Kadang-kadang rasa tak sabar.
Kadang-kadang rasa takut.
Kadang-kadang rasa cepatlah masa berlalu.
Kadang-kadang rasa tak bersedia.
Kadang-kadang rasa penat sangat nak cuti panjang.
-Surya Rahman-
Hello!!!
Wednesday, March 30, 2011
Dag dig dug
My Words SuryaRahman at 6:37 PM 2 Words from you
Sunday, March 27, 2011
9 Months
Oh man. Cepatnya masa berlalu. Tiba-tiba dah 9 bulan. Ok bukan tiba-tiba sebenarnya. Tapi macam tak berapa sedar dah 9 bulan. 37 minggu dah dikira cukup bulan. Dan waktu sekarang ni dipanggil 'tengah tunggu hari' atau translation nya waiting for the day. The day baybeh. The day which will change my status, once again.
Okey. Apa update kali ni? Emm memang sah kaki dah start membengkak. Edematous ankle. Dekat ankle saja. Tarsus dan metatarsus takde membengkak pulak. Walaupun bengkak di ankle sahaja, tapi ia menyebabkan sandal terasa ketat sedikit. Itupun baru tadi terasa ketat. Semalam takde lagi.
Emm. Perut masih bebas daripada kesan regangan atau stretch mark. Tapi kadang-kadang tu gatal dia Ya Allah, tak tertahan. Orang kata jangan digaru, nanti kesan regangan tu akan timbul dan kelihatan buruk. Err. Tak mahu.
Seperti diberitahu sebelum ni, kepala baby dah engaged. Dah masuk laluan. Yang mana, anytime dia boleh keluar. Okey. Okey. Setiap kali teringat tentang tu mesti terasa takut. Sekarang ni perut selalu keras je. Agak sakit la. Lagi-lagi kalau keras tu agak lama. Rasa macam nak meletup pun ada perut ni. Kebelakangan ni pun, selalu terasa macam sakit perut masa period atau nama lain dia menstrual cramp. Kadang-kadang tengah tidur pun boleh terjaga. Yes, you are right. Braxton Hicks contraction. MO kat klinik bagitau, kalau awak rasa waktu malam, dan sampai pagi tak hilang, tu maksudnya dah tiba masa la tu. Terus pergi hospital. Err. Err. Seram okey.
Oh ramai yang tegur perut saya dah turun. Emak mertua la, akak jual burger la, sales girl la, staff nurse la. Ramai yang cakap macam tu. Yang membawa maksud yang sama, tak lama lagi lah tu.
Sekarang ni selalu rasa senak dekat atas perut. Probably kedudukan bayi yang menyebabkan terasa senak bila dia bergerak. Kadang-kadang tu sampai terpaksa meluruskan tulang belakang untuk hilangkan senak tu (Can you imagine? Can la. HAHA).
Oh. Sekarang pun kaki cepat terasa lenguh. Kadang-kadang masa kerja tengah dispense pun boleh rasa lenguh. Padahal baru pukul 11 pagi. Padahal dispense sambil duduk atas kerusi. Memang pelik. Kalau nak kata shopping jalan satu mall tu, memang logik la kan.
Lepas tu kaki selalu je rasa kebas atau kata orang Johor, semut-semut. Lepas tu kadang-kadang terasa macam muscle twitch dekat quadriceps muscle. Kalau amsa duduk ok lagi. Kadang-kadang tengah drive pun boleh terjadi. Nak tanya MO tapi susah nak describe macam mana muscle twitch tu.
Masih lagi merasakan vaginal pain. MO kata blood vessels are dilating to prepare for the labor. Thats why rasa sakit. Somemore, hormone pun boleh menyebabkan sakit tu. Hemm. Tapi skait tu kira dah kurang la berbanding last month. Bila kedudukan tertentu sahaja dia sakit. Contoh nak bangun dari baring, tukar posisi semasa baring, angkat sebelah kaki dan tak ingat lagi lah.
Itulah sahaja untuk kali ni. Habis.
p/s: EF dah balik ke Sabah tadi. Kembali menjadi lonely loser. Hanya akan balik 2 minggu lagi. Emak, datang la cepat teman I kat sini.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 8:25 PM 2 Words from you
Thursday, March 24, 2011
Senyum.
Tadi ada check up. 37 weeks y'all. Makin dekat makin takut pulak. Overall masih ok. Hb takde masalah. Berat cuma naik 0.5kg seperti yang disarankan. Apa ada hal kan.
Apa yang penting, suami ada di sini. Jadi senyum panjang la ada kawan nak makan sama. Hehe.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 9:09 PM 0 Words from you
Monday, March 21, 2011
Hey, you are so lucky!
Setakat 36 minggu ni, kebanyakan barang baby hampir cukup. Kecuali yang gajah-gajah. Ini ayat EF, yang mana beliau merujuk kepada barang-barang besar yang juga memerlukan belanja besar sikit daripada sebelum-sebelum ni.
Antara barang-barang yang terlibat dalam kategori gajah-gajah ialah:
1. Stroller
Ada yang cakap 'Ala tak payahlah nak stroller bagai ni. Kita dulu masa kecik mana ada naik stroller semua ni'. Mind you. Most of the time nanti saya akan menjadi single parent. Habis kau nak tengok aku struggle bawak baby tangan kanan, handbag tangan kiri, lepas tu nak gi shopping barang rumah pun tak tenang sebab tangan penuh. Fikir sikit sebelum cakap eh.
Ok. Ok. Jangan emo sangat. Ada macam-macam jenis stroller berada di pasaran. Baik yang mahal ataupun murah. Bergantung pada keperluan dan kemampuan masing-masing. Bagi saya apa yang penting, selain daripada tahan lasak dan cantik mata memandang, ia juga harus senang dilipat dan berat berpatutan. Kan saya akan menjadi single parent kebanyakan masa. Jadi perkara begini haruslah diambil perhatian. Tapi apa yang menepati ciri-ciri kebanyakan mahal sampai nak pengsan. RM1k++. Sebab tu sampai sekarnag tak beli-beli. HAHA.
2. Car seat
Sekali lagi, takkan nak saya mengendong bayi sambil membuat aksi di jalan raya kan. Belum sempat polis tahan, aku dulu yang surrender sebba tahu dah buat salah. Jadi car seat ini adalah salah satu keperluan kepada saya.
Ada car seat yang dijual sepadan dengan stroller (infant carrier). Maksudnya, boleh straight away letak atas stroller, which is very convenient. Tapi seperti biasa harga yang membataskan. Dan biasanya yang jenis ini boleh dipakai sehingga umur satu tahun. Selepas itu tak digalakkan dan harus menukar kepada car seat jenis lain. Sebab tu jugak sampai sekarang tak beli lagi.
3. Playpen/baby cot
Ini macam kategori nak beli ke tak nak beli. Ada yang bercerita, anaknya tak nak tidur dalam playpen penat-penat je beli last sekali membazir. Tapi bagi saya ni macam keperluan jugak sebab saya tak yakin nak tidur setilam dengan bayi kerana bimbang monster ni melenyek bayi tersebut nanti.
Antara playpen dengan baby cot, pasti ada bezanya. Nama pun dah menjelaskan segala-galanya. Tapi ada jugak yang menjadikan playpen sebagai baby cot jugak. Tapi apa yang menyebabkan saya masih belum membeli samada playpen atau baby cot ialah kerana rumah sekarang yang mempunyai 2 aras. Tak tahu nak letak bawah ke atas. Kalau letak bawah, nanti nak tidur malam macam amna pulak. Kalau letak atas, nanti if saya nak masak ke blogging ke nak letak anak kat mana pulak. Jadi sebab tu masih tak beli. HAHA.
4. Breast pump
Ehem. Saya percaya setiap ibu pasti mampu menghasilkan breast milk sendiri. Ada demand ada supply. Tapi saya percaya ada yang tak mampu nak menghasilkan breast milk walaupun ada demand. Jangan tanya saya apa puncanya. Sebab saya juga tidak tahu kenapa.
Sebab utama kenapa saya tak beli lagi sebab saya tak tahu saya berada dalam kategori yang mana. Mampu menghasilkan atau tidak mampu menghasilkan. Jadi saya bercadang unutk melihat dahulu keadaan semasa tempoh berpantang nanti.
Banyak breast pump kat pasaran. Manual, electric operated, yang branded, yang tak berapa nak branded, mahal, murah. Semua pun dari kau saja bha itu. Pilihan masing-masing. Ikut keselesaan dna kemampuan. Jangan terpengaruh dengan orang sahaja.
5. Bottle sterilizer
Macam biasa, ada je yang bercakap 'Ala tak payah lah beli. Kau rebus je botol tu'. Saya dah takde idea nak goreng dah ni. Anggap je lah kali ni saya tak melawan macam biasa. HAHA.
Apa lagi ye. Ehem. Entah lah. Cukup-cukup lah tu. Macam nak pening dah fikir keperluan bayi.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 8:20 PM 6 Words from you
Saturday, March 19, 2011
Beratnya kamu ni!
11/11/2010 18 minggu berat kamu hanya 0.4kg
10/02/2011 29 minggu berat kamu 1.6 kg
18/03/2011 36 minggu berat kamu 2.9 kg.
Dalam 7 minggu kamu naik 1.3 kg. Buat mummy terkejut. Doktor juga terkejut sebab kamu tak kelihatan besar. Doktor kata masih ada peluang untuk besar lagi. Tapi jangan besar sangat ye anak.
Secara keseluruhannya, I am getting to the end of pregnancy y'all. 36 weeks and the baby's head engaged already. Anytime soon. Hopefully it would be a SVD not a LSCS. Err.
Kaki dah nampak macam bengkak sikit. Atau itu cuma mainan perasaan sebab tak nak mengaku kaki gemuk. HAHA. No swollen face. Yang ada cuma triple adipose layers around chin. Man, it looks like multiple chins actually. Sometimes ada rasa macam menstrual cramps which later found out as a Braxton Hicks Contraction. Baby's doing fine, enjoying kicking mummy's rib, hardening mummy's tummy, playing and playing without noticing its mummy's time to sleep.
The estimated due date is 15th April 2011. But I have a gut that this baby is coming out earlier. I dont know why but it just my gut. I planned to bersalin at JB and going back to Selangor a week after. EF planned to take leave a week before the due date, so I'm hoping that the baby will only come out during that time.
I planned for 3 months leave. And probably will going to Sabah during the leave. Well it just a plan. Tak tahu la mampu tak nak bawak baby seorang diri naik flight ke KK. Entah-entah nanti aku jadi macam pokok krismas habis semua barang baby aku gantung kat badan. Probably I need an 'apron' The Rock wore in The Pacifier. HAHA.
So the check up now is once a week. Lucky me, working in Klinik Kesihatan. Weekly check up? Senang je tu.
Doakan yang terbaik untuk kami ye.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 9:23 AM 6 Words from you
Wednesday, March 16, 2011
Surat terbuka untuk anak
Ke hadapan anak yang masih berada dalam kandungan
Mummy berharap kamu berada dalam keadaan sihat walaupun mummy tahu kamu dah kekurangan ruang. Tapi itu bukan alasan untuk kamu berhenti bermain kan.
Mula-mula mummy nak minta maaf kalau mummy tak memberi yang terbaik untuk kamu sepanjang dalam kandungan. Mummy tahu kamu tak mendapat DHA, folate bla bla bla yang secukupnya sebab mummy tak minum susu materna untuk ibu mengandung. Takpe. DHA fiolate tu boleh dapat daripada sumber lain. Harap-harap kamu berjaya menyerapnya. Mummy juga tak kisah kalau kamu mencuri kalsium daripada mummy. Mummy tak kisah kalau mummy asyik cramp kaki waktu malam. Takpe. Asalkan kamu mendapat kalsium daripada mummy.
Sepanjang kamu dalam kandungan mummy, kamu jarang memberi masalah kepada mummy. Mummy takde muntah-muntah, tak boleh makan itu ke ini ke, dehydrated, pening-pening, pitam. Semua mummy takde rasa. Alhamdulillah. Bila kamu makin besar, barulah mummy rasa sakit pinggang, cramp, dan sebagainya. Kebelakangan ni pulak mummy selalu susah nak bernafas. Mungkin sebab kamu dah semakin besar. Takpe. Mummy tahu macam mana nak selesaikan masalah tu.
Kadang-kadang mummy jadi takut. Mampukah mummy jadi mummy yang baik untuk kamu. Mampukah mummy mendidik kamu. Mampukah mummy menjaga kamu sebaiknya. Mampukah mummy memenuhi keperluan kamu. Mummy takut mummy tak mampu.
Kadang-kadang mummy macam tak percaya. Dah lapan bulan kamu dalam perut mummy. Ke sana ke mari mummy bawak. Dulu mummy tak pernah sangka pengalaman mengandung seindah ini. Semua ni perkara baru untuk mummy. Mummy sangat teruja dan gembira.
Tinggal lebih kurang 30 hari lagi kamu akan ada dalam perut mummy. Lepas tu kamu akan lahir ke dunia ni. Secara jujur, mummy tak sabar nak tunggu kamu lahir. Kamu yang sekarang ni selalu menendang rib mummy sampai mummy terkejut. Kamu yang selalu mengeras dalam perut mummy sampai mummy sakit. Kamu yang selalu bermain walaupun mummy nak tidur. Kamu yang mummy tunggu-tunggu.
Mummy harap kamu akan lahir dengan selamat. Mummy tunggu kamu.
-Mummy-
My Words SuryaRahman at 7:34 AM 2 Words from you
Sunday, March 13, 2011
Nota Minta, Budget dan Harga
Baru-baru ni, harga ubat naik mendadak. 2,3 kali ganda daripada harga sebelum ni. Ada juga harga ubat yang turun, tapi turun takdelah sebanyak yang naik. Budget ubat pula diturunkan berbanding tahun lepas. Saya bertanggungjawab atas pembelian ubat untuk klinik. Jadi macam mana lah saya nak beli ubat tanpa sakit kepala.
Saya terpaksa mengheret doktor y/m untuk sama-sama sakit kepala. Yelah. Ubat dibeli berdasarkan prescribing pattern. Kalau banayk pakai Ponstan kenapa saya nak beli banayk Indocid? Jadi saya telah mempengaruhi doktor untuk mengurangkan penggunaan ubat yang mahal (yeah, ponstan naik harga). Saya terpaksa. Sebab kalau tidak, 3 bulan lagi, budget yang diperuntukkan kepada saya akan habis sedangkan itu adalah budget untuk tahun ni.
Haih. Apa lagi yang saya perlu buat. LMS saya tak beli langsung. Ada beberapa jar lagi di klinik. Harap-harap sempat nak prepacking. Calcium will be reserved untuk osteoporosis, OA dan thyroid patient. Indocid replaces ponstan. Tapi masih simpan ponstan beberapa botol di klinik in case ada yang memerlukannya. Macam mana lah kawan-kawan yang lain membeli ubat. Saya dah berhabis sakit kepala memikirkannya.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 12:13 PM 2 Words from you
Saturday, March 12, 2011
Blerghh
Bosan betul. TV bosan. Internet bosan. Handphone bosan. Game bosan. Serba serbi bosan.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 7:40 PM 0 Words from you
Yes, I am a last minute person
Dulu, masa study, tak pernah pun saya study sebelum masanya. Maksudnya, tak pernah study sebelum exam datang. Sebelum exam, adalah masa untuk enjoy weh. Shopping, jalan, wayang. You name it. Takde pressure menyebabkan tak boleh study. Bila exam dah dekat, barulah pressure datang. Bila pressure datang baru boleh study. Baru lah study tu menjadi sesuatu yang berkesan.
Masa zaman PRP pun macam tu jugak. Selagi tak dekat dengan hari nak kena buat presentation, selagi tu lah pergi berhibur dengan suami. Tak pernah nya lah nak buat slide sebulan sebelum present. Bila dah dekat nak present, baru lah bersengkang mata membuat slide serta mencari journal.
Sekarang pun tak jauh berubah. Kena jawab laporan audit, dateline 7hb. Maka 7hb la baru jawab. Tapi kali ni lebih kepada takde masa nak membuat, bukan sebab last minute baru nak buat.
Bila Khamis lepas, Staff nurse tanya 'Beg hospital dah siap belum?'. Saya hanya tersengih-sengih. Sah-sah la belum. Beg nya pun takde lagi. Carik nahas kan. Ye.Ye. Hari ni saya pergi laundry la semua barang yang terlibat. Hari tu baru laundry sikit sahaja. Ini kali saya laundry semua. Tapi lepas tu masih tak tau nak letak mana baju-baju tu semua. HAHA.
p/s: Semalam dah makan rojak buah yang sebulan lepas tiba-tiba teringin nak makan. Mintak dengan EF, sampai sebulan masih tak dapat. Last sekali, beli sendiri. Nasib baik tiba-tiba ada jual di warung kat hujung klinik.
p/s: EF, sila balik melawat isteri dengan cepat. I penat tunggu you bila entah nak balik banyak nak cerita ni nanti I lupa susah pulak.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 1:19 PM 0 Words from you
Thursday, March 10, 2011
Painful Thursday
Hari ni ada check up yang kali ke 8. Sekarang check up setiap 2 minggu. Saya dikira bernasib baik sebab kerja di klinik kesihatan. Nak check up bila-bila masa, ok jak bha itu. Tak payah ambik cuti. Tak payah beratur, ambik nombor bagai. Agak-agak dah tak ramai orang, menyelit-nyelit lah nak buat check up.
Setakat ni, haemo-haemo-haemo masih normal. Okey tak kelakar. Haemoglobin masih normal. Takde buat hal sampai kena makan double triple haematinic ke ape. Berat pulak to my surprise, turun okey dari 2 minggu lepas. Macam tak percaya. Tapi saya tahu sebab apa. Minggu ni saya kehilangan selera makan. Cuma sarapan dan makan tengah hari sahaja. Lepas tu dah tak makan. Takde rasa nak makan. Takde selera nak makan.
Hari ni terpaksa mengambil suntikan ATT yang ke 2. Oh man, sakit gila hari ni. Bulan lepas masa ambik first dose takde lah sakit sangat. Yang ni over gila sakit dia. Masih lagi saya rasa ATT tu masuk dalam SC saya. Terasa dia mengalir masuk. Entah needle saiz berapa dia pakai agaknya. Tak sempat nak request 23G. Mungkin die pakai saiz 18G ke ape tah. Sakit weh. Lepas tu bila malam ni pulak makin terasa sakit dia. Nak nangis pun bersendirian menangis. Memang loser la hari ni.
Nasib baik tak payah ada booster dose ke ape lagi. Cukup-cukup la tu.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 9:19 PM 0 Words from you
Tuesday, March 8, 2011
Perkara yang dirindui
Tadi tengok gambar EF sedang dalam taklimat. Okey. Nama pun taklimat. Mestilah formal kan. Office wear of course. Bila nampak EF pakai baju tu, tiba-tiba rasa rindu nak gosok baju kerja beliau.
Dulu, balik kerja je saya akan ambil baju yang hendak dipakai esok harinya untuk digosok. Kadang-kadang EF bising. Dia cakap kan bagus hujung minggu tu you gosok baju untuk seminggu. Nanti takdelah balik kerja penat-penat terus nak gosok baju. Tapi hey nak menghadap cuaca dari seterika dan cuaca dari sekeliling yang membahang untuk menggosok sepuluh pasang baju, apa sanggup pulak saya ni kan. Sanggup lagi gosok baju setiap hari.
Dulu jugak, pagi-pagi lepas mandi, nanti ada saja barang yang EF tak jumpa. 'You nampak tak stokin I mana?' 'Sayang, you letak tie hitam I kat mana?' 'I punya name tag kat mana you?' 'Semalam you ada nampak tak pendrive I letak sebelah TV tu?' Semua pun nak tanya pagi-pagi masa siap-siap nak pergi kerja. Sabar je lah. Sedangkan stokin tu tak pernah berubah laci. Tie pulak EF selalu gantung kat office dia. Name tag selalu letak sebelah TV jugak. Tapi nak jugak tanya.
Dulu jugak, pagi-pagi mesti saling tolak menolak siapa yang kena bangun dan mandi dulu. Yelah. Siapa yang kena mandi dulu, yang seorang lagi dapat extra time untuk tidur. Gila kan suami isteri ni. Sepuluh minit pun nak berkira. Tapi yang selalunya kena bangun dulu tu mestilah saya kan. Alasan EF 'I siap sekejap je. You nak pakai tudung lagi. Mesti lagi lambat daripada I'.
Sekarang, EF kena gosok baju sendiri. Kadang-kadang dengar EF cakap 'Esok pagi nak bangun awal. nak gosok baju.' Sentap weh hati ni. Macam kesian betul suami aku ni kena gosok baju sendiri. Sedangkan dulu sebelum kahwin dah deal dengan saya, gosok baju dan lipat baju adalah tugas saya. Basuh baju dan sidai baju adalah tugas EF. Bila sekarang macam ni, memang sentap la.
Sekarang, bangun pagi-pagi, takde orang yang saya nak cakap bersama. Takde orang tanya stokin kat maan, tie kat mana. Takde orang yang nak bertolak-tolak siapa kena mandi dulu. Takde orang saya nak tanya 'I nampak gemuk tak pakai baju ni'. Takde orang.
Rutin dah bertukar. Lepas siap kunci rumah, kunci pagar, lepas keluar guard, baru lah call EF. Masa tu biasanya EF tengah panaskna enjin kereta. Atau kalau terlewat bangun, baru sudah mandi. Masa tu lah bertukar khabar untuk hari ni. Sampai nanti waktu rehat. Sampai nanti balik rumah.
