Saya rasa bersalah kepada suami saya bila malam tadi EF requested nak tengok Sunday Box Office (read: Liverpool vs Chelsea) dekat mamak dengan kawan-kawan dia. Saya pulak hanya jawab 'Tadi kan you cakap nak tengok kat rumah je'. Saya tahu EF memang nak sangat tengok game tu dengan kawan-kawan dia. Mungkin lebih bersemangat dalam mengutuk atau memuji team terlibat. Jadi saya beralah. 'Takpelah kalau you nak pergi, you pergilah' Tapi kemudian EF cakap' Takpelah I tengok kat rumah je'. Saya tahu hanya separuh hati dia je yang bercakap begitu sedangkan separuh lagi dah dekat mamak dan kawan-kawan nya. Saya tahu dia cakap macam tu cuma nak ambil hati sebab I was about to cry at that time. Damn. Typical me.
Saya rasa bersalah kepada pesakit-pesakit saya hari ni kerana menunggu hampir satu jam untuk mengambil ubat. Oh. Saya kekurangan staf hari ni. Purata kedatangan pesakit adalah 200/staf. Mana mungkin mampu mendispens kurang daripada 30 minit. Saya rasa lebih bersalah apabila ada pesakit yang sempat tertidur sambil berdondang sayang (read: dengkur) semasa menunggu ubat.
Saya rasa bersalah kepada anak sendiri kerana saya hanya berkesempatan untuk makan roti sebagai alas perut pukul 7.30 pagi, kemudian lunch secara pantas pada pukul 2.30 petang, minum air masak hanya 2 kali sepanjang hari dan kencing 2 kali sahaja. Harap dijauhkan daripada Urinary Tract Infection kerana holding pee for hours.
Saya rasa bersalah kepada badan saya hari ni kerana saya tidak minum mengikut keperluan sehinggakan mengalami sakit tekak dan tidak menjaga batas pernafasan menghirup udara berbakteria sehingga terselesema hari ni.
To my husband, I'm sorry for everything. Come back to JB as soon as you can. We are waiting for you.
To my patients, I'm sorry that you have to wait for about an hour to get your meds. Thank you for your patience.
To my baby, Mummy so sorry. Mummy won't do it again. Mummy loves you.
To my throat and nose, I'm sorry to cause you in such condition. I will take more Vitamin C ok.
I just fell bad. Ooh..
-Surya Rahman-
TEST
2 years ago
0 Words from you:
Post a Comment