Walaupun saya adalah tunang kepada bekas penggiat sukan, saya adalah tidak pernah mengikut beliau menjalankan aktiviti sukan. Dulu sebelum bercinta, ada jugak hasrat nak pergi tengok dia main hand ball masa MASUM kat UiTM tapi haram. Setakat niat aje. Pergi tak jugak. Lepas tu, masa baru nak tumbuh bunga-bunga cinta, adalah pergi tengok game bola kat Stadium UiTM. Sapa lah yang main masa tu. Plus dengan Pasir Gudang FC kot. Tak ingat dah. Itupun, bukan Encik Fitri main. Dia menonton saja.
Hari Rabu lepas, akhirnya, saya berkesempatan menonton beliau bermain secara live. Ceh. Geli dengar. Padahal main futsal je. Friendly match je pulak tu. Balik kerja, dengan baju kurung, saya terjah court futsal tu. Tapi bukan nak jadik supporter ke ape ke. Duduk tepi court pergi siapkan PCI case clerking. Lebih-lebih pun tolong jaga wallet dengan handphone je. Ambik gambar pun sekeping dua. Pasal takut orang tengok Eh apasal minah ni macam jakun tak pernah tengok orang main futsal ke. HAHA.
Hari Jumaat pulak, saya mentonton beliau main bola padang. Heh. Very funny lah mereka ni. Jalan je lebih dari lari. Siap ada tu bola lalu sebelah pun tengok je. HAHA. Harap maklum. Mereka adalah bukan professional. Heh. Tapi tak apalah. Encik Fitri sendiri mengaku beliau dah tak perform macam dulu. Lari pun rasa berat je. Mana taknya. 1 pack tu nak sorok mana. HAHA. Serius. Beliau naik badan lepas kerja kat KK. Jadi, do not expect me to be fit into baju kahwin ya. It won't. HAHA.
2 Words from you:
ms fitri jadi pompom gurl ka? stail baru cheer leader pkai bj kurung.hahaaha..boleh bha kalo ko
Go Fitri Go!
Lepas tu muntah tepi padang. HAHA.
Post a Comment