Hello!!!

Friday, November 6, 2009

Ini Memang Pelik

Tinggal lebih kurang 36 hari lagi (InsyaAllah) saya akan dinikahkan dengan beliau. Err. Rasa macam seram sejuk pulak bila mencakap tentang nikah. Err. Betul ke ni dah nak kena kahwin. Macam dah takut-takut ayam dah sekarang ni.

Sekarang sedang mengkumpul alamat kawan-kawan untuk menghantar kad jemputan. Err. Sungguh. Rasa macam pening dah sekarang. Mana kawan yang dah lost contact. Mana pulak kawan yang masih belum mintak alamat. Memang pening. Tambah pulak hari Isnin nanti ada exam. Pening secara berganda.

EF berada di KL sekarang. Go kart and mini bike things. Again. Sob sob. Eh. Tidak boleh membuat ayat begini. Sebagai Surya Namamu Teratas *muntah* kepada beliau, harus membagi sokongan padu seribu percent. Ok. Fine. Fitri, I sokong you Fitri. I sokong you ni. HAHA. Sambil macam bergembira sedikit sebab kereta saya boleh conquer sorang. HAHA. Baiklah. Beliau takde, bolehlah saya membuat pembelian secara haram dengan mudah seperti mencarik baju kerja, atau kasut kerja atau tudung kerja*alasan. Alasan ni weh. Sebenarnya nak pergi membazirkan duit kat shopping mall* yang kalau beliau ada memang sah keluar ayat pertimbangan dari beliau seperti 'You pakai ke kasut ni nanti. Hari tu you kan baru beli kasut tapi I tengok you simpan je dalam kereta'. HAHA.

Cakap pasal kereta, saya rasa saya semakin kehilangan driving skills. Heh. Nak masuk roundabout pun terkial-kial weh. Padahal kalau dulu tu dah kira selamat dah. Sekarang ni siap macam boleh berkira-kira nak masuk ke tak nak masuk ke tak. Tu belum kira masa nak u-turn lagi. Kereta dah berderet kat belakang nak tunggu I u-turn tapi tak u-turn jugak. Pastu kalau suruh kena bawak kereta tu memang berduyun lah alasan keluar dari mulut. Naik lemak seh tiap-tiap hari EF bawak kereta, saya mentidur kat sebelah beliau. HAHA.

Oh saya ingin menceritakan perkara pelik yang berlaku pada saya sekarang. Dulu, kalau pergi shopping mall, shop atau department yang akan saya tuju ialah samada kasut atau baju. Memang boleh mendropkan eye ball serta jaw bila melihat kedai-kedai tersebut menjalankan sale berleluasa tanpa pengawasan. Kalau kasut warna yang saya nak takde saiz, sanggup pilih warna lain yang tak berapa mentarik di hati tapi sebab sale eh macam tak boleh lepaskan peluang lepas tu pergi beli kemudian bila pakai eh macam cantik tapi lepas tu macam biasa simpan dalam kereta denagn anggapan nanti lah baru pakai. Bahaya perempuan ni. Memang bahaya.

Sekarang ni saya macam tak tertarik sangat pada tempat macam tu. Bukanlah tak tertarik langsung, tapi macam kurang tertarik lah sekarang. Kuasa magnet sudah berkurangan. Habis? Kau tertarik pada apa? Ok. Fine mungkian kau akan gelak tapi lagi sekali fine. Kau gelaklah aku tak kisah. Saya macam *macam eh. Macam. Bukan betul-betul. (Masih tak nak mengaku)* tertarik pada non sticky frying pans and pots bermacam saiz mungkin kegunaan harian kelak. Heh. Dua benda ni memang boleh buat I terbehenti langkah pastu macam usha-usha keadaan beliau.

Pelik kan. Dulu memang takde nafsu ke arah ini.

Ye. Gelak la kuat-kuat. Ni aku belum buat satu lagi pengakuan lebih besar. Kalau buat, ada yang gelak sampai terkencing nanti.



Sebenarnya saya nampak Tefal bawah kaler merah tadi. Macam *again, macam eh. Bukan betul-betul* cantik je kat mata ni.


7 Words from you:

Unknown said...

hahaha. nampak sgt ko dah tua. shopping kasut pun tak lalu. shopping barang rumah mau. ceh, disqualified ni nak bawak ke trip seterusnye. kang mau ko ajak gi idaman suri jek kat langkawi nun :P

SuryaRahman said...

sampai ati ko nak tinggalkan aku. mmang ade niat ni.

aku tak kira. next trip, nama aku kena ada sama. err termasuk sugar daddy sekali.

haha.

Musezafar GB said...

saya sudah dpt kad (kwn EF)..
hehehe..

SuryaRahman said...

Musezafar kawan EF. err. sudah dapat kad? bagus. bagus.

mari datang. EF kata TV Plasma 1. haha.

Amalina Ali said...

No35,jalan pertanian 43,
taman universiti,
81300 skudai,
johor.

x pos gak x tau la nk cakap ape. =(

SuryaRahman said...

heh. tak main lah pos. tu hantar by hand je. apa ada hal. haha.

Amalina Ali said...

oke. aku nak kau hantar by hand. ko yang hantar. aku tak kira. hahahaha... =)