Hello!!!

Sunday, February 20, 2011

Tanggungjawab dan membetulkan adat

Selepas kahwin, tanggungjawab lebih besar. Bukan. Bukan sekadar bagi nafkah pada isteri atau masak untuk suami. Lebih besar daripada tu. Bila sudah mempunyai anak, tanggungjawab menjadi lebih besar daripada selepas berkahwin. Jangan kata tentang makan pakai saja, yang lebih penting didikan. Banyak kali saya terfikir dan meragui kemampuan saya, bolehkah saya mendidik anak ni nanti menjadi manusia. Bolehkah saya memenuhi keperluan dia. Bolehkah saya menjadi ibu yang baik. Haih. I called this pre-parenthood syndrome.

Jadi saya pun google tanggungjawab ibu bapa terhadap anak yang baru dilahirkan. Yelah. Orang tua-tua kata buat tu lah buat ni lah. Macam-macam yang disuruh buat. Jadi saya cuba carik di internet apa sebenarnya yang perlu dilakukan terhadap anak yang baru lahir mengikut ajaran agama. Nah ini dia.

1. Mengazankan bayi di telinganya

Daripada hasil bacaan saya (sila betulkan jika salah), bayi perlu diazan tanpa mengira jantina. Tapi adat melayu, azan hanya untuk bayi lelaki, iqamah untuk bayi perempuan. Teringat juga dulu, ustaz saya ada mempertikaikan adat melayu ini.

2. Tahnik

Memberikan sesuatu yang manis seperti kurma kepada bayi. Jika kurma yang diberikan, ia perlu dikunyah dahulu sebelum diletakkan ke lelangit bayi bertujuan supaya memudahkan bayi untuk menelan. Adat melayu pula menggelarkan perkara ini sebagai belah mulut. Beberapa makcik-makcik yang ditemui saya secara tak sengaja,memberitahu, belah mulut tersebut perlu dilakukan dengan madu, garam dan asam. Tiga bahan ini kemudian disapu ke mulut bayi. Hemm.

3. Aqiqah

Aqiqah disarankan untuk diadakan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Kambing disembelih dengan kadar 2 ekor untuk bayi lelaki, dan seekor untuk bayi perempuan. Daging aqiqah kemudian diberikan kepada fakir, miskin dan anak yatim seperti sunnah Nabi SAW. Bagaimanapun, aqiqah bukanlah diwajibkan tetapi digalakkan kepada mereka yang mampu.

4. Memberikan nama yang baik

Adalah menjadi hak kepada bayi untuk diberikan nama yang baik dan bukan bermaksud yang tidak elok. Rasanya, ibu bapa zaman sekarang ini sudah pandai berfikir dan memberikan nama anak dengan maksud yang elok, tidak seperti ibu bapa 30, 40, 50 tahun lalu yang memberikan nama anak asal boleh sahaja. Sebagai pendispens ubat, kadang-kadang saya terjumpa nama yang mungkin tidak sesuai untuk di beri kepada anak. Sebagai contoh: Apple Hazila, Baby Rahaya, Ulat, Mohd Rooney dll. Emm. Sesuatu yang perlu difikirkan secara mendalam kepada bakal ibu bapa.

5. Mencukur rambut

Amalan orang melayu, hanya sebahagian rambut sahaja yang dicukur. Perbuatan ini lebih dikenali sebagai cukur jambul. Rambut ini kemudian dimasukkan kedalam buah kelapa yang telah ditebuk dengan corak berliku-liku. Okey sila google sendiri macam mana rupanya. Tetapi menurut sunnah Nabi SAW, rambut bayi harus dicukur sehingga botak dan rambut itu kemudian ditimbang dan disamakan dengan nilai perak/emas dan kemudian disedekahkan kepada fakir miskin. Rambut dicukur sehingga botak untuk menghilangkan kotoran daripada rahim dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Berbeza kan antara adat melayu dan ajaran agama. Saya percaya, walaupun ada antara ibu bapa sekarang yang ingin memenuhi ajaran agama ini, tapi pasti nanti dihalang oleh orang tua-tua yang bertegas mempertahankan adat melayu. Hemm.

Minggu lepas, saya ke rumah mertua. Kebetulan ada pulak 2, 3 orang jiran mertua saya di situ. Tidak semena-mena topik tentang, belah mulut, cukur jambul dan sebagainya dibincangkan kerana saya ada. Antara yang menarik perhatian saya, tentang menanam uri/tembuni/placenta. Mereka mengigatkan saya supaya menyuruh sesiapa yang akan menanam uri tersebut supaya menanam bersama pensel, jarum, bla bla bla saya dah tak ingat. Alasannya, pensel supaya anak pandai belajar, jarum supaya anak pandai menjahit dan sebagainya la. Saya pandang EF.

Dalam perjalanan balik ke rumah, saya cakap dengan EF 'I nak tergelak tadi tapi depan orang tua kan, kenalah tahan. I tahu mesti you nak cakap daripada masukkan barang-barang tu, baik masukkan raket badminton'

Kemudian EF cakap 'Taklah. Lebih baik I masukkan model kapal terbang. Biar nanti dia jadi pilot, then kita dapat tiket free untuk holiday'.

HAHAHA.

Kesimpulannya, terpulang kepada anda jalan mana yang anda nak ikut.


Rujukan

0 Words from you: