Disebabkan setiap hari menghadap perkara yang sama, lantas saya secara tak sengaja mengklasifikasikan pesakit kepada beberapa kategori.
1. Pesakit Tabah
Jenis pesakit ini ialah pesakit yang remain cool walaupun dah tunggu satu jam untuk mendapatkan ubat. Bila bagi penerangan cara penggunaan ubat pun mereka tetap cool dengan muka cool jugak. Memang cool habis siap cakap terima kasih dan bha, bha, bha banyak kali. Takde soalan pun ditanya oleh pesakit ini. Pesakit jenis ini memang sentiasa dinanti kehadirannya.
2. Pesakit Berang
Jenis pesakit ini memang sudah dapat ditebak gaya pengambilan ubatnya. Pesakit berang biasanya melontarkan ayat-ayat syahdu di pendengaran. Muka memang kental datang kat kaunter tanya kenapa tak dapat ubat lagi saya dah tunggu satu jam lapar pulak tu belum makan daripada semalam kalau saya ambil dekat private sekejap saja dah dapat. Ini memang ciri-ciri pesakit berang. Suara dinaikkan setinggi lima ratus desibel. Kadang-kadang lebih tinggi daripada itu. Ok fine tak atu berapa desibel. Yang tau tinggi suara saja. Sebarang penjelasan tidak diterima malahan ubat juga diambil secara rampasan. Kadang-kadang boleh bertengkar dengan pesakit lain dan mengeluarkan perkataan seperti stupid.
3. Pesakit Angkuh
Jenis pesakit ini pula biasanya berketrampilan biasa-biasa sahaja. Tetapi sewaktu penjelasan tentang bagaimana ubat tersebut harus dimakan, dengan pantas menjawab 'Takpe saya dah 15 tahun amkan ubat ni. Sudah tahu semua'. Sekali, ada pulak dos yang dah dinaikkan. Kemudian pesakit ini akan berkata 'Eh dulu saya makan sebiji sahaja, kenapa sekarang 6 biji'. Nah lain kali jangan terlalu angkuh. Saya pun tak tahu kalau dos anda sudah dinaikkan atau diturunkan. Maka lain kali kita check bersama, ok?
4. Pesakit Datuk
Ini ada dua subkategori. Yang pertama pesakit datuk yang berjalan membawak tongkat yang kebanyakannya mengambil ubat kencing manis, darah tinggi, jantung, mata dan tulang. Pesakit seperti ini biasanya tidak mendatangkan masalah cuma kadang-kadang meminta bekalan sebanyak 2 bulan ketika ubat sudah mahu didispens.
Subkategori kedua ialah pesakit datuk kerana anugerah. Oh. Jenis ubat-ubatan pesakit ini sama seperti pesakit datuk subkategori pertama, cuma biasanya, ubat mereka lebih canggih masuk kategori special request item, bukan standard drugs. Pesakit jenis ini kadang-kadang menimbulkan kejelekan kepada saya. Sebagai contoh, pesakit kerap kali memberitahu beliau Yang Berhormat kawasan X, dan bertanya adakah ubat yang diambil di hospital swasta boleh diambil bersama dengan ubat yang diambil di hospital kerajaan (ubat-ubat yang sama). Oh. Jelek ok. First, tak perlu beritahu anda adalah yang berhormat hanya untuk bertanya soalan. Kalau anda adalah bobohizan pun saya akan jawab soalan anda. Tiada diskriminasi jawatan. Kedua, dah review dengan hospital swasta, yang pergi review dekat government buat apa. Dah tu siap bawak prescription dari private hospital supaya doktor prescribe ubat yang sama jugak di government. Oh.
5. Pesakit Bijak Mengalahkan Doktor
Jenis pesakit ini adalah mereka yang sering tidak hadir temujanji, tapi tiba-tiba bila ubat habis dan prescription sudah expired, mereka suruh doktor tulis ubat yang sama tanpa follow up kes mereka. Bijak, bukan?
6. Pesakit Kaya
Kaya kerana keramahan. Kaya dengan senyuman. Kaya dengan ubat. Kaya dengan kayap. Ok. Ok yang last sekali itu tipu saja. Pesakit jenis ini dipercayai menjadi penawar kepada keletihan akibat menghadap pesakit kategori kedua. Namun begitu pesakit ini boleh juga menjadi faktor penambah keletihan apabila terlalu banyak soalan di tanya seperti macam mana lovastatin bertindak dalam badan, apa beza dengan gemfibrozil, apa beza atorvastatin dengan lovastatin dan side effect paracetamol.
7. Pesakit Tak Kunjung Tiba
Pesakit seperti ini biasanya malas nak menunggu nombor mereka dipanggil Disebabkan mereka datang semasa peak hour, jadi ambil masa lah nak prepare ubat tu kan. Pulak tu ubat kau boleh cecah 10-15 items satu prescription. Berpeluh kot ketiak kitorang nak prepare ubat kau. Jadi pesakit jenis ini biasanya akan memberitahu bahawa nanti beliau akan datang balik, atau nama lainnya CBL. Nah. Cuba teka apa itu CBL?. Tetapi kadang-kadang pesakit ini terus tak datang untuk collect ubat mereka. Kemudian, terpaksalah kami keluarkan balik ubat-ubat tu daripada packing nya dan membungkus semula. Buat kerja banyak kali kan.
Jadi cukuplah setakat ini jenis-jenis pesakit yang berjaya saya klasifikasikan. Mintak maaf kepada pesakit yang telah saya jadikan sempadan dan tauladan di sini. Sekian.
p/s: Anda pesakit kategori apa?
TEST
2 years ago
3 Words from you:
aku tak nak r g jumpa ko kalo sakit, nanti aku jadi bahan kat blog ko ...huhu (eh, mcm dah termsuk pesakit bijak jek)
bobohizan tu apa? spesis tok bomoh jugak ke? saya pesakit yang tiada dalam kategori dia atas.. saya pesakit yang tak suka makan ubat.. jadi tak perlu beratur amik ubat..
munir: haha. kalau kau datang, confirm 5 entry aku cerita gaya kau mengambil ubat., Semua kutukan belaka. Yang pujian, aku simpan dlm draft aje. HAHA.
LK: memang bomoh pun hehe.
nah pesakit macam ini kategori pesakit no 7. tak kunjung tiba. haha
Post a Comment