Hello!!!

Monday, February 22, 2010

Wedding Cakes

Hari ini saya EL. Emergency leave. Jangan tanya kenapa. Memang emergency sebab itu saya emergency leave. Menghasut suami supaya berduet emergency leave. Tapi nampaknya hasutan tak berjaya. Cuba lagi lain kali.

Baik. Hari ini saya mahu membebel. Ingat lagi dulu saya ada bagitahu tak mahu potong kek masa kahwin? Sebab saya tak berapa suka makan kek. Setakat makan sesuap dua boleh lagi. Nak habiskan sepotong, 3 hari belum tentu habis. HAHA. Jadi sayamacam tak nak buat lah potong kek ke dah potong belum ke. Err. Terpesong lagi.

Tapi sebab emak suruh jugak, maka saya pun mentempah kek akhirnya. Saya tempah agak lewat la jugak. Sebulan sebelum kahwin, baru sibuk nak cari baker. Memang seram-seram ayam dah masa tu.

Alhamdullilah, masa bloghoping jumpa blog En Fadzil ni.Dan nasib baik En Fadzil masih sudi menerima tempahan yang agak terburu-buru jugak. HEHE.


Masa nak tempah ke, saya fikir alah bukannya orang makan sangat kek ni. Biasa pun sorang makan sikit-sikit je. Jadi saya tempah kek 2 tingkat sahaja. Sekali, lepas potong kek, saya tak nampak dah bayang-bayang kek itu selepas itu. HAHA. Mintak maaf lah kepada sesiapa yang terliur tapi lepas tu tak dapat merasa. Pengantin pun makan secubit je atas tujuan bergambar. HAHA.


Mamat, Wahid dengan Khairul Khai (alamak lekat jugak nama ni karang) pergi ambil kek di rumah baker di Shah Alam. Alahai, berdebarnye hati masa tu. Maklumlah, yang ambil tu ketiga-tiganya bujang. Faham-faham je lah kalau bujang teruna ni macam mana. Tapi alhamdulillah, kek selamat sampai di rumah.


Bila dah tengok gambar ni, baru aku faham maksud kau Along masa kita semua pergi ambik kek Ziha hari tu. HAHA. Aku tak perasan pun masa nak potong kek hari tu.


Kek hantaran dari pihak EF pula, gambar di atas 2 dari kiri, dijadikan kek harijadi Uda. HEHE. Jadi la tu kan Uda. Ada jugak kek di hari jadimu. Dahlah pagi-pagi buta lepas sarapan terus potong kek. HAHA.

Baik. Itu saja.

2 Words from you:

fadzilsalleh said...

ohhh kenapa kek saya terpenyek tepinya

SuryaRahman said...

Haha. Kesilapan teknikal en fadzil. tersalah angle masa nak keluarkan dari kotak kot. Haha.