Hello!!!

Tuesday, March 8, 2011

Perkara yang dirindui

Tadi tengok gambar EF sedang dalam taklimat. Okey. Nama pun taklimat. Mestilah formal kan. Office wear of course. Bila nampak EF pakai baju tu, tiba-tiba rasa rindu nak gosok baju kerja beliau.

Dulu, balik kerja je saya akan ambil baju yang hendak dipakai esok harinya untuk digosok. Kadang-kadang EF bising. Dia cakap kan bagus hujung minggu tu you gosok baju untuk seminggu. Nanti takdelah balik kerja penat-penat terus nak gosok baju. Tapi hey nak menghadap cuaca dari seterika dan cuaca dari sekeliling yang membahang untuk menggosok sepuluh pasang baju, apa sanggup pulak saya ni kan. Sanggup lagi gosok baju setiap hari.

Dulu jugak, pagi-pagi lepas mandi, nanti ada saja barang yang EF tak jumpa. 'You nampak tak stokin I mana?' 'Sayang, you letak tie hitam I kat mana?' 'I punya name tag kat mana you?' 'Semalam you ada nampak tak pendrive I letak sebelah TV tu?' Semua pun nak tanya pagi-pagi masa siap-siap nak pergi kerja. Sabar je lah. Sedangkan stokin tu tak pernah berubah laci. Tie pulak EF selalu gantung kat office dia. Name tag selalu letak sebelah TV jugak. Tapi nak jugak tanya.

Dulu jugak, pagi-pagi mesti saling tolak menolak siapa yang kena bangun dan mandi dulu. Yelah. Siapa yang kena mandi dulu, yang seorang lagi dapat extra time untuk tidur. Gila kan suami isteri ni. Sepuluh minit pun nak berkira. Tapi yang selalunya kena bangun dulu tu mestilah saya kan. Alasan EF 'I siap sekejap je. You nak pakai tudung lagi. Mesti lagi lambat daripada I'.



Sekarang, EF kena gosok baju sendiri. Kadang-kadang dengar EF cakap 'Esok pagi nak bangun awal. nak gosok baju.' Sentap weh hati ni. Macam kesian betul suami aku ni kena gosok baju sendiri. Sedangkan dulu sebelum kahwin dah deal dengan saya, gosok baju dan lipat baju adalah tugas saya. Basuh baju dan sidai baju adalah tugas EF. Bila sekarang macam ni, memang sentap la.

Sekarang, bangun pagi-pagi, takde orang yang saya nak cakap bersama. Takde orang tanya stokin kat maan, tie kat mana. Takde orang yang nak bertolak-tolak siapa kena mandi dulu. Takde orang saya nak tanya 'I nampak gemuk tak pakai baju ni'. Takde orang.



Rutin dah bertukar. Lepas siap kunci rumah, kunci pagar, lepas keluar guard, baru lah call EF. Masa tu biasanya EF tengah panaskna enjin kereta. Atau kalau terlewat bangun, baru sudah mandi. Masa tu lah bertukar khabar untuk hari ni. Sampai nanti waktu rehat. Sampai nanti balik rumah.

Sedih betul hidup sekarang ni.


Tapi saya tau, bukan kami sahaja mengalami masalah ini. Apa yang saya harapkan, semoga kami berdua kuat menghadapi segala dugaan. InsyaAllah.



-Surya Rahman-

5 Words from you:

g_dah86 said...

ish2...sedih pulak aku baca..tak pa hope nnt dapat la transfer :)

SuryaRahman said...

harap2 begitu lah. kau nanti jangan duduk jauh2 dengan cik yard. kang jadik macam aku ni.

g_dah86 said...

awal2 aku pon akan dok jauh gak :( eh nnt EF akan mintak balik ke?

SuryaRahman said...

alala. ye ke, takpe. mintka pindah cepat2 k.
EF dah mintak pindah dari tahun lepas lagi. Tapi kat sini takde kosong. sob sob.

Amalina Ali said...

syahdu pulak aku baca entry kau kalini surya. tak apa la. nanti mane la tau anak kau lahir dia dapat transfer sini. rezeki anak kita tak tau kan. InsyaAllah.