Hello!!!

Thursday, February 24, 2011

Lama Gila Tunggu!

Bila sebut tentang klinik kerajaan, ramai yang mengaitkan dengan servis yang lambat. Nanti ada lah jugak yang mulut bising melenting dan sebagainya. Pernah tak terfikir kenapa lambat?

Sebab ramai orang. Itu sahaja. Takde kaitan dengan ketidakupayaan.

Cuba bayangkan kalau seorang doktor jumpa seorang patient lebih kurang 5 minit. Kalau anda orang yang ke 20? Kira lah berapa lama kena tunggu.

Antara ayat-ayat kemarahan pesakit

Kalau pergi luar (private clinic) tak payah tunggu lama.

Ok. Sekarang anda fikir sendiri. Kalau pergi klinik swasta, pernah ke anda menjadi pesakit yang ke 20 atau ke 50 atau ke 70 menunggu giliran. Paling-paling ramai pun yang tunggu cuma lah 5,6 orang/keluarga. Kalau klinik pakar swasta sekalipun, tak ramai mana pun yang menunggu. Jadi kalau mengambil purata masa perjumpaan yang sama (5 minit), berapa lama anda kena tunggu?

Benda logik la weh. Fikir guna akal sikit eh.

Ok. Sekarang ni bab lebih sensitif. Sebab harga ubat naik mulai bulan ni, maka saya jadi lebih sensitif tentang ubat. Eh bukan ke semua perkara saya sensitif? HAHAHA.

Baru-baru ni EF demam dan batuk. Untuk beberapa jenis ubat dan consultation (well the GP only check his body temperature, and prescribe the meds. Thats it), kosnya adalah RM40. Bagi ubat yang sama di klinik kerajaan adalah lebih kurang RM17.70 (mengikut harga baru. Okey dah siap buat kajian lagi). Tapi bayaran yang perlu dibayar hanyalah RM1. Kadang-kadang ada pesakit yang bayar lebih (read: makian dan kemarahan).

Jadi bayangkan kalau ada 3 orang ahli keluarga anda demam.

Di klinik swasta: Masa menunggu- ikut nasib. Kadang-kadang tak payah tunggu. Bayaran: RM10o mungkin

Di klinik kerajaan: Masa menunggu-ikut nasib jugak. Dan ikut tempat. Kalau tempat saya memang merasa lah menunggu sejam dua. Bayaran: RM3. Kalau bijak boleh jadi RM1 je (yang ni tak boleh reveal macam mana nak buat).



Kesimpulan:

Anda pentingkan masa dan berkemampuan? Pergilah klinik swasta.
Anda ada banyak masa dan kurang berkemampuan? Pergilah klinik kerajaan.
Anda tidak ada banyak masa dan tidak berkemampuan? Saranan saya, pergilah klinik kerajaan dan senyum serta ucapkan terima kasih. Itu sahaja bayaran lebih yang saya perlukan.


p/s: Sangat penat dengan kerenah pesakit.


-Surya Rahman-

0 Words from you: