Hello!!!

Tuesday, November 3, 2009

SORC

Baiklah. Hari ni saya mahu mentukar watak menjadi seorang raksasa gorgon. Err. Maksud saya menjadi tourist guide. Heh. Tengok tajuk pun dah tahu kan pergi melawat ke mana. Back to nature baby. Jadilah seorang pencinta alam. HAHA.

OK. Hari ni blog akan bertukar status menjadi travelog. Cewah. Geli siot. Padahal sah-sah lah ni memang rapuan sepanjang zaman. Tapi seperti biasalah, kalau kau nak baca, baca. Kau tak nak dah pergi main jauh-jauh. Tak nak kawan. HAHA.

Sepilok Orang Utan Reservation Centre (SORC) adalah terletak kira-kira 23km dari Sandakan atau lebih tepat lagi 6-jam-sakit-pinggang berkenderaan darat dari Kota Kinabalu bandar belum jatuh cinta lagi.Eh. Why so skema eh ayat ni. Ok Fine. Travelog memang begitu. Ayat penuh tatasusila buat karangan confirm cikgu terpegun jatuh hati bagi markah penuh lepas tu tampal karangan di sekolah lain sampai dapat surat peminat meminati hasil karangan. HAHA. Kenangan tu. Kenangan.

Eh. Apalah yang ada kat sini sampai menarik hati sangat sampai blog menjadi travelog ni? Alah. Soalan senang gila kau tanya *sambil carik pamplet keluaran tempatan SORC*. Dah nama orang utan rehab centre. Mestilah ada orang utan kan. Selain itu tarikan utama dia termasuk lah Proboscis monkey. Eh. Macam handsome lah nama monkey ni. HAHA.

Masa kunjungan kehormat saya ini, petugas SORC sedang memberi makan kepada orang utan. Eh. memang bersopan santun lah mereka makan. Monyet-monyet lain pulak sibuk-sibuk nak curik makanan dia. Tapi dia steady je makan penuh bersopan. Kiranya kalau bawak jumpe bakal mak mertua, memang terpikat habis lah. HAHA.

Baiklah. Tidak mahu merepek lebih panjang sebab saya ada tugasan mahu di buat. Mentulis kad jemputan okey. Banyak pulak tu! SORC dibuka dari pukul 9 am-12 pm & 2 pm-4 pm everyday except Friday they open until 11 am then open back as usual. bayaran masuk tidak mahal. RM 5 saja untuk Malaysianadult dan RM 2 untuk Malaysian kids. Mahalnya Surya! Weh masuk wayang pun mahal beb. Ni nak jadik pencinta alam. Berkorban la sikit okey. Setiap kamera dikenakan bayaran sebanyak RM 10. Disebabkan pencinta alam ini tak nak bayar tiket masuk kamera, maka beliau menggunakan kamera handphone bergetah saja. HAHA.

Orang utan akan diberi makan setiap hari pada pukul 10 am dan 3 pm. Datanglah pada waktu itu. Syok je tengok diorang makan. Dari jauh nampak petugas bawak baldi buah-buahan mereka sudah mula bergayut menturun ke platform dewan makan. Eh. Macam nak bawak balik je bela seekor kat rumah. HAHA.


Orang utan comel turun tali mahu pergi dewan makan.

Monkey comel jugak dia meniarap atas tali. Comel. Comel.
Anak monkey comel-comel main panjat-panjat kat pokok memang comel berganda lah menambat hati menawan kalbu.
Ini lagi lah wanita comel bersama monkey garang tunjuk taring warna kuning panjang 3 inci setengah dan ibu monkey mempeluk anak monkey. HAHA

2 Words from you:

Tapak Kaki said...

rugi SORC tu x amik cik bekerja..haha..

SuryaRahman said...

err. mereka memang rugi. tapi takpe. sebab sebagai pencinta alam, membuat promosi secara percuma adalah digalakkan. HAHA.