lagi.
Gembira kerana saya bukan PRP.
Eh jangan salah sangka pulak. Sebenarnya, PRP kat hospital ni takdelah teruk sangat. Saja je exaggerate lebih sikit supaya nampak macam beban snagat hidup PRP ni.
Part yang tak berapa gembira sepenuhnya ialah saya tak tahu lagi akan diposting ke mana. Harapan nak balik kampung tu macam tinggal harapan je. Takpe lah. Asalkan bukan di Kinabatangan, atau Pitas atau Kota Marudu atau Kunak atau lain lain yang seangkatan.
Oh. Sekarang ni saya tengah floating. Tempoh di antara dah habis PRP dan tunggu surat posting. Ada kawan yang floating di tempat super duper enjoy tahap menggelupur seperti di manufacturing. Ye. Kau la tu Ckin. Ada pulak floating di OPD yang mana sangat mencabar lebih-lebih lagi Ramadhan bakal menjelma. Ada pulak floating di Inpatient. Ini pun kategori relax jugak.
Tapi saya floating di clinical, to be exact, Nephro Ward. Kau percaya? Rasa nak gelakkan bukan? Rasa macam apa hal kau floating kat clinical. Macam takde tempat lain.
Takpelah. Sekurang-kurangnya aku floating masih dapat gaji. Ada kawan tu floating tapi tak dapat gaji. Ini worst to the worst lah. Sabar ye Azie.
TEST
2 years ago
0 Words from you:
Post a Comment