Hello!!!

Saturday, October 3, 2009

Fikiran Berserabut

Presentation adalah seperti yang dibayangkan. Penuh dengan tembakan bertubi-tubi. lagi dijawab, lagi ditembak. Akhirnya angkat bendera putih. Tembaklah kau kalau itu mampu menghentikan tembakan kau. Hah. Fahamkah anda?


Gambar Hiasan

Dah lama tak cakap pasal preparation kahwin. Fikiran jadi berserabut kebelakangan ini sebab perkara berkaitan kahwin ni. Dulu, bila mak cakap Ngah bila nak buat kad kahwin. Ngah bila nak tempah baju nikah. Ngah door gift macam mana. Semua saya jawab dengan jawapan Rileks lah mak. Lambat lagi.

Sekarang ni, ambik engkau. Terkial-kial nak carik kedai kad kahwin. Ingat nak tempah online je. Tapi tengok, macam lagi mahal je kos die. Nak kena pos lagi sebab kedai die biasanya jauh. Pastu sebab lepas ni balik Selangor masa konvo je and masa tu pulak mak nak kad dah siap. Yelah. Tinggal sebulan lebih sikit je kot masa tu sebelum majlis. Jadi plan nak tempah kat KK je. Sekali ambik engkau. Sekeping RM 3.90. Itu yang cikai je tu. Kalau kad yang budget macam VIP RM 10-11 jugak. Tak berdarah perut aku tahan makan nak kumpul duit.

Last-last, balik ke pangkal jalan. Mintak tolong Uda dengan Along tengok-tengok kan dekat Klang. Nasib lah ada yang murah. Tapi sekarang ni kena bincang dengan Encik Fitri dulu ok ke tak kad itu. Sebab kami plan nak buat kad yang sama untuk 2 pihak. Maklumlah, kami ni berkongsi kawan. Jadi, agak-agak kawan ni tak boleh datang rumah saya, bolehlah dia datang rumah Encik Fitri.

Habis pasal kad. Ini pasal kanopi pulak. Elok dah tempah kanopi hari tu. Tauke tu kata, okey. Sekali tu hari Rabu lepas dia datang rumah, siap mintak maaf dan cakap tak tahu nak smapaikan macam mana kat emak saya. Rupa-rupanya, dia terlupa ada orang dah booking kanopi tu jugak. Habis tu dapat kanopi kurang 2 bijik. Dah tu, macam manalah pulak orang nak makan kalau terpaksa tunggu turn. Nak tempah kat tempat lain, masing-masing dah tak terima. Ayah pun keluarkan idea bernas dia, letak jelah meja bawah garaj kereta. Saya dah tepuk dahi. Aiseh. Macam manalah ni.

Kemudian, pasal baju nikah. Beli dah berkurun dah. Dari bulan Mac hari tu. Sampai sekarang masih tersadai dalam plastik. Jadinya, plan asal nak buat kat KK jugak. Tapi belum carik tailor lagi. See. See. Yours truly suka melengahkan pekerjaan.

24 haribulan ni saya balik KL. Jadi saya akan memenuhkan diri dengan aktiviti perkahwinan. Bunga pahar mahu dicarik. Baju perlu diukur. Segala-galanya perlu disiapkan masa itu. Kerana saya hanya akan balik 2 hari sebelum majlis. Yang lain terpaksa saya harapkan emak, ayah, along, uda dan mamat(?) yang membantu. Memang tak terhingga terima kasih kepada mereka.

Oh. Sekarang ni, masa berjimat yang paling ketara sekali bagi kami. Lunch saya hanya makan biskut sahaja. Sob Sob Sob. Malam berkongsi makanan dengan beliau sebab beliau pun tak makan banyak sekarang. Tak apa lah. Cinta kan buta. HAHAHAHA. Muntahlah kau baca entry ni.





9 Words from you:

Tapak Kaki said...

biar betol ikat perut smpi mcm tu skali..stahu sy mamat tu mkn bnyk. ms mamat pun sama kan??hehe.. jgn smpi gastrik dah la yea

SuryaRahman said...

Weh, ini satu penghinaan. Mana ada aku makan banyak (sambil cuba cover perut).

Tah lah beliau tu. Sejak kebelakangan ni, dah tak makan banyak.

Sindrom nak kahwin kot. HAHA.

Kesimpulannya, sila kumpul duit dulu sebelum kahwin. HAHA.

Tapak Kaki said...

ops..sory la klu rasa terhina.hehe.. tp bak kata org tua sape mkn cili dia rasa pedas..haha..

kesimpulan lain: jgn kawin awal sgt.hek3

SuryaRahman said...

heh.

tu kena bagitau kat fitri ye.ini konspirasi beliau.

saya tak bersalah (sambil angkat tangan buat macam tak bersalah)

Izzati said...

surya, aku nak kawin jugak!!!!!! huhuhu...

SuryaRahman said...

Izzati.

Pertama sekali sila kenalkan diri. Izzati mana ye. Hehe. Mintak maaf. Ada 30 puluh Izzati yang aku kenal.

Kedua. Nak kawin jugak ye? Tahniah23x. Bila weh?

IZZATI BELLADONNA said...

Izzati pharmacy la,,wakakaka...bile ekh? disember..tapi tahun biler taktau lagi..wakakaka

SuryaRahman said...

Heh. kau rupanya.

Sampai seru kahwin lah kau nanti. HEHE.

Amalina Ali said...

surya kawen awal sebab tak sabar nak dapat baby.