Dulu, masa study, tak pernah pun saya study sebelum masanya. Maksudnya, tak pernah study sebelum exam datang. Sebelum exam, adalah masa untuk enjoy weh. Shopping, jalan, wayang. You name it. Takde pressure menyebabkan tak boleh study. Bila exam dah dekat, barulah pressure datang. Bila pressure datang baru boleh study. Baru lah study tu menjadi sesuatu yang berkesan.
Masa zaman PRP pun macam tu jugak. Selagi tak dekat dengan hari nak kena buat presentation, selagi tu lah pergi berhibur dengan suami. Tak pernah nya lah nak buat slide sebulan sebelum present. Bila dah dekat nak present, baru lah bersengkang mata membuat slide serta mencari journal.
Sekarang pun tak jauh berubah. Kena jawab laporan audit, dateline 7hb. Maka 7hb la baru jawab. Tapi kali ni lebih kepada takde masa nak membuat, bukan sebab last minute baru nak buat.
Bila Khamis lepas, Staff nurse tanya 'Beg hospital dah siap belum?'. Saya hanya tersengih-sengih. Sah-sah la belum. Beg nya pun takde lagi. Carik nahas kan. Ye.Ye. Hari ni saya pergi laundry la semua barang yang terlibat. Hari tu baru laundry sikit sahaja. Ini kali saya laundry semua. Tapi lepas tu masih tak tau nak letak mana baju-baju tu semua. HAHA.
p/s: Semalam dah makan rojak buah yang sebulan lepas tiba-tiba teringin nak makan. Mintak dengan EF, sampai sebulan masih tak dapat. Last sekali, beli sendiri. Nasib baik tiba-tiba ada jual di warung kat hujung klinik.
p/s: EF, sila balik melawat isteri dengan cepat. I penat tunggu you bila entah nak balik banyak nak cerita ni nanti I lupa susah pulak.
-Surya Rahman-
TEST
2 years ago
0 Words from you:
Post a Comment