Hello!!!

Thursday, May 7, 2009

Entry Campur

Saya suka exam. Suka yang amat sangat. Cinta sedalam-dalamnya melebihi cinta pada kekaseh hati. HAHA. Apa pasal Surya begini? Bukan kah selalu beliau mencarut-carut lepas exam dan mengugut untuk menghentak exam ke dinding?

Saya suka exam. Exam adalah sebuah benda yang amat best.
Lebih best lagi bila exam adalah paras boleh jawab ada lagi satu jam masa lebih boleh berangan pergi mencuti dan membuat kraftangan. HAHA.


Lalalala.

Engkau sedar tak kenapa saya begini? Itu ialah withdrawal symptoms sebab lepas ni saya dah tak perlu amik exam lagi. Exam? Apa tu? Roti bakar cicah Teh O ke? Oh. Teh O. Aku cinta padamu. Selamat tinggal Ribena Mobile Peach.


Hoi. Hoi Bilakah hari tersebut akan menjelang? Sudah tidak sabarlah hati nak menanti lagi lah bukan. Kat kepala ni dah berterabur merangka apa yang wajar dan yang tak wajar dibuat. Ah. Mestilah yang tak wajar dibuat tu yang amat wajar dibuat. HAHA.

Nafsu bergelora lagi sekali. Duit dah menggigil-gigil. Baju dah menggeletar. Beg dah terjerit-jerit. Sabar. Sabar. Jangan hilang sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Bawak bertenang masing-masing. Tunggu. Ya Allah. Amat seksa jiwa raga intan berlian badan nyawa sekarang ni.

Oh. Lupa pula. Tayar saya bengkak lagi. Ye. Bengkak lagi. Lubang !@#$%^. Tak pasal-pasal tayar kereta saya bengkak. Sila maklum, tayar kereta okey. Bukan tayar kat tepi kiri kanan bawah badan. Mind you! Itu takde orang boleh kata bengkak. Engkau berani kata? Engkau keluar! HAHA. Garang nye.

Oh. Pasal garang. Beberapa kawan kata saya garang. Kenapa mereka kata saya garang? Sebab saya selalu buat muka ketat 24 jam kalau satu hari 44 jam, 44 jam la saya buat muka ketat pada anda? Sorry. Saya bukan senang-senang nak layan senyum ketawa berdekah mesra alam tegur sapa tepuk tampar lepak-lepak tepi shopping complex dengan jantan-jantan kat luar tu. Termasuk lah lelaki atau buaya atau jejaka macho tapi hancor hanya omong kosong. Terima kasih lah. Kalau anda perempuan yang begitu, jangan samakan saya dengan anda. Mind you! Atau saya garang sebab saya tak ketawa bila anda membuat lawak? Sorry jugak. Maksudnya tak lawak lah tu bagi saya. Engkau rasa lawak, engkau ketawa lah. Saya tak menghalang. Tiada risau. Saya tiada hati rasa (no heart feeling) kalau saya buat lawak engkau tak ketawa.

Kenapa Surya emo tak tentu pasal sampai blog mejadi mangsa bebelan panjang tak ingat dunia kalau masak air pun dah mendidih dah siap buat air Teh O pun. Teh O? I love you. Sebab beliau sudah angin dengan seorang lelaki yang mengata beliau garang tak tentu hala sebab tak senyum kepada lelaki tersebut. Dah lah. Malas mahu buat entry lagi. Sudah berasap. NAnti blog terbakar nak membebel kat mana lagi? Tadi niat nak mensidai gambar buat tatapan yang jauh di mata dekat di hati dekat juga di poket. Tapi sudah tiada mood.



2 Words from you:

ckin said...

entry ini sgt bercampur aduk...saye paham perasaan kamu..
p/s: aku pun berangan time exam td, adela dkt sejam jugak..huhu

SuryaRahman said...

haha. terima kasih kerana faham bahasa Jerman tersebut. best kan berangan masa exam. aku tau, mesti berangan shopping. huh. bergelora nafsu di dada. haha.