Hello!!!

Tuesday, July 20, 2010

Kerana pulut santan binasa

Hari tu saya nampak staff tempat saya makan kuih buah melaka. Pada waktu sarapan. Pelik kan. Macam tak sesuai. Habis bila pulak masa yang sesuai? Masa perut lapar. HAHA.

Baik. Semasa itu, saya melihat dia makan macam berselera betul lah buah melaka tersebut. Atau nama lain kat sini puteri mandi. Macam tak sesuai kan nama tersebut. HAHA. Tengok dia makan, macam satu kenikmatan. Sampai sekarang saya masih teringat scene beliau menggigit buah melaka tersebut. Rewind dengan gerak perlahan pulak tu. Nah. Menggoda. Disebabkan bulan puasa lambat lagi, jadi tiba-tiba rasa macam ting! baik aku masak sendiri.

Terus ajak suami pergi beli belah dekat supermarket dengan harapan menggunung untuk masak buah melaka alah senang je tu.

Sekali sampai supermarket tu, tengok-tengok takde jual tepung pulut pun. Nak carik kelapa parut pun tak tahu kat mana. Apa lagi nak carik kelapa putih. Serius. Rasa nak nangis. Sampai sekarang masih terbayang-bayang buah melaka kena gigit versei gerak perlahan.

ps: Harap-harap emak membaca blog saya. HAHA.
ps2: Sudah. Jangan fikir bukan-bukan. Tiada kaitan dengan orang ketiga yang belum hadir.
ps3: Tak perlu gambar di sini. Kalau tak kenal, pergi google sendiri. Kalau letak gambar, dikhuatiri keyboard laptop dicemari saliva.



3 Words from you:

Tapak Kaki said...

kalau nama puteri mandi tu tak sesuai, habis tu nak letak nama apa?

SuryaRahman said...

haha. tak tahu. tapi ingatkan puteri mandi tu sejenis kuih yang berkuah. macam badak berendam tu. sebab tu kata tak sesuai nama tu untuk buah melaka. haha.

Tapak Kaki said...

kalau macam tu namakan je kueh tu kueh badak berendam.. nice.erkkk