Hello!!!

Wednesday, May 20, 2009

Indonesia Part 2

15th May 2009

Sarapan pagi kami ialah nasi kuning. Saya rasa nasi kuning adalah seperti nasi lemak kat Malaysia yang dijadikan sarapan harian. Huh.



Perjalanan hari ini adalah menuju ke destinasi hey hey. Err. Kenapa ada lagu Siti ni? HAHA. Pasar Baru adalah lokasi pertama yang dituju hari ini. Memandangkan senarai kiriman barang-barang dari keluarga sanak saudara jiran tetangga serta pemandu kapal terbang (tipu) adalah sangat panjang, maka haruslah kami tunaikan selagi kudrat ditanggung badan masih ada. HAHA. Ayat apakah ini?


Sangat banyak baju-bajan, telekung berbagai rupa warna tekstur harga, lace berjenama mahupun tidak, kain kebaya menambat hati menawan kalbu, batik pelikat kegemaran orang tua. HAHA. Betapa saya terlalau khusyuk memilih telekung, maka nafsu menshopping baju-bajan adalah tiada. Malahan mahu muntah tatkala baju melintas depan mata. HAHA. Betul kah ini Surya?


Setelah memuntah di Pasar Baru, perjalanan diteruskan ke Jalan Dago di mana FO lagi diserbu secara meroyan. Oh. Sangat seronok mengitai-ngitai baju dalam Fo. Tiada orang yang akan kata ' Kak, sample kat sana' ataupun 'Cari saiz ape dik'. HAHA. Jalan Dago mempunyai banyak juga FO tapi adoii kaki dah sakit la. Harus bagaimana mahu membawa kaki melangkah pergi. HAHA. Antara FO yang ada yang saya ingat adalah Merdeka Place, Grande, Episode, Jet Set dan yang tidak disebut itu maafkan saya. Ingatan manusia ini hanya berjangka pendek terhadap anda. HAHA.



Kemudian telah pergi ke Paris Van Java Mall. Mall tersebut adalah berkonsep terbuka menampak bintang di angkasa. Kalau Midvalley Megamall tengok PVJ Mall ni, memang menangis sebanyak satu sungai lah beliau. HAHA. Sempat membeli kasut yang akan digunapakai hujung tahun ini. Huh.


Meroyan kat FO Bandung. HAHA.






0 Words from you: