18th May 2009
Pagi-pagi lagi after breakfast and menyeludup beberapa barangan kesihatan dari hotel, kami pun bertolak ke Mangga Dua. Oh. Sangat banyak barang-barang yang dijual secara meletak di kaki lima macam takde harga pulak barangan tersebut sedangkan ia bernilai ribu-ribuan. HAHA.
Terpusing-pusing saya, Alin dan Azie mencari kedai yang dicari. Sementara Widie dan Ckin telah terpusing-pusing juga mencari kedai berkenaan. Alhamdulillah. Setelah berkali-kali memusing-musing Mangga Dua sampai bila kira Mangga da jadi dua puluh dua dah. HAHA. Akhirnya terjumpa jugak kedai yang dicari. Itu ialah Nonie Souvenir Shop. Amboi. Banyak sungguh barang-barang di situ sampai terambang mata dan hati dibuatnya. HAHA. Kejayaan paling besar adalah saya telah berjaya meng'ignite'kan api-api dan rasa-rasa The Girls untuk turut menyertai kelab yang akan saya sertai nanti.
Surya, apa engkau tulis ini? Tak paham langsung. HAHA. Engkau tak paham dah. Tak payah baca lagi.
After Mangga Dua, kami ke Ancol pula. Ancol ialah sejenis taman impian berciri Sunway Lagoon. Tapi, dengan sedihnya, saya mengumumkan, kami tak dapat masuk ke DuFan (Dunia Fantasi) sebab menteri kewangan dah takde dana dah nak bagi pada kami. HUHU. Sob. Sob.
Sebab tak boleh masuk DuFan, kami pun bertekad untuk menonton wayang di Plaza Indonesia. Dapat engkau tonton wayang bertajuk Angels and Demons di Indonesia bersarikata Indonesia berpopcorn Indonesia dan berairmineral Indonesia.
HAHA.
Balik kemas beg. Terpaksa duduk atas beg untuk mengezip beg tersebut. HAHA. Bak kata Marfen, begnya sudah hamil. Bukan setakat hamil, dah beranak pinak dah. Bayangkan, waktu pergi cuma ada 4 beg je.Ok 5 beg termasuk bagpack. Balik ada 10 beg. Tu tak campur beg yang isi oleh-oleh tu. Tak beranak ke namanya tuh. HAHA.
TEST
2 years ago
0 Words from you:
Post a Comment