Sedih betul hidup sekarang ni.
Tapi saya tau, bukan kami sahaja mengalami masalah ini. Apa yang saya harapkan, semoga kami berdua kuat menghadapi segala dugaan. InsyaAllah.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 8:39 PM 5 Words from you
Sunday, March 6, 2011
Few months without
photos in my entry. Excuse me for not having a camera, neither DSLR nor digital compact. But
hey, I got a phone with flashless camera. So here you go.
Thats all. I'm not a camwhoring person.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 7:34 PM 0 Words from you
Perempuan
Ramai yang cakap
"Kuatnya kau Ya. Kalau akak kat tempat kau, dah lama menangis. Dengan mengandung lagi, duduk sorang lagi. Habis kalau kaki cramp macam mana? Lagi nangis kalau akak"
atau
'Tak takut ke tinggal seorang kat rumah? Kalau aku dah menggigil satu badan"
atau
"Dia tu balik kerja, masuk rumah terus tutup pintu sampai pagi. Tak nak bukak-bukak dah. Macam tak nak bergaul dengan jiran"
dan sebagainya.
Itu apa yang orang lain tahu. Apa yang orang tak tahu, malam-malam seorang diri saya selalu menangis. Sebab saya tak kuat seperti yang orang nampak. Sebab saya bukan gagah seperti yang saya sangka. Sebab saya perempuan yang memerlukan lelakinya. Sebab saya takut seorang diri. Sebab saya tinggal seorang diri sebab tu saya tutup je pintu lepas balik rumah. Sebab saya takut.
Sebab saya cuma seorang perempuan biasa.
p/s: Ramai juga yang menduga anak saya perempuan sebab perut saya bulat. Kita tunggu sama-sama ya.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 9:55 AM 4 Words from you
Thursday, March 3, 2011
Its back
Satu malam tanpa laptop ibarat satu minggu tanpa amlodipine. Hidup resah gelisah.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 10:14 PM 0 Words from you
Tuesday, March 1, 2011
Carutan Semalam
Biasalah hujung bulan. Memang banyak reort dan reten nak kena hantar. Disebabkan klinik sangat sibuk di siang hari, maka kerja-kerja report biasanya dibuat waktu malam bila dah balik rumah.
Baru siap satu kerja, terus send through email. Kemudian tengok-tengok tempat lain kejap (read: FB, blog, Car Town suami) sebelum teruskan ke kerja lain. Kemudian nampak satu antivirus baru running scan untuk laptop ni. Eh tak pernah nampak pun antivirus ni. Jadi kubiarkan sahaja dia menscanning laptop ni. Selama ni tak pernah bagi peluang pun kat antivirus-antivirus menjalankan kerja nya.
Kemudian firefox tiba-tiba tertutup. Macam pelik la kan. Apahal pulak ni. Lepas tu excel tertutup. Lepas tu word pun tertutup. Perghh. Dah la tengah buat kerja. Bila nak bukak balik, tak boleh. Dia kata infected la apa la. Lepas tu dia suruh beli antivirus dia sebanyak 159.75 USD untuk setahun. Apakejadahnya aku nak beli. Kau buat scan pun tak mintak izin aku, pastu alih-alih suruh aku beli.
Memang mencarut la semalam.
Disebabkan firefox dah tak boleh guna, kembali semula kepada IE yang dah berkurun tak guna. Nasib masih boleh bukak you. Kalau tak berharkat-harkat carutan saya semalam. Then try nak download chrome. Ya. Saya loser baru nak download chrome lepas firefox terfire. Tak boleh okey. Dia kata unsuccesful. Disebabkan antivirus ni tak kasik. Lagi berasap kan aku dengan antivirus apa nama entah tu.
Dah tak boleh tu, saya berhasrat nak pindahkan document penting ke dalam hard disk beli berbulan-bulan tapi tak guna-guna lagi tu, kemudian hantar laptop pergi format. Ya. Saya loser sekali lagi sebab tak tau format sendiri.Chaitt. Hard disk pun unsuccesfully installed. Sebab antivirus apa nama entah tu tak kasik.
Carut.
Last sekali, shut down, terus naik atas tidur.
Sekarang ni masih guna IE super lembab. Mana tah aku nak hantar format laptop ni esok.
-Surya Rahman-
My Words SuryaRahman at 6:46 PM 0 Words from you