Hello!!!

Sunday, May 10, 2009

Takziah

Terkejut.

Memang sangat terkejut. Ingat lagi entry saya sebelum ini? Yang ada cerita tentang undangan perkahwinan tu.


Baru sekejap tadi saya mendapat khabar dari salah seorang kawan saya yang beliau tak jadi tunang dan kahwin (yang dirancangkan serentak) kerana bakal suami nya itu sudah meninggal dunia. Saya sangat terkejut. Niat hati memang nak bertanya. Namun beliau sudah memberitahu itu saja penjelasan yang beliau mahu beri berikutan masih berada dalam keadaan sedih.


Sungguh. Saya terkejut. Namun apa daya kita sebagai hamba-Nya yang hanya mamou merancang. Sesungguhnya daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan doa dari jauh. Itu saja yang termampu saya lakukan.

Al-Fatihah.



Btw, Selamat Hari Ibu kepada emak saya Puan Salbiah Binti Tubari. Angah sayang emak. Terima kasih untuk semua yang emak lakukan untuk Angah. Tak lupa kepada bakal ibu mertua saya, Puan Rosminah Binti Ahmad serta semua ibu-ibu di dunia ini. Tanpa anda siapalah kami.



0 Words from you: