Hello!!!

Tuesday, March 1, 2011

Carutan Semalam

Biasalah hujung bulan. Memang banyak reort dan reten nak kena hantar. Disebabkan klinik sangat sibuk di siang hari, maka kerja-kerja report biasanya dibuat waktu malam bila dah balik rumah.

Baru siap satu kerja, terus send through email. Kemudian tengok-tengok tempat lain kejap (read: FB, blog, Car Town suami) sebelum teruskan ke kerja lain. Kemudian nampak satu antivirus baru running scan untuk laptop ni. Eh tak pernah nampak pun antivirus ni. Jadi kubiarkan sahaja dia menscanning laptop ni. Selama ni tak pernah bagi peluang pun kat antivirus-antivirus menjalankan kerja nya.

Kemudian firefox tiba-tiba tertutup. Macam pelik la kan. Apahal pulak ni. Lepas tu excel tertutup. Lepas tu word pun tertutup. Perghh. Dah la tengah buat kerja. Bila nak bukak balik, tak boleh. Dia kata infected la apa la. Lepas tu dia suruh beli antivirus dia sebanyak 159.75 USD untuk setahun. Apakejadahnya aku nak beli. Kau buat scan pun tak mintak izin aku, pastu alih-alih suruh aku beli.

Memang mencarut la semalam.


Disebabkan firefox dah tak boleh guna, kembali semula kepada IE yang dah berkurun tak guna. Nasib masih boleh bukak you. Kalau tak berharkat-harkat carutan saya semalam. Then try nak download chrome. Ya. Saya loser baru nak download chrome lepas firefox terfire. Tak boleh okey. Dia kata unsuccesful. Disebabkan antivirus ni tak kasik. Lagi berasap kan aku dengan antivirus apa nama entah tu.

Dah tak boleh tu, saya berhasrat nak pindahkan document penting ke dalam hard disk beli berbulan-bulan tapi tak guna-guna lagi tu, kemudian hantar laptop pergi format. Ya. Saya loser sekali lagi sebab tak tau format sendiri.Chaitt. Hard disk pun unsuccesfully installed. Sebab antivirus apa nama entah tu tak kasik.

Carut.



Last sekali, shut down, terus naik atas tidur.



Sekarang ni masih guna IE super lembab. Mana tah aku nak hantar format laptop ni esok.


-Surya Rahman-

0 Words from you: