Hello!!!

Sunday, March 13, 2011

Nota Minta, Budget dan Harga

Baru-baru ni, harga ubat naik mendadak. 2,3 kali ganda daripada harga sebelum ni. Ada juga harga ubat yang turun, tapi turun takdelah sebanyak yang naik. Budget ubat pula diturunkan berbanding tahun lepas. Saya bertanggungjawab atas pembelian ubat untuk klinik. Jadi macam mana lah saya nak beli ubat tanpa sakit kepala.

Saya terpaksa mengheret doktor y/m untuk sama-sama sakit kepala. Yelah. Ubat dibeli berdasarkan prescribing pattern. Kalau banayk pakai Ponstan kenapa saya nak beli banayk Indocid? Jadi saya telah mempengaruhi doktor untuk mengurangkan penggunaan ubat yang mahal (yeah, ponstan naik harga). Saya terpaksa. Sebab kalau tidak, 3 bulan lagi, budget yang diperuntukkan kepada saya akan habis sedangkan itu adalah budget untuk tahun ni.

Haih. Apa lagi yang saya perlu buat. LMS saya tak beli langsung. Ada beberapa jar lagi di klinik. Harap-harap sempat nak prepacking. Calcium will be reserved untuk osteoporosis, OA dan thyroid patient. Indocid replaces ponstan. Tapi masih simpan ponstan beberapa botol di klinik in case ada yang memerlukannya. Macam mana lah kawan-kawan yang lain membeli ubat. Saya dah berhabis sakit kepala memikirkannya.



-Surya Rahman-

2 Words from you:

Norahsikin Mohd Saman said...

Setuju!!! Pening nk handle bajet ni, tp langkah terbaik ialah utk sama2 heret mo dan ma prescribe ubat yg lebih cost effective, haha sbb tanak la ckp ubat tu lgi murah kan tp memang pun...hihi...tp BIG problem ialah pd LP item skang

SuryaRahman said...

Lp ngan AP sama2 problem. dah menyampah nak menjawab dengan patient, doktor semua. semua nanti jadi salah kita.