Hello!!!

Thursday, November 26, 2009

The Necessity(ies)

It is call necessities. I, ok i think, we will need this for life after marriage. Err. Ini ayat double meaning. HAHA.

Bedsheet. Ini adalah kemestian. Err. Bedsheet and comforter saya sekarang ni pun dirompak dari rumah emak. Kalau tak, memang takde lah tidur beralas bedsheet. Heh. Very pity.

Bedside lamp. Err. Penulis adalah seorang manusia penakut tidur seorang diri. Memang akan membukak lampu sepanjang malam kalau housemates semua tiada di rumah. Jadi sekali lagi, ini adalah keperluan.

Microwave oven. Err. Penulis suka makan tak habis lepas tu simpan dalam peti sejuk lepas tu sebab kat sini takde microwave lepas tu makanan tu pegi buang saja. Sob. Sob. Makanan nangis. Saya tak bersalah.

Pans and pots. Ini tak payah terang lah kan. Dah sedia diterangkan sebelum ini.

Juice extractor. Sebelum kahwin lagi EF dah azan kat telinga saya 'Lepas kahwin nanti you buatkan I juice eh'. Redha.

Vacuum cleaner. Ini saya tak akan cakap banyak. memang akan jadi hak milik kekal EF. Weh, saya ada allergy. Tak boleh berpeluh. Nanti allergy makin teruk. HAHA. Alasan ni weh.

Cutlery. Walaupun dua-dua kami ini adalah Java, tapi tak dinafikan penggunaan perkara di atas ini dalam kehidupan seharian.

Cooking utensils. Ini kalau takde pun takpe. Ada alasan saya tak payah masak nanti. HAHAHAHA. Keji.

Sandwich maker. EF selalu mintak roti bakar kalau pergi kedai makan tu. Untuk nampak macam baik (wth) biarlah lepas ni saya pulak buatkan roti bakar untuk beliau. ~muntah lah kau baca~.

Frame. Saja buat koleksion penambah habuk kat rumah. Gila. Mestilah nak show off gambar gedik kan.

Throw pillow. Dah nama throw pillow. Nak buat throw lah nanti. Mana tau nanti ada yang tak puas hati. Nak melawan dah derhaka masa tu. Jadi kena lah throw pillow je. HAHA.

And last but not least, of course cash.



Tuesday, November 24, 2009

It was 11 years ago



Kalau kau pandai kau cariklah mana saya.


Tuesday, November 17, 2009

Peek It
















Monday, November 16, 2009

Invitation

To friends out there no matter you are long lost pal, pal pal, cyber-pal or whatever pal you are. Do leave your address here for the invitation. Thank you.


Convocation

After 4 years struggling (ceh tak wajar guna perkataan struggling padahal hakikatnya berfoya-foya saja), finally the day has come. The convocation day. The climax of being a student.

Biarpun agak terlambat sampai pagi kejadian sebab tidur lambat tulis nama atas kad sampai pukul 2pagi malahan macam tak boleh blah bile tak tau nak pergi mana pasal tak datang rehearsal tapi semangat mengkonvo tu membara-bara lah.

The most important thing mestilah bercerita dengan kawan-kawan kan. Series masa ni rasa dah macam apa tah joyah pun boleh kalah orang amik scroll pun boleh buat alasan bercerita. Siap tukar tempat duduk dalam dewan tanpa rasa bersalah sebab memang sah lah nak bercerita macam dah takde orang lain dalam dewan tu padahal vice chancellor terpacak tegak kat depan mata.

Ok. Sudah. Tak mahu membebel. Pictures tell thousand words. Or in other words penulis sudah tidak mahu meneruskan pertandingan esei penulisan bawah 18 tahun. Perasan Sweet 17. HAHA.

Kau tengok. Punyalah gian nak bergosip sampai sanggup tukar seat ada tu dari row depan pegi row belakang. Memang hard core gosipper lah ni. HAHA.

Muka kegembiraan Kelab 401. Missing a member. Cannot be located. Paging for Azie. Paging for Azie.

Muka ini lagi. Eh. Dah bosan lah.

Suka secara pukal gambar ini. Memang malu ah nak campak mortar tu. Tapi bila campak sendiri rasa suka. Suka. Suka. Kau tengok, mortar saya paling tinggi. HAHA. Sesuai.
Align Center
Kan dah kata memang muka ni je lah yang banyak pun.


Terpaksa cilok gambar dari FB Ckin. Nak tunggu EF masukkan gambar dalam laptop, memang tak masuk-masuk.


Friday, November 13, 2009

Menggeletar

Kau tengok ticker kat atas tu? 30 hari weh. Boleh membuat usus berselirat dan kupu-kupu di dalam perut berterbangan.

Okey. Memang gigil.Rasa nak pergi buang ticker tu tapi macam takde guna sebab masa berjalan jugak.



Sunday, November 8, 2009

Kita Ni Tua Sangat Ke You?

Dulu, bila kawan-kawan seperjuangan beli motor bawak pergi kelas pasal senang nak rempit, mencelah sekitar kereta ketika jam.
Kita pulak beli kereta konon-konon senang, untuk masa depan. Sedangkan masa depan (yang bermaksud sekarang), kereta tersadai sendirian di rumah.

Bila dah start kerja, kawan-kawan pula membeli kereta baru. Tidak kurang hebatnya. Sama-sama mempamerkan rupa paras kereta baru. Tak kira buatan Malaysia atau bukan Malaysia.
Tapi kita beli minyak hitam kereta saja. Nak buat servis. Takut merajuk tak boleh start nanti.

Bila orang sibuk mencari cinta, kita pulak sibuk nak bertunang.

Bila sekarang ni, orang sibuk nak mentimbangkan ke langkah seterusnya, kita pulak akan berkahwin.

Agaknya, lepas ni kawan-kawan nak kahwin, kita pulak mungkin sudah bertiga. Atau berempat barangkali.

Agaknya kawan-kawan baru merancang nak ada anak, anak kita sudah masuk sekolah kot.



Kita ni tua sangat ke you?




Dipetik daripada Hikayat Hidup Seorang Uda dan Dara.

Persoalan adalah dikemukakan oleh Si Dara sambil didengar oleh Si Uda kemudian Si Uda hanya ketawa sahaja. Mensedapkan hati Si Dara.





Friday, November 6, 2009

Ini Memang Pelik

Tinggal lebih kurang 36 hari lagi (InsyaAllah) saya akan dinikahkan dengan beliau. Err. Rasa macam seram sejuk pulak bila mencakap tentang nikah. Err. Betul ke ni dah nak kena kahwin. Macam dah takut-takut ayam dah sekarang ni.

Sekarang sedang mengkumpul alamat kawan-kawan untuk menghantar kad jemputan. Err. Sungguh. Rasa macam pening dah sekarang. Mana kawan yang dah lost contact. Mana pulak kawan yang masih belum mintak alamat. Memang pening. Tambah pulak hari Isnin nanti ada exam. Pening secara berganda.

EF berada di KL sekarang. Go kart and mini bike things. Again. Sob sob. Eh. Tidak boleh membuat ayat begini. Sebagai Surya Namamu Teratas *muntah* kepada beliau, harus membagi sokongan padu seribu percent. Ok. Fine. Fitri, I sokong you Fitri. I sokong you ni. HAHA. Sambil macam bergembira sedikit sebab kereta saya boleh conquer sorang. HAHA. Baiklah. Beliau takde, bolehlah saya membuat pembelian secara haram dengan mudah seperti mencarik baju kerja, atau kasut kerja atau tudung kerja*alasan. Alasan ni weh. Sebenarnya nak pergi membazirkan duit kat shopping mall* yang kalau beliau ada memang sah keluar ayat pertimbangan dari beliau seperti 'You pakai ke kasut ni nanti. Hari tu you kan baru beli kasut tapi I tengok you simpan je dalam kereta'. HAHA.

Cakap pasal kereta, saya rasa saya semakin kehilangan driving skills. Heh. Nak masuk roundabout pun terkial-kial weh. Padahal kalau dulu tu dah kira selamat dah. Sekarang ni siap macam boleh berkira-kira nak masuk ke tak nak masuk ke tak. Tu belum kira masa nak u-turn lagi. Kereta dah berderet kat belakang nak tunggu I u-turn tapi tak u-turn jugak. Pastu kalau suruh kena bawak kereta tu memang berduyun lah alasan keluar dari mulut. Naik lemak seh tiap-tiap hari EF bawak kereta, saya mentidur kat sebelah beliau. HAHA.

Oh saya ingin menceritakan perkara pelik yang berlaku pada saya sekarang. Dulu, kalau pergi shopping mall, shop atau department yang akan saya tuju ialah samada kasut atau baju. Memang boleh mendropkan eye ball serta jaw bila melihat kedai-kedai tersebut menjalankan sale berleluasa tanpa pengawasan. Kalau kasut warna yang saya nak takde saiz, sanggup pilih warna lain yang tak berapa mentarik di hati tapi sebab sale eh macam tak boleh lepaskan peluang lepas tu pergi beli kemudian bila pakai eh macam cantik tapi lepas tu macam biasa simpan dalam kereta denagn anggapan nanti lah baru pakai. Bahaya perempuan ni. Memang bahaya.

Sekarang ni saya macam tak tertarik sangat pada tempat macam tu. Bukanlah tak tertarik langsung, tapi macam kurang tertarik lah sekarang. Kuasa magnet sudah berkurangan. Habis? Kau tertarik pada apa? Ok. Fine mungkian kau akan gelak tapi lagi sekali fine. Kau gelaklah aku tak kisah. Saya macam *macam eh. Macam. Bukan betul-betul. (Masih tak nak mengaku)* tertarik pada non sticky frying pans and pots bermacam saiz mungkin kegunaan harian kelak. Heh. Dua benda ni memang boleh buat I terbehenti langkah pastu macam usha-usha keadaan beliau.

Pelik kan. Dulu memang takde nafsu ke arah ini.

Ye. Gelak la kuat-kuat. Ni aku belum buat satu lagi pengakuan lebih besar. Kalau buat, ada yang gelak sampai terkencing nanti.



Sebenarnya saya nampak Tefal bawah kaler merah tadi. Macam *again, macam eh. Bukan betul-betul* cantik je kat mata ni.


Tuesday, November 3, 2009

SORC

Baiklah. Hari ni saya mahu mentukar watak menjadi seorang raksasa gorgon. Err. Maksud saya menjadi tourist guide. Heh. Tengok tajuk pun dah tahu kan pergi melawat ke mana. Back to nature baby. Jadilah seorang pencinta alam. HAHA.

OK. Hari ni blog akan bertukar status menjadi travelog. Cewah. Geli siot. Padahal sah-sah lah ni memang rapuan sepanjang zaman. Tapi seperti biasalah, kalau kau nak baca, baca. Kau tak nak dah pergi main jauh-jauh. Tak nak kawan. HAHA.

Sepilok Orang Utan Reservation Centre (SORC) adalah terletak kira-kira 23km dari Sandakan atau lebih tepat lagi 6-jam-sakit-pinggang berkenderaan darat dari Kota Kinabalu bandar belum jatuh cinta lagi.Eh. Why so skema eh ayat ni. Ok Fine. Travelog memang begitu. Ayat penuh tatasusila buat karangan confirm cikgu terpegun jatuh hati bagi markah penuh lepas tu tampal karangan di sekolah lain sampai dapat surat peminat meminati hasil karangan. HAHA. Kenangan tu. Kenangan.

Eh. Apalah yang ada kat sini sampai menarik hati sangat sampai blog menjadi travelog ni? Alah. Soalan senang gila kau tanya *sambil carik pamplet keluaran tempatan SORC*. Dah nama orang utan rehab centre. Mestilah ada orang utan kan. Selain itu tarikan utama dia termasuk lah Proboscis monkey. Eh. Macam handsome lah nama monkey ni. HAHA.

Masa kunjungan kehormat saya ini, petugas SORC sedang memberi makan kepada orang utan. Eh. memang bersopan santun lah mereka makan. Monyet-monyet lain pulak sibuk-sibuk nak curik makanan dia. Tapi dia steady je makan penuh bersopan. Kiranya kalau bawak jumpe bakal mak mertua, memang terpikat habis lah. HAHA.

Baiklah. Tidak mahu merepek lebih panjang sebab saya ada tugasan mahu di buat. Mentulis kad jemputan okey. Banyak pulak tu! SORC dibuka dari pukul 9 am-12 pm & 2 pm-4 pm everyday except Friday they open until 11 am then open back as usual. bayaran masuk tidak mahal. RM 5 saja untuk Malaysianadult dan RM 2 untuk Malaysian kids. Mahalnya Surya! Weh masuk wayang pun mahal beb. Ni nak jadik pencinta alam. Berkorban la sikit okey. Setiap kamera dikenakan bayaran sebanyak RM 10. Disebabkan pencinta alam ini tak nak bayar tiket masuk kamera, maka beliau menggunakan kamera handphone bergetah saja. HAHA.

Orang utan akan diberi makan setiap hari pada pukul 10 am dan 3 pm. Datanglah pada waktu itu. Syok je tengok diorang makan. Dari jauh nampak petugas bawak baldi buah-buahan mereka sudah mula bergayut menturun ke platform dewan makan. Eh. Macam nak bawak balik je bela seekor kat rumah. HAHA.


Orang utan comel turun tali mahu pergi dewan makan.

Monkey comel jugak dia meniarap atas tali. Comel. Comel.
Anak monkey comel-comel main panjat-panjat kat pokok memang comel berganda lah menambat hati menawan kalbu.
Ini lagi lah wanita comel bersama monkey garang tunjuk taring warna kuning panjang 3 inci setengah dan ibu monkey mempeluk anak monkey. HAHA

Monday, November 2, 2009

9 Women's Words

1. "Fine" : This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

2. "Five Minutes" : If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

3. "Nothing" : This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine. Just remember this. When women say nothing, it means something.

4. "Go Ahead" : This is a dare, not permission. Don't Do It!

5. "Loud Sigh" : This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to No.3 for the meaning of nothing.)

6. "That's Okay" : This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

7. "Thanks" : A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome.

8. "Whatever" : Is a woman's way of saying F You!

9. "Don't worry about it, I got it" : Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to No. 3.


No comment. HEHE.