Okey. Sekejap je kan dah sampai bulan ke 8. Macam masih ingat lagi kegilaan saya sampai buat 10 kali UPT. Kalau tengok gaya sekarang ni dah macam ikan paus takde tulang belakang weh. Serius. Rasa besar gila sampai nak tengok kat cermin pun fikir seribu kali. Pakai tudung pun guna cermin kat dapur yang boleh nampak sampai dada sahaja.
Berat badan kali ni tak berapa nak naik. Kadang-kadang macam pelik pun ada. Apakah penimbang ini mengalami kerosakan akibat dinaiki ikan paus ni atau penimbang ni hanya berlaku jujur? Oh harap-harap ianya adalah kejujuran penimbang. Bila timbang kat klinik lagi tak boleh tahan. Berat siap turun lagi. HAHA. Musykil aku.
Kaki masih tiada bengkak. Tapi ada potensi untuk bengkak. Saya tengok pun semacam je kebesaran kaki ni. Staff saya pun cakap kaki dah nak start bengkak. Okey kau memang takutkan aku.
2 minggu lepas scan baby, katanya berat baby sekarang 1.6 kg, resembles 2 weeks older than it should be. Aiyak. You make mummy scared la, baby. Sekarang ni tak tahu la berapa berat dia. Harap-harap dia sihat di dalam.
Sekarang ni dah jarang mengalami sakit pinggang atau pun leg cramp. Jarang-jarang, tetapi masih ada. Tapi sakit yang lebih terasa sekarang adalah di vagina. (Hey, are you a man who read my blog? Dont be shame, because you will be a father sooner or later. Take this as a free information). It is a stabbing pain inside the vagina. Sometimes it is very painful that affect my movement. Sometimes it is a bearable pain. Sometimes I even can't change or roll over to other side because of the pain. Sometimes, it takes few minutes to get me up from floor. Memang sakit ah. Kadang-kadang macam aih tak tau la nak cakap ape lagi. Bila tanya emak, emak kata dulu emak takde lah macam ni. Nak tanya MO, aih macam segan pulak. Jadik tanya google sahaja. Dan itu rupa-rupanya adalah kerana cervix starting to dilate. It can be happen weeks, days or hours before labor. Oohh. Tu rupanya. Lega sikit hati mak ni. Tapi lepas tu baru macam terperanjat. Kalau weeks before labor ok lagi lah. Kalau days? Kalau hours? Tak menggelabah kejap aku ni.
Dahlah minggu lepas mimpi dah kena masuk hospital. Lepas tu barang apa semua tak packing lagi. Dah esoknya bangun tidur terus ambik beberapa helai baju baby dan terus basuh. Insaf sekejap. Tapi sampai sekarang ni masih tak kemas jugak. HAHA.
Oh disebabkan terlalu nak makan bubur kacang durian, hari ini telah masak dengan jayanya. Maksud jaya di situ ialah tidak manis. I like. Senang nak makan. Walaupun minggu lepas dah makan dekat HSI, tapi rasa tak puas. Jadi masak sendiri la. Nak suruh mak masak, mak jauh. Nak suruh mak mertua masak, segan.
Minggu lepas pun tiba-tiba teringin nak makan rojak buah tanpa nenas dan sengkuang. Nak timun, mangga dengan jambu je. Haih. Bila nak makan ni la takde ornag jual pulak. Kalau tak berlambak je. tapi tadi pergi kenduri kahwin ada hidangkan rojak ni. Cuma ada timun, nenas dan sengkuang sahaja. Dah ambik timun banyak-banyakl dan makan tanpa hirau suami. HAHA. Tapi kalau dapat yang ada jambu dengan mangga lagi sedap.
Oh lupa pula. Hari tu EF dah buatkan jemput-jemput ikan bilis+kentang. Sampai sehari suntuk saya belasah makan jemput-jemput je. Tak pandang nasi dah hari tu.
Okey cukup lah tu. Dah habis.
-Surya Rahman-
TEST
2 years ago
1 Words from you:
ha? dah 8 bulan rupanyer. cepat je kan masa berlalu :)
Post a Comment