Hello!!!

Saturday, February 20, 2010

Kalau mood rajin itu datang...

Baik. Jangan sambung ayat di atas. Beranilah kau nak sambung.

Sebenarnya saya sedang membimbangi sesuatu perkara yang berlaku sekarang ni. Haih. Susah hati betul bila fikir masalah ni. Macam dah putus asa nak buat ape pun dah serba tak kena. Nak tonton TV pun jadi tidak senang. Nak lipat baju lagilah hati tidak tenang. HAHA. Biar yang hati tenang sahaja melipat kain baju. KAHKAHKAH.

Runsing betul fikirkan masalah ni. Nak menangis pun masalah takkan selesai. Kalau tidur, masalah akan bertambah besar. Nak makan, masalah lain pula akan timbul. Nak mengadu kat pejabat kadi, memang takkan dilayan. Mengadu kat emak, lagilah tak layan. Mengadu kat along dengan uda sumpah kena gelak kaw kaw. Haih. Memang runsing lah.



Nah. kau tengok gambar di atas. Masalah memang jelas kelihatan di situ. DOUBLE CHIN


Masalah semakin membesar sejak kahwin. Sampai EF pegang bawah dagu sambil cakap 'Eh, apa ni'.

Nangis.



4 Words from you:

ckin said...

weh, tu kau belum tngok dagu aku lagi weh...nangisss x keluar air mata dah aku nie...masalah betoll...T_T

SuryaRahman said...

mari nangis same2!

Amalina Ali said...

hahaaa.. itu tandanya Pn.Surya suda gemok. lalaa...~~

Tapak Kaki said...

hek eleh..ingatkan apa menda la td.haha