Hello!!!

Sunday, November 8, 2009

Kita Ni Tua Sangat Ke You?

Dulu, bila kawan-kawan seperjuangan beli motor bawak pergi kelas pasal senang nak rempit, mencelah sekitar kereta ketika jam.
Kita pulak beli kereta konon-konon senang, untuk masa depan. Sedangkan masa depan (yang bermaksud sekarang), kereta tersadai sendirian di rumah.

Bila dah start kerja, kawan-kawan pula membeli kereta baru. Tidak kurang hebatnya. Sama-sama mempamerkan rupa paras kereta baru. Tak kira buatan Malaysia atau bukan Malaysia.
Tapi kita beli minyak hitam kereta saja. Nak buat servis. Takut merajuk tak boleh start nanti.

Bila orang sibuk mencari cinta, kita pulak sibuk nak bertunang.

Bila sekarang ni, orang sibuk nak mentimbangkan ke langkah seterusnya, kita pulak akan berkahwin.

Agaknya, lepas ni kawan-kawan nak kahwin, kita pulak mungkin sudah bertiga. Atau berempat barangkali.

Agaknya kawan-kawan baru merancang nak ada anak, anak kita sudah masuk sekolah kot.



Kita ni tua sangat ke you?




Dipetik daripada Hikayat Hidup Seorang Uda dan Dara.

Persoalan adalah dikemukakan oleh Si Dara sambil didengar oleh Si Uda kemudian Si Uda hanya ketawa sahaja. Mensedapkan hati Si Dara.





2 Words from you:

Amalina Ali said...

Ko bukan tua la syg. ko tu advance. xpe2. nnt ko turunkan ilmu yg penuh di dada tu pada kami oke...?

SuryaRahman said...

haha. terima kasih kerana berlaku jujur. haha. i like!