Setakat 36 minggu ni, kebanyakan barang baby hampir cukup. Kecuali yang gajah-gajah. Ini ayat EF, yang mana beliau merujuk kepada barang-barang besar yang juga memerlukan belanja besar sikit daripada sebelum-sebelum ni.
Antara barang-barang yang terlibat dalam kategori gajah-gajah ialah:
1. Stroller
Ada yang cakap 'Ala tak payahlah nak stroller bagai ni. Kita dulu masa kecik mana ada naik stroller semua ni'. Mind you. Most of the time nanti saya akan menjadi single parent. Habis kau nak tengok aku struggle bawak baby tangan kanan, handbag tangan kiri, lepas tu nak gi shopping barang rumah pun tak tenang sebab tangan penuh. Fikir sikit sebelum cakap eh.
Ok. Ok. Jangan emo sangat. Ada macam-macam jenis stroller berada di pasaran. Baik yang mahal ataupun murah. Bergantung pada keperluan dan kemampuan masing-masing. Bagi saya apa yang penting, selain daripada tahan lasak dan cantik mata memandang, ia juga harus senang dilipat dan berat berpatutan. Kan saya akan menjadi single parent kebanyakan masa. Jadi perkara begini haruslah diambil perhatian. Tapi apa yang menepati ciri-ciri kebanyakan mahal sampai nak pengsan. RM1k++. Sebab tu sampai sekarnag tak beli-beli. HAHA.
2. Car seat
Sekali lagi, takkan nak saya mengendong bayi sambil membuat aksi di jalan raya kan. Belum sempat polis tahan, aku dulu yang surrender sebba tahu dah buat salah. Jadi car seat ini adalah salah satu keperluan kepada saya.
Ada car seat yang dijual sepadan dengan stroller (infant carrier). Maksudnya, boleh straight away letak atas stroller, which is very convenient. Tapi seperti biasa harga yang membataskan. Dan biasanya yang jenis ini boleh dipakai sehingga umur satu tahun. Selepas itu tak digalakkan dan harus menukar kepada car seat jenis lain. Sebab tu jugak sampai sekarang tak beli lagi.
3. Playpen/baby cot
Ini macam kategori nak beli ke tak nak beli. Ada yang bercerita, anaknya tak nak tidur dalam playpen penat-penat je beli last sekali membazir. Tapi bagi saya ni macam keperluan jugak sebab saya tak yakin nak tidur setilam dengan bayi kerana bimbang monster ni melenyek bayi tersebut nanti.
Antara playpen dengan baby cot, pasti ada bezanya. Nama pun dah menjelaskan segala-galanya. Tapi ada jugak yang menjadikan playpen sebagai baby cot jugak. Tapi apa yang menyebabkan saya masih belum membeli samada playpen atau baby cot ialah kerana rumah sekarang yang mempunyai 2 aras. Tak tahu nak letak bawah ke atas. Kalau letak bawah, nanti nak tidur malam macam amna pulak. Kalau letak atas, nanti if saya nak masak ke blogging ke nak letak anak kat mana pulak. Jadi sebab tu masih tak beli. HAHA.
4. Breast pump
Ehem. Saya percaya setiap ibu pasti mampu menghasilkan breast milk sendiri. Ada demand ada supply. Tapi saya percaya ada yang tak mampu nak menghasilkan breast milk walaupun ada demand. Jangan tanya saya apa puncanya. Sebab saya juga tidak tahu kenapa.
Sebab utama kenapa saya tak beli lagi sebab saya tak tahu saya berada dalam kategori yang mana. Mampu menghasilkan atau tidak mampu menghasilkan. Jadi saya bercadang unutk melihat dahulu keadaan semasa tempoh berpantang nanti.
Banyak breast pump kat pasaran. Manual, electric operated, yang branded, yang tak berapa nak branded, mahal, murah. Semua pun dari kau saja bha itu. Pilihan masing-masing. Ikut keselesaan dna kemampuan. Jangan terpengaruh dengan orang sahaja.
5. Bottle sterilizer
Macam biasa, ada je yang bercakap 'Ala tak payah lah beli. Kau rebus je botol tu'. Saya dah takde idea nak goreng dah ni. Anggap je lah kali ni saya tak melawan macam biasa. HAHA.
Apa lagi ye. Ehem. Entah lah. Cukup-cukup lah tu. Macam nak pening dah fikir keperluan bayi.
-Surya Rahman-
TEST
2 years ago
6 Words from you:
hahaha sume tu sedang bermain dlm fikiran aku spt kate laki ko yang 'gajah-gajah' je aku perlu fikirkan semula...huhu tapi yg plg penting car seat & stroller la kan sbb kte single parent most of the time huhu cdey
hye sayang.. hehee.
errmm, agree with u part no.4 tu. mcm sy jgak dulu. berkira-kira mahu beli breastpump. bukan kedekut. tapi kita taktau hasil kita bagaimana nanti. macam saya. takde rezeki yanga banyak. terhenti sendiri masuk bulan yang kedua. nasib sebelum tu memang beli breastpump yang manual je.
mcm stroller tu pulak.. tangguhkan dulu pun takpe. i mean, lepas-lepas pantang pun takpe. sebab masa dalam pantang bukannya kita ade nak (tak boleh sebenarnya-kalau ikot orang-orang tua lah hahaha) kemana-mana pun.
part playpen tu pulak.. maybe penting. sebab saya ade pengalaman. hahaha. kan kita sama2 single parents? hehe. adam jatuh katil! hahaha. masa tu pukul 3 pagi saya bangun untuk buat susu. sebelum turun katil saya dah siap-siap buat kubu pertahanan. letak bantal keliling. tau2 je dgr dia melalak kuat. berderau kejap. ehh.. tp tu pun delay dulu takpe. sebab bila dia dah besar, dah pandai panjat2 baru guna playpen.
sorie kalau info saya tidak membantu ya? hehe.
most of the things..I AGREE WITH YOU! set bersalin> tak kire gajah-gajah ke? nad tak beli lagi. rase macam mahalnyeeee nak beli sampai rm3oo. HUHU.
puan qarlista,
kekeke.. memang kira gajah. tapi kira penting tau. banyak plak kira kan? hehehe. set bersalin amway pun ok. rm235. lengkap. siap bengkung.
stroller & car seat, amat penting! tapi xperlu beli lagi la... tunggu dulu... dlm pantang, boleh pegi shupping lagi :) ekekeke
ziha: benda gajah-gajah yang aku pun fikir bukan setakat 2 kali. banayk kali weh. takut overspend, takut tak berkualiti, takut tak selamat. macam-macam la.
pari-pari: tu la kan. takut jugak nak tinggal atas katil macam tu je. nak pergi mandi semua kena fikir jugak tu.
nad: set bersalin pun kira gajah jugak. huhu. mahal la. tengok kat jusco taman u paling murah pun rm350. ada yang makan je. ada yang dengan bengkung pilis semua tu la.
reen: takut dalam pantang tak dapat kuar je nanti. haha.
Post a Comment