Hello!!!

Wednesday, May 20, 2009

Indonesia Part 4

17th May 2009

Tak suke. Tak suke. Breakfast hari ini adalah nasi kuning juga. Tiada rasa lalu nak makan nasi kuning lagi. Oleh itu hanya sambal tempe, telur dadar and bihun goreng je yang ditelan saya. Nasi kuning? NO!

Marfen datang lambat pagi ni. Aiseh. Takpela nak buat macam mane. Takkan nak jadi Ultraman pastu fire Marfen sampai jadi abu pulak. Pastu sape yang nak bawak kami ke Jakarta. HAHA. Hari ini kami akan ke Jakarta. Melengkapkan destinasi kami di Indonesia. Menuju ke destinasi hey hey. Siti, keluar!

Perjalanan yang panjang itu adalah medium yang sesuai untuk tidur secara bebas dalam kereta. Terpaksa pakai oversize sunshade untuk mengelak Marfen perasan saya tidur secara bebas itu. HAHA.

Sampai di Jakarta kami terus menuju ke Tanah Abang. Aiyoo. Kat sini telekung lagi murah la. Aisey. Hati sudah berkata 'Kalau tau aku beli kat sini je'. Takpe. Akan saya sediakan entry khas untuk pengajaran percutian ke Indonesia. HAHA.

After bershopping macam nak patah bahu bawak beg berat, kami menuju ke Hotel Alia Cikini.Pas baring2 and testing baju jap, kami pun keluar menuju ke Plaza Indonesia. Weh. Kat sini la satu-satunya tempat kami tak mengeluarkan duit langsung. HAHA. Sebab Plaza Indonesia adalah standard Pavillion. Sejak bile pulak aku ni shopping sakan kat butik-butik terkemuka tersebut?

Hari ini adalah lebih relax berbanding hari-hari sebelumnya. Bagus jugak pergi Bandung dulu. Kalau tak, nescaya kami akan merintih keletihan. HAHA.




0 Words from you: