2 hari lepas, (eh apasal asik cerita perkara 2 hari lepas je nih?), walaupun dengan hati berat, saya gagahkan jugak menuju ke pusat pengambilan darah. Haip haip. Jangan fikir bukan-bukan. Saya pergi semata-mata hanya kesedaran diri untuk memeriksa kesihatan badan sahaja. Ditambah pulak dengan cabaran kawan sekerja yang asyik mengatakan cholesterol level saya mesti tinggi tak payah buat test pun dah tau. Cis.
Nah. Tercabar bukan. Terus puasa dan pagi-pagi pergi mengecohkan pusat pengambilan darah bersama staff yang kecoh jugak. Maka kecoh betul kejadian tersebut. Wah. Ini adalah pengalaman pertama mengambil darah. Selama ni cuma dengar dan tengok. Kali ini saya pula memberi spesimen. Nah. Berdebar bukan main. Dalam hati tu macam-macam fikir.
Agaknya orang tu professional ke baru masuk kerja?
Pandai ke dia carik vein yang sesuai?
Kalau sekali cucuk tak masuk vein, masuk tempat lain, kena cucuk lagi nanti macam mana?
Kalau dia tak jumpa vein pastu cakap lain kali banyak sikit exercise eh kak macma mana. Kan dah malu setaman.
Eh. Memang banyak lah persoalan bermain dekat hati. Eh fikiran pun berfikir jugak. Bila nombor dipanggil terus rasa macam nak berdebar bukan main. HAHA. Tapi muka mesti maintain macho. Habis ada duo orang rakan sekerja jugak di situ. Takkan nak tunjuk muka cuak kan. Macho mesti ada. HAHAHA.
Bila masuk bilik tersebut, bila staff tu start ikat lengan, hati masih takut cuak cuak ayam. Kaki dah start gigil-gigil sikit. Sempat lagi tengok dia label tiub untuk spesimen. 2 tiub. Makaih. Banyak lah pulak. Dah terus pandang depan taknak tengok. Tapi lepas tu jeling lagi. Tengok dia tengah pasang needle kat syringe. Haih. Debar bukan main main lagi. Lebih debar daripada hendak dinikahkan. Eh tak tak. Itu tetap debar nombor satu. HAHAHA.
Dalam tak sedar, saya menggenggam bantal kecil yang dia suruh konon-konon pam supaya darah senang mengalir tu, dengan kuat sampai kuat habis yang boleh jari buat. Sampai dia suruh lepaskan pun tak mahu lepas dah. Cuak habis lah tu. Lepas kejadian tersebut, rasa lengan macam lenguh-lenguh pulak.
Petang dapat result. Oh ini pun bikin cuak-cuak ayam okeh. Berdebar nak tahu cholesterol level. Yang lain tu tak penting sangat. HAHA. Everything is normal okeh. LALALALA. Terus ajak EF makan KFC esoknya. HAHAHAhampeh betul.
p/s: Syafiq, mesti kau nak tengok result aku kan. Meh meh tengok lah. HAHA.
TEST
2 years ago
3 Words from you:
Sample lysed / tertukar result orang lain.
cuak-cuak ayam tu macam mana ek.. kejap, nak imagine..erm..
K154: Kalau sampel lysed,result tak kuar. Kalau tertukar ngan orang lain, haih nasib lah siapa yang dapat darah aku tu. Confirm dia meroyan bila tengok part cholesterol. HAHAHAHA.
LK: pergi tengok ayam bila kena kejar ngan orang. macam tu lah cuak-cuak ayam.
err. kenal ayam tak?haha.
Post a Comment