Hello!!!

Wednesday, May 20, 2009

Indonesia Part 6

19th May 2009

Today we are going home. Malaysia, rindu sungguh dengan Malaysia. HAHA.
Pagi-pagi lagi kami dah bersiap and turun sarapan. Sebabkan taknak terlewat berikutan Jakarta yang terkenal dengan traffic jam, so pukul 8 pagi kami dah bertolak ke Airport padahal flight pukul 11.10 pagi. HAHA. Takpe. Biar kita tunggu kapal terbang. Jangan kapal terbang terbang tak tunggu kita. HAHA.

Pengalaman 6 hari 5 malam di Indonesia adalah saat paling berharga setelah ~4 tahun kami berkawan. Lepas ni tak tau la sama ada kami mempunyai peluang itu lagi. Kalau ada pun mungkin tidak seperti sekarang. Pastinya ada yang sudah mempunyai komitmen pada yang lain. Ehem. Ehem. Sentap sendiri. HAHA.

Terima kasih kawan-kawan atas persahabatan ini. Maafkan segala keterlanjuran kata mahupun tingkah laku, halalkan makan minum serta bahasa yang dituturkan, kenangkan saat manis bersama, padamkan titk hitam yang mungkin pernah hadir. Semoga persahabatan ini tiada noktahnya. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Semoga kita berjaya dalam apa yang dicitakan. InsyaAllah.



Hargailah pada satu pertemuan
Kerana disitu terciptanya kemesraan
Kenangilah pada satu perpisahan
Kerana disitu terciptanya kerinduan.




9 Words from you:

ckin said...

cepat gile anda mempublish entry ke indonesia...hebat...aku keje tido je...jet lag lah katakan...huhu

hazwanali said...

blah lah jet lag..tu mmg kuat tido kot..wah surya melaporkan dari indon..bawak balik tak rempah bakso yg ditempah..tempe?

SuryaRahman said...

ckin: aku pun mengalami jet lag.tdo secara banyak sampai tak terbangun nak ym gambar semalam. apa cerita eh ym semalam?

hazwan: aku melaporkan dari malaysia la. bukan indonesia. haha. rempah bakso? takde jual la kat sane. yang ade jual cheese and ham. HAHA. nampak sangat tipu. tempe ko pegi je pasar malam mintak rm1 3 keping. balik goreng makan ngan sambal kicap. sedap seh.

ckin said...

hazwan: weh..aku siyes ahr jet lag...mase sana kan lewat sejam..mane ad kuat tido (tanak ngaku tuh..huhu)

surya: aku pun gagal nk tahan mate sampai pkol 12 tgh mlm smlam kekonon nak ok YM...pkul 10 mlm jek dah ngntuk, tu kan tanda2 jet leg..haha

SuryaRahman said...

aku setuju 33 kali. jet lag siot. dah balik 2 hari pun masih jet lag lagi. hampeh.

Unknown said...

aku ingat aku ngantok sbb amik antihistamine. rupenye mmg sume jet lag rupenye :P

SuryaRahman said...

haah la.tapi aku amik antihistamine yang non drowsiness. sah. memang sah. jet lag. haha.

hazwanali said...

sah satu umh kuat tido..1 jam je pun beza..

SuryaRahman said...

HAHA. Jet lag la weh. Serius. Aku tak tipu. Sampai sekarang masih rasa kesan die.