Hello!!!

Wednesday, February 16, 2011

Feeling bercinta

Jumaat lepas (okey okey fine cerita dah basi), EF ajak makan luar dekat Taman Daya. Disebabkan hari Jumaat tu EF tak nak hantar saya pergi kerja jadi saya terpaksa memandu sendiri dengan hati tak tenang sebab teringat suami bertiduran kat rumah, maka ajakan EF disambut dengan 'Hoyyyeahh. Tak payah masak ah macam ni'.

Saya tau EF dah janji dengan kawan-kawan dia nak berdating dekat cyber cafe untuk pertemuan dan pertembungan Car Town mereka malam tersebut (eh kenapa nak main kat CC lagi padahal rumah punya streamyx bukan lah kategori screamyx lagi). Saya pun dah pasrah la. Tapi sengaja mencuba nasib, lepas makan tu ajak EF ke Danga Bay. Well, he agreed hoyyeah.

Seingat saya last sekali saya pergi Danga Bay adalah 2 tahun lepas. Malam hari jadi terakhir bergelar anak dara. Ok ayat memang nak geli sentiasa. Jadi bila malam tu pergi, saya macam, eh apasal ni tutup. Eh apasal ni kat sini pulak. Eh kenapa gelap je tempat tu. Eh ni apa pulak ni. Tapi semua eh, eh tu saya simpan dalam hati je. Takut dituduh ketinggalan zaman.

Disebabkan ada macam funfair kat situ, EF pun saja2 la nak main dart yang kene campak ke belon tu. Habis tiba-tiba semua pun terkena kat belon dan pecah. Kemudian dapat hadiah berupa soft teddy bear. Tak pasal-pasal saya mengharung Danga Bay dengan teddy bear kat tangan. Nasib baik lah tak besar.

Saya cakap pada EF 'Mesti orang ingat you romantik bagi I teddy bear, tapi yang sebenarnya sebab menang main dart je'

EF balas 'Eh okey la tu. At least I dapat main dart, you dapat teddy bear'.


Err. EF, terima kasih ye. Tapi kalau main dart dapat water heater lagi best kan.


-Surya Rahman-

0 Words from you: