Hello!!!

Sunday, April 26, 2009

Carut Mencarut

Jangan menyesal membaca entry di bawah kerana ianya penuh pencarutan.

I hate exam.

Hah. Ape mengarut nih. Tibe2 pule mencarut mengatakan kebencian maha dalam pada exam. Apasal pulak ko ni nak mengamuk kat blog aku pasal exam yang tak seberapa jawapannye?

I hate exam.
I hate exam.
I hate exam.


Mencarut lagi.
Exam. Keluar sekarang.Sibuk je kat blog orang.

Tanak cite pasal exam. Nak cite pasal mencarut. Bukan. Maksud saye. Menshopping. Bukankah shopping itu perbuatan semulajadi Surya? Kalau tak shopping boleh menjadi meroyan tak tentu hala sampai Chirit tengok die pun meroyan same. Sape Chirit?

Beliau ialah kucing hitam legam kalau letak sebelah kuali pun tatau mane kuali mane kucing. Sian Chirit.

Sudah la mencarut mengenai Chirit. Carut ngan Chirit. Macam sedap pulak. HAHA.

Membuka cerita pasal shopping pula.

Went to Metrojaya Warehouse Sale ari Rabu ari tu. Macam orang sasau hilang anak bile dah kat dalam tu. Ke hulu ke hilir ngan bakul mengalahkan Makcik Joyah yang suke mengumpat nak jiran sebelah g pasar pulak.KAHKAH.

Last year sempat grab Bvlgari je for me and Zegna Intenso for Encik Fitri.

But this year sempat (sempat ke namenye kalau 2 jam masih dalam fragrance punye section) grab 212 Sexy Carolina Herrera yang bau die menusuk kalbu kalau naik LRT yang penuh ngan orang BO tu pun tada hal punye lah. Yang pasti the price is slashed down. Markedly slashed down. Orang yang waras pun boleh gile tgok harga die. Yang dah gile bertambah gile nampaknye tengok orang menyerbu Fragrance section macam ade Konsert Percuma Siti. Ape Siti buat kat sini? Keluar skarang.

This time more choices compare to last year maybe sebab pergi first day. Tapi i suke ngan Burberry Brit Sheer. The smell is so sweet. Rase air liur da meleleh2 atas box die ari tu. Tapi the price way much more than i afford to. HAHA. So. No way!

Encik Fitri punye turn plak meroyan skarang ni. HAHA.


Malas pulak nak sidai gambar kat sini. Takut korang drooling tengok perfume tu. Tak pasal2 laptop korang termakan air liur tak berapa sedap bau nye itu. HAHA.

Ok. Entry dah habis. Sile keluar buat keje masing2.



0 Words from you: