Hello!!!

Wednesday, March 17, 2010

Jangan main-main. Ini serius.

Ke hadapan kekanda yang disayangi (Serius. Jangan gelak. Masing-masing tahan muntah sendiri)

Perkara: Memohon pertimbangan

Merujuk perkara di atas, saya dengan berbesar hati memohon pertimbangan pihak tuan untuk tidak mengajak saya makan laju makanan (fast food) lagi.

2. Ini kerana mengikut perkiraan saya, setiap minggu paling kurang 2 kali pasti tuan menjemput saya ke restoran makanan segera. Sehubungan dengan itu, bebaru ini saya mendapati berat badan saya telah meningkat naik tidak lebih dari 6 kg atau dengan kata lain naik 6 kg semenjak pihak kita berjanji sumpah setia. Setelah perkiraan BMI di buat, saya mendapati pihak tuan telah mensebabkan BMI saya hampir-hampir diserang sakit jantung kerana berada pada borderline.

3. Justeru itu, di harap pihak tuan dapat membuat pertimbangan sewajarnya. Kerjasama pihak tuan didahului dengan jutaan kasih sayang.

Sekian.Saya yang menurut perintah makan fast food kerana berkhidmat untuk suami.

Yang benar,
Adindamu. KAHKAHKAH.





1 Words from you:

lots_of_hatred said...

Surat ini disokong oleh;
Dato' Seri lincah kadok,
Menteri Besar Kelantan 2020