Hari keempat tanpa EF. Ah. Jangan tanya EF pergi mana. Kelak boleh menimbulkan ketangisan. Sebelum hantar pun dah siap tangis segala. Tapi bukan sebab bakal ditinggalkan, tapi kerana roti dan sardin. HAHA. Aku memang lame.
Bila dah setiap hari bersama, kalau kena berpisah memang menimbulkan perasaan seperti bercinta jarak jauh dahulu. Yelah. Yelah. Pergi muntah cepat. Aku tak kisah.
Jadi setelah hari keempat baru ada keberanian sikit dan kurang tangis sedikit. Oh. Lagi 8 hari okey. Macam mana kah ni. Setelah berkahwin saya bertukar menjadi perempuan yang bergantung kepada lelaki. Daripada independant kepada dependant. Ok fine sebelum kahwin depend pada bapa untuk wang ringgit dan kasih sayang, tapi yang lain-lain buat sendiri. Ok. Tak semua tapi kebanyakan. Ok dah dah. Malas nak memuji diri sendiri lagi. Sila teruskan pembacaan.
1. Sebelum kahwin, isi minyak kereta, servis kereta, basuh kereta, isi angin tayar semua dilakukan sendiri. Servis tu takdelah buat sendiri. Tapi hantar pergi servis sendiri. Lepas kahwin, semua pun EF yang buat. Paling terbaik saya pernah buat pun isi minyak kereta. Itu pun menggunakan duit EF. Hujung bulan baru nak bayar. Aku memang lame. Cakap saja. Sekarang EF takde, terpaksa bekerja keras memikirkan kat mana car wash yang tak curik duit dalam ashtray kereta. Nasib baik EF dah isik minyak dan angin kereta sebelum pergi.
2. Sebelum kahwin, selalu masak untuk keluarga. Sedap, tak sedap belakang cerita. yang penting makan. Selepas kahwin, kadang-kadang masak untuk EF. Kalau tak masak pun jangan risau, makan tetap makan. Sekarang EF takde, hidup ibarat ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. HAHA. Mungkin lebih tepat masak pagi makan pagi, tak masak petang tak makanlah petang. HAHA.
3. Selepas bekerja di KK, cuma 4 kali sahaja saya bawak kereta ke bandar KK. Itupun sebab kawan sekerja baru masuk kerja emak dia pos barang kena tuntut kat post office (Ayum, kau jangan lupa jasa aku ni HAHA), mengepos borang FRP, EF terseliuh lepas main bola dan sebab EF ngantuk sangat. Selebihnya semua EF yang bawak kereta. Kadang-kadang saya ada offer diri untuk bawak kereta bila tengok EF macam penat sangat, tapi EF kata tak payah biar dia bawak. Senyum sahaja lah HEHE (atau EF tak kasik bawak kereta sebab dia cuak dengan gaya saya bawak kereta kot). Jadi salahkan EF kalau saya tak ingat jalan kat KK mahupun JB.
4. Selepas berkahwin, saya jarang mengeluarkan duit melalui ATM. Most of the time saya mintak EF yang tolong keluarkan duit dari ATM. Atau saya pakai duit EF dulu, kemudian transfer daripada maybank2u. Oh. Jangan risau. Memanglah password tak boleh diberitahu kepada orang lain, tapi Password ATM dan maybank2u tu EF selalu lupa dan selalu tanya saya semula. Jadi sebelum pergi, EF dah siap-siap tinggalkan duit belanja siap bagitahu kalau dah nak habis bagitahu, jangan tunggu dah habis baru bagitahu.
p/s: Saya pernah 2 kali tak makan tengah hari kat hospital sebab lupa bagitahu EF duit dah habis.
p/s 2: Saya tau semua no pin ATM semua ahli keluarga saya kecuali Mamat. HEHE. Hebatkan.
Jadi, boleh bayangkan bagaimana saya menjadi dependant kepada beliau? Walaupun saya tak suka kenyataan perempuan selalu bergantaung kepada suami, tapi dalam diam saya sudah bergantung kepada suami.
Sudahlah itu. Saya malas mahu mengkarang lagi. Kelak boleh timbulkan ketangisan. Sekian.
TEST
2 years ago
2 Words from you:
adakah anda selalu skodeng no pin orang ke time beratur kat mesin ATM? sila jawab YA atau Betul..
nehi. mereka yang bagitahu no pin pada saya. nak buat cana. menjadi harapan keluarga untuk mengeluarkan duit. jadik terpaksalah ingat. haha.
Post a Comment