Hello!!!

Tuesday, February 15, 2011

Semalam

Semalam, patient habis dalam pukul 6 lebih. Jadi sampai rumah agak lewat. Dekat pukul 7. Disebabkan gate dekat dengan rumah tu rosak ke ape tah, terpaksa guna main entrance untuk masuk kawasan rumah. Bila masuk nampak pulak kedai runcit kat depan tu. Singgah sekejap. Niat kat hati nak beli roti. Tapi maklum je lah hati perempuan memang mudah goyah walaupun cuma pergi kedai runcit. End up beli roti, bubur segera dan daging kisar. Nasib baik cash tak banyak kat tangan. Kalau tak mungkin mencapai lebih banyak lagi barang di situ.

Jadi rancangannya: bubur untuk makan malam. Maka mulalah memasak bubur tersebut. Eleh senang amat kalau bubur segera kan. Masuk je dalam periuk, tambah air, bukak api kecik, sambung surf internet sambil tunggu bubur mendidih. Sekali sekala tu kau bangun lah pergi kacau bubur sekejap. Takkan nak kasik hangit kan.

Apabila bubur dah siap mendidih, saya pun tutup api dapur tu. Tiba-tiba teringat, 'Eh kalau masuk telur sedap jugak ni'. Jadi bukak lah semula api dapur, ambil telur dalam peti sejuk, pergi basuh kulit dia dulu, kemudian pecahkan dan masukkan dalam periuk. Tiba-tiba ternampak kulit telur tu macam pelik je bahagian dalam dia. Rupa-rupanya telur busuk okey! Atau telur hampir nak busuk. Atau dalam perjalanan menjadi busuk.

Habislah bubur saya. Buang sahaja akhirnya. End up, saya cuma dinner dengan 2 bijik limau sahaja. Betapa kecik hati betul dengan telur tu. Dah lah beli mahal (okey mahal jugak la kalau sepuluh biji tu hampir RM5. Konon nak beli telur sihat banyak omega 3 kurang kolestrol bla bla bla). Lepas tu expiry date lambat lagi. Tiba-tiba busuk pulak. Grrrr.


-Surya Rahman-

2 Words from you:

Amalina Ali said...

surya, mana pic mummy pegnent?

SuryaRahman said...

kamera pada fitri. so tak dapat nak amik gambar. yang dah amik pun die tak transfer lagi.